7 Hotel & Penginapan Murah Kuala Terengganu

Sebelum ini aku ada berkongsi mengenai hotel best sekitar Kuala Terengganu. Kali ini nak berkongsi pula mengenai hotel & penginapan murah sekitar Kuala Terengganu. Semoga perkongsian ini dapat menjadi rujukan buat korang yang merancang percutian ke Kuala Terengganu dengan percutian bajet dan jimat. 


7 Hotel & Penginapan Murah K.Tganu


senarai hotel dan penginapan murah KTganu.jpg

Actually ada banyak je hotel, homestay & penginapan yang murah sekitar K.Tganu. Aku just senaraikan 7 buah je yang aku rasa menarik minat aku untuk menempah hehe. Kalau korang nak tempah, aku dah share link agoda & booking.com disetiap hotel. Korang just tekan je link tu okay. 


Baca juga : Hotel best sekitar K.Tganu


Harga hotel maybe berbeza mengikut tarikh. Sometimes weekdays lagi murah. So rancanglah percutian korang sebaiknya okay. Jom kita tengok antara hotel hotel murah yang korang boleh tempah di K.Tganu. 😎


1. ARENA Boutique Hotel


hotel dan penginapan murah KTganu.jpg


Hotel murah ini terletak di bandar Kuala Terengganu. Jaraknya dari Pantai Batu Buruk kira-kira 3km sahaja. Terdapat bilik single untuk seorang penghuni sehinggalah bilik berkeluarga yang boleh memuatkan kira-kira 7 orang dalam satu masa. 


senarai hotel dan penginapan murah KTganu.jpg


Harga yang ditawarkan serendah RM76 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan korang. 





2. Asia Premium Hotel


senarai hotel murah KTganu.jpg


Hotel ini terletak di bandar Kuala Terengganu. Hanya sekitar 1.5km sahaja ke Pantai Batu Buruk. Bilik untuk keluarga juga ada disediakan. Boleh memuatkankan dalam 7 orang penghuni pada satu masa. 


senarai hotel murah KTganu.jpg


Harga yang ditawarkan serendah RM79 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. 




3. J Suites Hotel


hotel murah KTganu.jpg


Hotel murah ini terletak di bandar Kuala Terengganu. Hanya sekitar 1km sahaja dari Pasar Payang. Terdapat bilik yang mempunyai beranda dengan pemandangan bandar Kuala Terengganu. Bilik keluarga juga ada disediakan. 


hotel murah KTganu.jpg


Harga yang ditawarkan serendah RM89 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan.




4. Rimba Hotel


hotel murah KTganu.jpg


Hotel ini terletak di Seberang Takir. Hanya sekitar 3km sahaja ke Airport Terengganu. Nak ke Bandar Kuala Terengganu pun tak jauh melalui Drawbridge Terengganu.



 
Harga yang ditawarkan serendah RM89 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. 




5. Ming Paragon Hotel


hotel murah KTganu.jpg


Hotel ini terletak di Bandar Kuala Terengganu. Hanya beberapa minit pemanduan ke Pasar Payang dan ke Drawbridge Terengganu. Ada bilik yang disediakan untuk seorang penghuni sehingga bilik jenis berkeluarga yang boleh memuatkan kira-kira 6 orang penghuni. 


hotel hotel murah KTganu.jpg


Harga yang ditawarkan serendah RM84 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat tetamu yang berminat. 




6. The Payang Scout Hotel 


hotel hotel murah KTganu.jpg


Hotel ini terletak di Pantai Teluk Ketapang. Memang dekat dengan pantai dalam 300meter sahaja. Ada banyak kedai ikan celup tepung dan gerai menjual makanan di berhampiran hotel dan di tepi pantai. Biasanya kalau hujung minggu, pantai ini sentiasa padat dengan pengunjung sebab ada jualan baju bundle & pelbagai jenis makanan. 


hotel hotel murah KTganu.jpg


Harga yang ditawarkan serendah RM114 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. 


7. Valya Hotel


hotel hotel murah KTganu.jpg


Hotel ini terletak di Dataran Austin iaitu kawasan perniagaan komersial di Kuala Terengganu. Juga bersebelah sahaja dengan Mydin Gong Badak. Berhampiran hotel ada pelbagai gerai makanan terutamanya pada waktu siang. 


hotel hotel murah KTganu.jpg


Harga yang ditawarkan serenda RM105 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan & jenis bilik. 





Itu sajalah antara 7 hotel dan penginapan murah sekitar Kuala Tganu yang dapat aku kongsikan dengan korang. Untung betul aku sebagai anak jati Kuala Terengganu nie. Balik kampung check in rumah mak je hehe. Tak payah susah susah nak booking hotel kalau balik KTganu😂


Selamat bercuti guys! 😎
1 Komen untuk "7 Hotel & Penginapan Murah Kuala Terengganu "

Back To Top