Baju Melayu Murah Bawah RM80 Jer

 Assalamualaikum 


Lagi beberapa hari kita dah nak masuk Ramadan. Excited? of course excited! Tak sabar nak pergi solat tarawikh tau hehe. Tapi harini kita taknak cerita pasal Ramadan okay but nak share mengenai baju melayu murah yang korang boleh beli dengan bajet RM80 sahaja. Murah kan? 


Nanti boleh la pakai buat raya 😍


Baju Melayu Murah Bajet RM80 kebawah


So dekat mana nak beli? Nanti aku akan share dekat mana nak beli baju melayu dengan bajet RM80 sahaja. Korang yang mempunyai bajet yang kecil tapi ingin bergaya dengan baju raya baru, tak perlu risau sebab macam-macam warna ada tau. Baju raya moden and slimfit pun ada tau. 


Jom kita tengok dekat mana nak beli baju melayu murah-murah 😁


1. Baju Melayu Slimfit Rafida 




Harga baju melayu ini dari RM69.52 sahaja. Material kain como crepe. Ada 1 poket baju dan 2 poket seluar kiri & kanan. Baju melayu ini tidak mempunyai zip di badan & tangan tetapi terdapat sedikit belah pada kiri dan kanan baju.Size yang disediakan dari XS - XL sahaja. 


Feedback dari Pelanggan 


Jom kita baca sedikit feedback positif dari pelanggan. 


"baju diterima dengan baik. Kain selesa sangat. Ni kali ke-3 beli. Alhamdulillah. Puas hati" 


"Kain selesa dan sejuk. jenis kain lentur tidak mudah koyak. Saya bersaiz L. Memang saiz yang sesuai. Berpatutan dengan harga. Terima kasih seller" 


"Tengok jenis kain memang selesa tak panas dan sejuk. Depends pada keselesaan masing-masing. Saya prefer jenis kain crepe rathen than satin. Alhamdulillah nasib baik jumpa. Thank you seller. Penghantaran pantas ya. Terbaik!"


Kalau korang berminat nak beli, terus lock tau, and terus buat payment sebabnya baju melayu ini memang laku keras. Dah banyak size yang SOLD OUT guys T_T




2. Baju Melayu Moden Rafida 




Harga baju melayu murah ini dari RM69 sahaja. Murah kan? Material kain como crepe. Material kain tak mudah kedut dan lembut. Terdapat 3 poket baju dan 2 poket seluar. kiri & kanan. Terdapat sedikit beli dikiri dan kanan baju. Size dari XS - XXL sahaja.  


Feedback dari Pelanggan 


Jom kita baca sedikit komen positif dari pelanggan yang sudah mencuba. 


"Pembelian kali ke-3. Color sama dalam gambar. Kain sejuk, saiz sama macam dalam chart. Penghantaran laju. Respond seller laju. Puas hati. Recommend."


"Fast delivery. Barang tiada kerosakan tapi baju ni cutting besar sikit sebab moden cutting bukan slimfit. Harga murah boleh la pakai buat raya nanti"


"Alhamdulillah baju dah sampai. Cepat penghantarannya. Terima kasih seller. Baju yang sangat cantik dan helok. Warna rose champagne sangat soft. Cantik sangat2. Highly recommend. Beli awal awal untuk raya supaya senang nak pilih color dan size yang sepadan"


Kalau korang berminat, terus lock tau. Terus buat payment sebab dah banyak size yang SOLD OUT 😅




3. Baju Melayu Moden 3 Zip




Harga baju melayu ini dari RM79 sahaja. Terdapat banyak pilihan warna yang menarik tau. Zip juga turut disediakan pada sisi baju dan lengan bagi memudahkan si pemakai. Korang yang berkenan, terus lock dan buat pembayaran dengan segera sebab baju ini memang laku keras & dah banyak size yang SOLD OUT. 😂


Feedback dari Pelanggan 


"Sangat memuaskan, ngam mengikut ukuran yang diberi. My husband cakap kain yang selesa. Warna lebih cantik dari dalam gambar. Alhamdulillah ngam dengan tema kami. Firstime beli online biasa tempah jahit. InshaAllah boleh beli lagi tahun depan. Pls belilah baju melayu ni recommend."


"Beli baju untuk ayah. Alhamdulillah muat & selesa untuk ayah. Warna pun sama macam dalam shop. Dapat sekali sepasang, baju dan seluar. Kain ayah cakap okay tak panas dan selesa dipakai"


"Kain crepe. Senang gosok tak panas. Saiz ngam dengan ukuran. Warna sangat cantik. Penghantaran memang sangat cepat. Memang puas hati. Berbaloi beli. Cantik. Murah"


So korang nak beli, boleh beli cepat cepat tau. 




4. Baju Melayu Andika




Harga baju melayu ini serendah RM80 sahaja dengan cutting baju slimfit. Material kain baju melayu ialah cotton osaka. Saiz baju melayu dari saiz S-XXL sahaja. Baju mempunyai 3 poket dan selaur mempunyai 2 poket.


Feedback Pelanggan 


Ini antara beberapa feedback positif pelanggan. 


"Cutting baju cantik. Slimfit. Untuk yang kurus-kurus jela. Kualiti kain okay-okay. Beli untuk suami tinggi 174, berat 73kg. Sedang elok. (Size XL)"


"Overall semua okay cun baju size semua ukuran ngam. Seluar okay tak ketat tak longgar. Cawat ngam tak senak anu"


"I bought it for my dad. Baju jenis fit jadi okay la kalau sado sado orangnya kalau tak ketat la. Ada zip dekat tepi but overall okay"


Korang kalau berkenan, boleh terus lock size, dengan warna dan terus buat payment tau. Takut nanti sold out. 




5. Baju Melayu Slimfit Murah




Harga baju melayu ini hanya RM64.35 sahaja. Material italian crepe. Kain tidak panas dan tidak jarang. Baju cutting slimfit dan tiada pesak. Seluar ada getah di pinggan boleh tarik sehingga 3-4cm sahaj. Size pula S-XL sahaja.


Feedback Pelanggan 


Ini ada beberapa feedback positif dari pelanggan.


"Laki i suka gila sebab kain tak payah nak iron beriya. Smooth & flowy. Nanti nak repeat untuk raya pulak. Jangan up price okay seller. Cubit nanti! Hahaha. Beli la korang. InshaAllah puas hati"


"Baju material seperti yang dicari. kain best jenis tak mudah renyuk. Sesuai untuk jenis yang taknak kerap iron. Berbaloi dengan harga. Will repeat again"


"Penghantaran cepat harga pun murah. Yang penting kualiti kain sedap dipakai. Cuma sebab slimfit untuk anak ada la sikit-sikit melekat dekat perut. Tapi bila try anak kata selesa. Boleh repeat order warna lain pulak"


Korang kalau berminat terus buat pembelian beserta payment okay. Lambat lambat nanti bye bye la sebab harganya murah betul kan. Kualiti pun okay. 




Itu sahajalah antara 5 jenis baju melayu murah yang berharga bawah RM80 sahaja. So korang kalau berminat, boleh beli cepat-cepat tau. Terus tekan link yang aku share tu okay. Jangan lupa buat payment terus tau sebabnya benda murah nie memang laku keras. Kang nanti melepas jangan menyesal ya 😎
0 Komen untuk "Baju Melayu Murah Bawah RM80 Jer"

Back To Top