Banjir di Pantai Timur, Tak Boleh Balik KL

Assalamualaikum. Bersiaran di kampung sebab Pantai Timur banjir teruk, so tak dapat balik Kuala Lumpur. Jalan di Temerloh dinaiki air semua kenderaan tak boleh lalu jalan tu. Korang semua mesti sudah sedia maklum kan sekarang negara kita dilanda banjir yang teruk. Allahuakhbar. Semoga mangsa banjir di negera yang dilanda banjir bersabar dengan ujian Allah ini.

 

Nak cerita pengalaman aku balik Kuala Terengganu dalam keadaan banjir. Bertolak balik dari Putrajaya ke Kuala Terengganu hari Khamis lepas. Bertolak pagi around pukul 9.30 pagi sampai Kuala Terengganu around 6.30 petang. Yes, ini merupakan pengalaman pertama aku naik bas meredah banjir. Semua penumpang dalam bas tak senang duduk dah bila bas meredah air yang separas betis di area Kemaman dan Dungun. Aku sendiri terkinja-kinja tengok keadaan banjir fhew.

 

Dibawah ini antara gambar yang sempat aku snap. Lokasi di Kemaman dan Dungun.

 

banjir kemaman terengganu

 

 

banjir terengganu

 

 

banjir terengganu_1

 

Kawasan yang paling teruk terjejas haruslah di Kemaman. Teruk sangat banyak perumahan ternggelam. Kereta tersadai dalam banjir. Tak sempat nak snap gambar sebab seat aku bukan tepi tingkap bas. Bila akak sebelah aku yang duduk single seat turun di Kemaman, cepat-cepat aku berpindah ke seat dia. So, bolehlah snap gambar-gambar atas ini.

 

Asalnya balik Putrajaya dari Kuala Terengganu 28hb Ahad, 10.30 malam. Disebabkan banjir, perjalanan bas tergendala. Kaunter bas pun tak boleh nak cakap bila bas boleh bergerak ke Kuala Lumpur. Kena tengok keadaan banjir. Gelisah dah hati aku nie. Mana boleh tinggal office lama-lama. Bos memang tak kisah cuma aku lah. Aku taknak kerja aku tertunda. Iols kan pekerja berdedikasi uols. hm .

 

Harapnya harini bas berjalan seperti biasa. Kalau harinie pun bas tak gerak, esok cuti lagi. –.- Nanti nak pergi tanya kaunter tiket Adik Beradik sebab dapat info bas Adik Beradik bergerak seperti biasa melalui jalan alternatif. Nasib baik tiket tak burn macam gitu je. hew~

 

 

banjir temerloh pahang_1

 

 

banjir temerloh pahang_

 

 

Teruk sangat banjir di Temerloh. Sama-sama berdoa semoga banjir di Pantai Timur tidak berlarutan. Inshaallah. Doakan juga supaya Apijol dan perantau lain stuck dalam banjir boleh ke destinasi yang dituju secepat mungkin.

 

Mcku kena balik Kemaman sebab tuntukan kerja tapi terpaksa berpatah balik sebab keadaan di Kemaman berbahaya untuk kenderaan ringan. Mak Kodin yang dari Kuala Lumpur- Kuala Terengganu berpatah balik ke Kuala Lumpur sebab jalan Temerloh ditutup untuk semua kenderaan. Farah dari Kuala terengganu-Seremban tak boleh balik jugak. terpaksa ponteng kelas. Apijol dari Kuala Terengganu-Putrajaya pun stuck dalam banjir. Terpaksa mintak annual leave. Tapi seronok pulak la pulak cuti lama-lama nie. eh!

 

New update: Tadi pergi beli kaunter tiket, dia bagitau pagi nie bas dah start jalan. Bas untuk malam nie ada pukul 10.30 pm turun di Terminal Bas Selatan & bas lalu ikut laluan alternatif yang sangat jauh which is Bahau. Maybe around 13 jam baru sampai. Semoga selamat sampai ke Terminal Bas Selatan. InshaAllah. :”)

23 Komen untuk "Banjir di Pantai Timur, Tak Boleh Balik KL"

ler sekampung kita rupanya..zaman sekolah dulu pernah gak tercuti lama sebab jalan tutup tak boleh nak balik johor..apa pun moga dpermudahkan urusannya..

yeayyy..mlm ni balik ptraja..esok masuk keje..yeayyyy...=D

Ya Allah! Moga semuanya selamat la ya.

harap2 banjir ni cepat reda.. amin

poyo gila tak boleh tinggal office lama lama . hahahah. kita tersekat dekat pahang tak lepas jugak nak balik lagi. tahun depan baru kerja balik. :P

tak per, terkandas lelama dapat cuti panjang ,, tapi harapnya jangan sampai dapat cuti untuk selamanya la ,, hahah

hai budak kampung saya hehe.. zaman sekolah x pe lg haha. nie zaman keje x boleh lama-lama sgt cuti.

Alhamdulillah dah sampai pagi tadi. esok masuk keje yeay!

Alhamdulillah dah selamat sampai. thanks :")

untungler tahun depan baru keje balik.

haip ! cuti untuk selamanya tu bukan dipanggil cuti dah . haha

Semoga tabah menghadapi dugaan dan terus berdoa.

Dik, air tak masuk bas ke?? I mean kan tempat letak beg2 kan bawah sekali. Beg tak kene air???

Semoga tabah hati bila hadapi dugaan musibah

dahsyat lah.. Inalillah..Semoga semuanya ok semula..rumah u ok ke? selamat?

semoga awak selamat sentiasa gitu! Hehe.

Hm sedih kan banjir. Teruk sgt lah tahun ni :(

imbasan banjir dah berlalu tetapi tengok gambar banjir huuuu ngeri..moga bersabar yang di landa banjir ni

done follow ya jengok pula blog Etuza

Back To Top