Game Online Kanak-Kanak Berkonsep Makanan

Dulu zaman aku mana ada game-game online yang berkonsepkan makanan semua nie. Aku main Brick Game je. Gigih ya kumpul duit semata-mata nak beli Brick Game dekat pasar malam. Boleh la main game susun-susun bata, main perang-perang, game kereta, game ular etc. Tapi skrin gelap jela. Boleh la kan sekadar untuk megisi masa lapang haha. T_T


Budak-budak sekarang kalau nak main game online mudah betul semua dihujung jari je. Yang penting kena ada handphone. Segala macam game yang korang boleh main dalam handphone tu okay. Kalau risau anak-anak korang main game yang bukan-bukan, apa kata korang ajar diorang main game online berkonsepkan makanan di culinaryschools.


Game Online Berkonsep Makanan


Pelbagai game online berkonsep makanan yang anak-anak korang boleh main. Kenapa game berkonsep makanan? Untuk mendedahkan kepada anak-anak korang mengenai kepelbagaian makanan, masakan, kulinari dan sebagainya. Sambil bermain, mereka akan didedahkan serba sedikit mengenai jenis-jenis makanan tersebut.  


Aku ada mencuba beberapa game dari beratus-ratus game diorang. Jom kita tengok game apa yang dah aku cuba. 


PAC CHEF


Siapa yang pernah main game PACMAN, mesti tahu konsep permainan game ini. Bagi aku, game ini tak mencabar sangat sebab aku dah dapat FULL SCORE dengan hanya dua kali main. Hebat kan? haha. Kalau untuk kanak-kanak, mungkin game ini mencabar kot. Eleh Apijol berlagak pulak. Padahal ko baru main LEVEL 1 kot, belum main next level bhahaha.




FRUIT SNAKE


Game ini merupakan game favourite aku semasa zaman Nokia 3310. Siapa yang tahu tu, tahulah. So konsep game masih sama. Game ini menguji kepantasan korang mengawal pergerakan ular. Kena makan semua makanan ular (mostly buah-buahan) sebelum masa tamat. Aku main game ini dekat laptop. Susah sikit nak contol pergerakan ular. Kalau main guna handphone lagi mudah kot. 


kids game fruit snake


CUT FRUIT



Dulu dalam handphone aku ada game ini tapi aku dah lupa phone apa ntah. Phone ASUS kot . Maklumlah suka tukar phone hehe. Masa mula-mula kenal game ini, memang ketagih jugalah. Lama-lama jadi bosan sebab macam dah tak mencabar pulak. Sambil bermain, kanak-kanak akan terdedah dengan pelbagai jenis buah-buahan. 


kids game_cut fruits


Ini antara 3 games yang menarik di culinaryschools. Ada 100++ game lain yang boleh korang dan anak-anak korang cuba tau. Aku tak gemar sangat game masak-masak macam game cara membuat burger, game proses membuat pizza etc. Aku rasa kanak-kanak perempuan mesti suka main game masak-masak macam tu kan? Dalam nie ada banyak sangat game masak-masak yang boleh diorang cuba. Sambil bermain, secara tak langsung dapat mempelajari cara memasak.

0 Komen untuk "Game Online Kanak-Kanak Berkonsep Makanan "

Back To Top