Baru-baru ini adik aku ada beli kereta baru. Happy betul dia dapat kereta pertama. Nanti boleh la tolong hantar mak ayah ke klinik kan Moksu? Hehe. Lama jugak tau nak tunggu kereta dia keluar. Katanya stok kereta yang dia beli tu takde.
Kebetulan lepas raya stok kereta sampai. Terus la dia proceed but tak dapat no plat yang dia nak. Kena tunggu lagi beberapa bulan pulak. Korang kalau nak beli kereta, pergilah booking sekarang rasanya sempat lagi dapatkan pengecualian cukai jualan kereta yang dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022. -.-
Tips Membeli Kereta Baru dan Kereta Terpakai
Adik-beradik aku ada yang beli kereta baru, ada yang beli kereta terpakai. Aku sendiri pun guna kereta terpakai je. Sambung bayar kereta akak aku. Alhamdulillah dah habis bayar dah. Cukuplah kan untuk kemudahan aku nak kemana-mana. Since kereta tu tersadai di bengkel agak lama disebabkan kemalangan, memang banyak juga lah duit dihabiskan. So far alhamdulillah kereta tak meragam, selamat pulang ke kampung.
Abang aku ada jugak beli kereta terpakai. Rasanya baru beli 3 tahun. Balik raya haritu kereta meragam dekat highway. Kejadian pulak berlaku tengah malam buta. Besoknya baru mekanik datang tengokkan kereta dia. Nasib tak beraya di highway T_T
Berbeza dengan kereta terpakai yang akak aku beli. Dia pakai kereta tu dah nak masuk 8 tahun rasanya. Alhamdulillah so far tak meragam bila balik kampung. Aku pun selalu drive kereta dia bawak balik kampung. Siap pernah kemalangan lagi haha. Tapi tak teruk lah. Aku terlanggar bontot kereta orang. Cuma sedikit kemek dekat depan hehe.
Beli Kereta Mengikut Kemampuan
Actually masa aku baru-baru dapat kerja haritu, aku ada je survey kereta. Dah submit document semua dekat akak jual kereta tu. Sekali dia mintak penjamin sekali. Aku ramai adik beradik tapi aku malas nak suruh diorang jadi penjamin aku. Diorang pun komitmen macam-macam haha. Baiknya hati seorang adik -.-
Kalau korang nak beli kereta, make sure harga kereta below than pendapatan tahunan korang. Let say gaji bulanan korang RM 3,000 sebulan. Setahun pendapatn ialah RM 36,000. Adalah bagus jika korang beli kereta yang berharga RM 36,000 sahaja. Kata orang, ukur baju di badan sendiri kan. Dibawah ini ada beberapa model kereta yang berharga sekitar RM 36,000.
Kalau korang inginkan gambaran jumlah ansuran kereta yang korang kena bayar setiap bulan after ditolak deposit kereta etc, korang boleh lakukan di
carpaymentcalculator.net . Nanti senang korang nak bajet kos bulanan kereta mengikut kemampuan korang.
Sediakan Deposit Atleast 10%
Make sure korang ada sedikit simpanan untuk membayar down payment kereta tau. Better simpanan korang melebihi nilai down payment sebagai persediaan untuk membayar kos tambahan. Kalau korang suka cantikkan kereta, mesti nak tambah aksesori kereta kan. Contohnya macam nak tinted kereta ke. Maklumlah Malaysia nie panas. Tak best langsung drive kereta yang takde tinted lagi-lagi aku jenis tak boleh tengok silau terus migrain nanti T_T
Penjimatan Minyak Petrol
Penjimatan minyak petrol sangat penting especially kalau korang yang jenis kerja merata, banyak travel, and tinggal jauh di perantauan. Dengan harga minyak yang tak menentu sekarang, baguslah kiranya korang menitikberatkan mengenai penjimatan minyak jika ingin membeli kereta baru atau kereta terpakai.
Hari ini harga minyak RON95 berharga RM2.05//L manakala RON97 berharga RM4.72/L. Maybe in future harga nie akan naik lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu. Ramai orang kata kereta Perodua lebih jimat minyak. Untuk kepastian, korang boleh minta pandangan pengguna Perodua sebelum membuat pembelian. Kereta yang jenis hybrid juga lebih menjimatkan minyak.
Kos Penyelenggaraan
Semakin mahal harga kereta, kos penyelenggaraan pun mesti lebih mahal. Bukan sahaja penyelenggaraan, kos pembaikian apabila kereta mengalami kerosakan juga lebih mahal. Kereta tempatan juga dikatakan lebih murah kosnya berbanding kereta dari luar negara.
Tahun Kereta Dikeluarkan & Mileage Kereta
Sekiranya korang ingin membeli kereta terpakai, make sure korang tengok dulu berapa mileage sekarang dan tahun bilakah kereta tersebut dikeluarkan. Kalau dapat mileage yang dibawah 100,000km/j lebih baik. Kalau mileage 50,000km/j lagi cun. \0/
Jangan Lupa Test Drive
Kereta baru or kereta terpakai, korang kena test drive dulu barulah tahu kereta tu selesa atau tak untuk perjalanan korang. Lagi-lagi bila perjalanan jauh & mengambil masa yang lama. Of course korang mementingkan keselesaan pemanduan kan? Lain orang lain keselesaannya. Yang selesa buat orang belum tentu selesa juga untuk kita.
Bila dah yakin dengan keputusan korang untuk membeli kereta, bolehlah terus berhubung dengan penjual kereta korang. Make sure sediakan dokumen yang cukup tau seperti payslip, statement bank etc. Sementara bank meluluskan pinjaman kereta korang, bolehlah bersantai sambil bermain game
teen titans go night begins to shine hehe.
0 Komen untuk "Tips Beli Kereta Baru & kereta Terpakai "