Beli Pokok Bunga di Shopee (Fiddle Fig, Fittonia etc)

Sejak first PKP tahun 2020 haritu, aku obses betul dengan pokok bunga especially indoor plant. Bosan-bosan berkurung dalam rumah, aku pun search dekat Shopee mana tahu ada seller yang jual indoor plant. Rupanya bukan setakat indoor plant, outdoor plant, anak pokok buah-buahan, segala macam pokok rupanya ada dijual di Shopee haha. Saya baru tahu. Orang lain dah lama beli pokok bunga di Shopee T_T


Bila dah tahu boleh beli pokok bunga di Shopee, aku pun apa lagi. Terus memborong fiddle fig, ficus elastica, fittonia, bucida, anthurium. Bukan setakat pokok bunga je tau. Aku beli juga anak pokok durian, anak pokok rambutan, anak pokok jambu batu bhahaha. Pastu aku beli lagi kirim dekat mak, akak aku di kampung. >.<


Sekarang yang masih hidup hanya pokok fiddle fig (aku dah beranakkan dia), ficus elastica (dah tanam atas tanah), fittonia (nyaris nyawa-nyawa ikan) & bucida yang hidup segan mati tak mahu. Pokok anthurium, anak pokok durian, anak pokok rambutan semuanya mati disebabkan banjir besar 2021




Kau perasan tak dekat daun Fiddle Fig ada kesan-kesan lumpur. Itu disebabkan banjir lah tu. Kagum betul dengan fiddle fig nie. Walaupun terendam lama dalam air banjir still hidup sampailah sekarang T_T. Daun cantik bahagian atas tu tunas baru. Sebelum ini aku sempat biakkan sepohon. Nasib tak mati masa banjir tu. Cuma pertumbuhan dia agak terbantut -.- 





Fittonia ini pokok kegemaran aku selain fiddle fig. Aku beli warna merah & pink. Yang tinggal sekarang cuma ini jela. Daun dia pun dah tak cantik & ada batang yang rosak maybe sebab terendam lama dalam banjir kan. Ini gambar awal tahun haritu. Sekarang pokok fittonia dah cantik balik & daunnya pun dah elok & semakin membiak. 





Ficus Elastica aku dah keluarkan dari pasu. Tanam atas tanah pulak. Agak kuat ye pokok nie. Walaupun ditanam atas tanah, and menjadi mangsa banjir but still hidup sampai sekarang. Cuma banyak daun yang gugur after banjir. Sekarang dah makin tinggi & banyak cabang baru. 




Pokok Anthurium ini paling susah aku nak maintain. Dah rasa dah jangka hayat dia tak panjang. Memang betul tekaan aku. Mati terus pokok nie akibat banjir. But sebelum banjir pun memang aku tengok hidup segan mati tak mahu je. Susah betul nak tengok dia berbunga. Aku suka betul tengok bunga dia lawa kot! 





Pokok Bucida ini kalau korang perasan mesti selalu ditanam di tepi jalanraya, & kawasan taman perumahan kan. Bila besar. bawah pokok jari redup je sebab dahan dia yang rendang. Itu yang aku teringin nak beli. But sampai sekarang tak besar-besar. Bila dia berpucuk je, mesti ada serangga perosak yang rosakkan daun dia. Terus terbantut pembesaran dia huhu. T_T



Bawah ini aku share dengan korang link untuk korang membeli di Shopee. Aku berpuas hati beli di Shopee sebab takde pokok yang rosak. Even pokok fittonia yang kecik cenonet tu pun berjaya sampai dengan elok je. 


Fiddle Fig : shope.ee/4fHvCmu06C
Fittonia : shope.ee/1VKtQqigvh
Ficus Elastica : shope.ee/9UNAxRYSLw
Anthurium : shope.ee/7zYNAyxZKq


Selamat membeli korang! And selamat bertanam >.<
0 Komen untuk "Beli Pokok Bunga di Shopee (Fiddle Fig, Fittonia etc)"

Back To Top