Line Tunetalk Slow Gila Sebab Salah Setting Preferred Network Type

Baru-baru ini (dalam awal bulan November), aku perasan yang line Tunetalk aku slow gila. Memang keluar simbol E terus. Aku perasan pun sebab kebetulan aku keluar beli barang dapur. Of course lah kalau dekat luar aku pakai line Tunetalk kan. Kalau duduk rumah, aku tak on pun mobile data sebab guna Unifi.

 


Firstime jadi gitu, aku biar je maybe Tunetalk nak upgrate dia punya internet kan. Kebetulan pulak masa tu Celcom bagitau ada gangguan internet sebab diorang nak upgrade 5G kan. So aku husnuzon jela. Masuk kedai, memang tak lepas la nak scan Mysejahtera. Apa ada hal. Log book kan ada haha. Tengok betapa pentingnya internet dalam kehidupan seharian –.-

 

TUNE TALK PREPAID

 

Minggu berikutnya aku keluar lagi nak beli barang dapur. Biasa beli barang dapat seminggu sekali je on weekend. Weekdays bekerja dari rumah. Second time try on mobile data, scan Mysejahtera pun tak lepas. Aku mula pelik dah masa nie. Takkan lah lama benor internet problem since last week nie. Aku siap re-check tarikh luput internet mana tahu lupa nak renew ke kan. Okay je semua internet belum expired pun. AKu tanya kawan aku juga pengguna Tunetalk. Dia kata internet dia takde problem pun. Ok je. T_T

 

Aku pun dm akaun Tunetalk dekat Twitter. Memang bagus staff yang handle social media diorang. Cepat je respond. Aku bagitahu la apa masalah aku. Dia suruh buat speedtest & screenshot dekat dia, bagi kordinat rumah etc untuk dia check. Dah dapat details apa semua,  dia akan hantar laporan ke pihak teknikal dan akan diproses dalam masa 7- 14 hari bekerja. Agak lama ye laporan diproses. So marilah kita godek-godek sendiri dekat Setting handphone mana tahu menjadi. Fyi, laporan ini dibuat pada 18 November lepas.

 

Godek punya godek, BERJAYA weh mengembalikan line internet Tunetalk aku. Bangga kejap dengan diri sendiri bhaha. Rupanya line internet slow sebab aku setting Preferred Network Type > Prefer 3G dekat handphone aku. Aku pun tak sure samada aku dah lama setting macam nie atau aku tertekan. Sepatutnya kena setting Preferred Network Type > Prefer LTE. Rasanya sebelum nie takde yang Prefer LTE nie. Maybe sejak Celcom perkenalkan 5G ini kot. Cuma handphone aku tak auto setting. Kita kena setting manually.

 

Caranya mudah,

1. Pergi ke Settings handphone korang

2. SIM cards & mobile networks

3. Tune Talk

4. Preferred Network Type

5. Prefer LTE (ada 3 option which is Prefer LTE, Prefer 3G and 2G only)

 

After dah tukar ke Prefer LTE, memang berdesup lah line internet citenya. Dah tak perlu risau bila nak scan Mysejahtera nanti. Hehe. Oh btway, harini (12 Dec 2021) baru aku dapat mesej dari Tune Talk CS berkenaan laporan yang aku buat pada 18 November lepas. Nak tahu apa jawapan kepada laporan aku tak? Tengok screen shot dibawah.

 

keputusan laporan tunetalk

 

Tak membantu betul keputusan laporan ini. Tapi mesej yang diorang hantar tu betul jugak sebenarnya, cuma itu bukan punca sebenar line internet aku slow lah. Memang line dekat kawasan aku slow gila. Nasib baik aku bijak –.-. Tak tunggu keputusan laporan diorang. Kalau tak mesti kecewa. Kata 10-14 hari bekerja, nie macam dah lebih 14 hari bekerja je. Kan? ke aku yang salah kira hari? haha. Lantaklah yang penting tiada lagi masalah internet bila keluar rumah.

 

Thank you Tunetalk. =D

2 Komen untuk "Line Tunetalk Slow Gila Sebab Salah Setting Preferred Network Type"

mcm mana setting untuk pengguna ios?

Back To Top