Harini nak review mengenai satu skincare product yang berkesan untuk menghilangkan jerawat iaitu Eucerin Pro Acne Solution. Actually sebelum ini aku selalu jugak review produk di blog samada dari drugstore and produk-produk tempatan.
Sekarang aku dah risau nak guna & review sebarangan produk sejak macam-macam cerita yang tak elok mengenai produk timbang kilo, produk mengandungi merkuri etc. So korang jangan mudah percaya sangat tau testimoni produk-produk tempatan ini. Selidik dulu baru beli okay. Sekian sahaja dari pesanan penaja lol.
Masalah Kulit Muka Berjerawat
Lately aku mengalami masalah kulit muka yang semua orang pun tak suka which is masalah jerawat. Sebelum ini memang ada jugak jerawat tapi tak teruk macam sekarang. So, aku assume muka aku berjerawat & breakout disebabkan hari-hari pakai facemask.
Kitorang dekat office memang wajib pakai facemask okay. Even didalam office tengah tekun buat kerja depan pc pun memang wajib facemask. Ini merupakan faktor terbesar muka aku mula naik jerawat. Dari pipi sehingga ke bawah dagu, tengkuk.
Aku mula cemas haha. Dah lama kot muka tak breakout macam nie. Aku mula fikir nak pakai produk untuk hilangkan jerawat tapi tak tahu produk mana yang berkesan sebab aku dah lama tak pakai produk untuk kulit berjerawat.
Eucerin Pro Acne Solution Penyelamat Kulit Berjerawat
Bila masuk dalam Watson, aku blur sebenarnya produk apa yang aku nak pakai. Nak beli sembarangan produk kang tak sesuai dengan kulit muka, pastu membazir pulak. Cari punya cari ternampaklah satu produk ini iaitu Eucerin Pro Acne Solution. Dia mention pasal Acne & oily skin tu, terus grab lah haha.
Senang je kan orang lelaki membeli T_T. Homework apa pun tak buat. Lagipun ada diskaun. Dapat lah harga murah sikit berbanding normal price. Harganya pun still dalam range budget aku (150g in size). Tak mahal sangat, tak murah sangat. Size dia agak besar. So okay lah okaylah kan tahan lama sikit.
Sedikit Info Mengenai Eucerin Pro Acne Solution
Since kulit aku pun agak sensitif jugak, memang tak boleh pakai sembarangan produk ya. Info-info yang terdapat di botol Eucerin makin menambah minat aku untuk mencuba,
1. Acne-oil control
2. Soft cleansing form for oily & acne prone skin
3. Gently yet effectively cleanses, help to reduce acne problem & oiliness for healthy skin
4. Dermatological skincare, clinically tested.
5. Alcohol – free
Kesan Penggunaan Eucerin Pro Acne Solution
Rasanya dah almost sebulan aku mencuba produk Eucerin. Aku pakai setiap hari, pagi & petang, consistently. Alhamdulillah jerawat makin kurang. Jerawat baru makin takut nak tumbuh. Kan sebelum nie aku kata jerawat tumbuh sampai bawah dagu, dekat tengkuk semua kan.
Jerawat-jerawat itu pun semuanya makin mengecil & hilang. Cuma ada lagi sikit area janggut. Itupun dia dah takut nak membesar. Hahaha padan muka. Rasain looooo wink wink >.<
Ini muka aku yang sekarang (update 22.12.2022). Memang puas hati sangat pakai produk Eucerin. Dah beberapa kali aku repeat produk nie. Korang yang mengalami masalah jerawat, bolehlah cuba Eucerin Pro Acne Solution. Mana tahu produk ini berkesan untuk korang jugak kan.
Kalau korang malas nak ke drugstore, korang boleh je beli online di Shopee pun ada. Sometimes harga di Shopee lagi murah tau berbanding di drugstore kalau ada promo & free delivery. So bila Shopee buat promo, better beli terus okay! Boleh tekan link Shopee yang aku share dibawah.
Link Shopee : https://shp.ee/r6hfyyf
P/s : Ini review ikhlas aku sebagai pengguna Eucerin yang berpuas hati. Bukan sponsor post tau.
5 Komen untuk "Muka Breakout Sebab Face Mask: Review Eucerin Pro Acne Solution"
Wow! Baru tahu. Tak pernah cuba lagi. Sebab kulit LeYa pun sensitif dgn sesetengah produk. Ni kalau ok ni, bolehlah try test..hehe..
memang eucerin antara produk y best.
Saya baru try pencuci muka..ok jugak..nanti nk try beli pulak yg ini
kulit lelaki ok kut.. nda sesensitif kulit orang perempuan hukhuk mo cari skincare yang memang betul2 ngam dgn kulit tu susah sikit
Eucerin ni mmg bagusla..kita guna yg warna biru tu..mslah muka jrwat,pastubkesna jrwat ni dh 3 mggu pkai muka pun puteh..jrwag tu mseh ada satu dua..mcm xsgka plak..wpun sy pkai cleanser je mmg jimat la