Dari Buncit Kepada Sixpack-6 Cara Ringkas Untuk Hilangkan Perut Buncit

Biasa tak dengar orang kata buncit atau boroi itu tanda bahagia? Karut. Buncit tu sebenarnya satu musibah. Alasan tu sebenarnya semata mata nak mengelak dari hakikat sebenar. Tapi kadang kita tak perasan pun apa yang menyebabkan perut menjadi buncit. Sedar-sedar, dah tak nampak dah kaki sendiri bila pandang ke bawah.

Cara Ringkas Hilangkan Buncit   


clip_image001

Kebanyakan buncit ni berlaku pada lelaki, tapi ada juga yang berlaku pada perempuan. Kali ni aku nak kongsikan 6 cara ringkas yang dapat membantu kita untuk menghilangkan perut buncit. Ini bukan aku sorang yang kata, tapi berdasarkan fakta sains tubuh badan juga.
 

Kurangkan Gula

 
Gula yang kita selalu makan terdiri daripada pelbagai jenis komponen seperti glukosa, fruktosa dan lain-lain. Glukosa adalah sumber tenaga pantas. Manakala fruktosa perlu di proses di hati sebelum boleh digunakan sebagai tenaga. Apa yang berlaku apabila fruktosa berlebihan adalah ianya bukan ditukarkan untuk digunakan sebagai tenaga, tetapi akan ditukar menjadi lemak terutamanya di bahagian perut.
Jadi, katakan tidak pada air tin, air botol dan lain-lain air di pasaran.

Banyakkan Makan Protein

Protein adalah sumber tenaga ke tiga selepas glukosa dan lemak. Jika glukosa kurang, badan akan guna lemak dan protein untuk menampung keperluan tenaga. Jadi banyakkan makan protein untuk meningkatkan penggunaan lemak sebagai tenaga.
Protein bukan sahaja membantu menghilangkan perut buncit, malah boleh membantu menguruskan badan secara keseluruhannya.
 

Kurangkan Karbohidrat

Apa beza gula dan karbohidrat? Gula adalah sebahagian dari sumber karbohidrat. Nasi dan roti juga sumber karbohidrat. Sepertimana konsep kurangkan gula, ia terpakai juga untuk sumber karbohidrat yang lain. Kurang karbohidrat menyebabkan penggunaan lemak sebagai sumber tenaga.
 

Banyakkan Makanan Berserat

Makan berserat boleh membantu anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan. Sumber terbaik serat adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
 

Senaman Khas

Senaman adalah resepi terbaik untuk hilangkan perut buncit. Senaman aerobik seperti larian, berjalan dan berenang adalah antara senaman terbaik untuk menghilangkan perut buncit.



Ok. Dah habis. Kini tiba masanya untuk anda bertindak. Secara umumnya, perkara di atas bukan sahaja dapat menghilangkan perut buncit, tetapi dalam masa sama meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.
 
Untuk lebih tips-tips kempiskan perut buncit boleh baca di facebook page Kurus Oh Kurus dan kurusdancantik.com



Thanks for reading! 
7 Komen untuk "Dari Buncit Kepada Sixpack-6 Cara Ringkas Untuk Hilangkan Perut Buncit"

Thanks bro. Tapi kalau tak buncit tpi nak sixpack jugak boleh tak? AHhahaa

Tips dah ada.. nak buat tu M besar sangat.. hehehe..
nice sharing..

nice tips! datang sini terus follow hafiz :D

Hah! Tq sudi share info ni. Sekarang saya boleh selamatkan diri sebelum berlaku kebuncitan yang tak diingini. Hahahah

BTW, Dah follow mari!

Kena follow elok2 ni, nak slim raya nanti, hahah.

Sedar-sedar dah tak nampak kaki sendiri bila pandang bawah. Bahahahahahahahahaha yang ni lawak! 😂👏
Tu lah, dah lama dah dok cakap nak sit up sit up tapi asyik sit downnnn aje. Ooo pemakanan pun mempengaruhi lah juga. Hmm, masalah ni! Nak naikkan berat badan, tapi at the same time taknak bagi buncit. Acane tuh. 😓

Nak dekat raya ni, kena rajin-rajin buat senamanlah kalau taknak perut buncit. hahaha..

Back To Top