Seronoknya Mandi di Air Terjun Kota Tinggi

Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pembaca blog aku yang tak best nie haha. Next entry la kita throwback pasal 2015 okey. Hari ini nak cerita pasal mandi manda di Air Terjun Kota Tinggi tempoh hari. Ini firstime ke Kota Tinggi and kebetulan Amal pun stay di Kota Tinggi. So boleh la ajak si Amal mandi air terjun. Thank you Amal sudi luangkan masa dengan aku. Lama gila tak jumpa si Amal nie. Almost 2 tahun dah kot. Dah bambam dah Amal sekarang haha. =p

 

 

Jpeg

 

 

Gah betul pintu gerbang ke Kota Tinggi Waterfall Resort nie. Mari kita tengok apa yang best sangat di sini.

 

 

Jpeg

 

 

Boleh tahan juga bayaran masuk ke Air Terjun Kota Tinggi nie. Sabo jela nak mandi air terjun punya pasal bayar RM7.60/person and parking RM3.20. Haruslah mandi sampai puas kan.

 

 

Jpeg

 

 

Permainan air pun ada dekat sana. Ada 2 buah papan gelongsor air tapi macam tak berapa nak ada air sangat dalam papan gelongsor itu haha. Kalau nak main papan luncur kena sewa pelampung. Kanak-kanak sesuai la main nie. Apijol dah kategori bapak-bapak so kena mandi area air terjun baru mencabar sikit.

 

 

Jpeg

 

 

Dari port ini nak ke air terjun yang paling atas, kena mendaki lah sikit. Tapi jangan risau sebab mereka sudah sediakan tangga dan laluan untuk ke air terjun yang paling atas tu. Harap-harap dekat atas tak ramai sangat orang macam bawah ini. Kalau bawa anak-anak, better mandi dekat sini lah.

 

 

Jpeg

 

 

Beberapa minit mendaki, akhirnya kitorang pun sampai la ke air terjun. Cantik juga. Air pun jernih nie tapi kawasan ini agak crowded juga dengan orang mandi manda. Tapi apa aku peduli kan haha. Salin seluar mandi dekat celah batu tu jugak, kemudian terus masuk dalam air. Pesen tak boleh jumpa air betul nie. =p

 

 

Jpeg

 

 

Diorang letakkan jaring besar dalam air untuk memisahkan kawasan yang cetek and dalam. Tapi kitorang setakat amaran macam gini mana nak dengar sangat kan. Masya Allah hehe. Siap mandi melepasi jaring besar tu lagi. Tapi tak berani nak pergi bedekatan air terjun sebab area situ memang dalam betu. Aku dahlah berenang pun tak reti. Berenang menyelam kepala tak timbul boleh la sikit-sikit. \0/

 

 

Jpeg

 

 

Nah belanja gambar tengah mandi sekeping la. Kang nanti tak percaya pulak aku pergi mandi di Air Terjun Kota Tinggi hihihi. =P. Syok gak mandi sini. Aku pulak dah lama sangat tak mandi air terjun bertambah syok la kan. Kalau singgah di Kota Tinggi, pergi la mandi di sini okey.

 

 

Jpeg

 

 

Antara Kemudahan yang disediakan di Air Terjun Kota Tinggi,

 

- Resort

- Bilik persalinan ( Mohon dinaik taraf and mohon jaga kebersihan & keselesaan. Kemain lama kitorang tunggu turn nak salin baju)

- Toilet

- Permainan air (2 biji papan gelongsor air)

- Surau

- Sewa pelampung

- Cafe dan banyak lagi.

5 Komen untuk "Seronoknya Mandi di Air Terjun Kota Tinggi"

mmg suka mandi air terjun eh? hahahah.

okh yang ni best! ak salu g johor so nnti ak g sini.

kampung bini aku ni.

Tapi aku jarang pi sini.

Ramai sangat orang. Haha..

haah hobi saya mandi air terjun hehe

G la mandi air terjun sini wei best jugak

Back To Top