Weekend lepas aku sempat ke Big Bad Wolf 2014 di MIECC The Mines. Kali terakhir ke Big Bad Wolf pada Festival Belia 2014 lepas. Dan di Festival belia 2014 itu jugalah kali pertama aku mengenali Big Bad Wolf iaitu jualan buku besar-besaran dengan harga yang sangat murah.
Menariknya mengenai Big Bad Wolf di MIECC kali ini ialah event ini dibuka 24 jam dan berlangsung selama 5 – 16 December 2014. Woah dahlah 24 jam, 12 hari pulak tu. So, memang takde alasan orang area MIECC tak boleh nak datang ke Big Bad Wolf melainkan anda memang bukan seorang ulat buku. Disebabkan Apijol seorang pencinta buku, so jomlah kita ke Big Bad Wolf.\0/
Aku ke Big Bad Wolf di MIECC The Mines ini dengan KTM. Dari KTM, berjalan kaki ke The Mines. MIECC terletak bersebelahan The Mines. Masuk The Mines, lalu ikut parking The Mines kemudian akan nampak parking MIECC. Cross jalan ke parking MIECC kemudian naik tangga ke Big Bad Wolf. Kalau tak sure lalu ikut mana, tanya je orang. Jangan jadi macam aku salah lalu jalan. Siap pusing MIECC lagi. \0/
Sangat banyak buku yang terdapat di Big Bad Wolf dan dari pelbagai genre. Fiksyen, Non-fiksyen, masak-masak, buku kanak-kanak, semualah ada di sini. Kebanyakan buku ialah English tapi jangan risau sebab ada juga sedikit bahagian buku malay macam novel, buku motivasi & buku ilmiah. Yang pasti, Big Bad Wolf kali ini besar sangat lebih besar daripada di Festival Belia lepas. Orang tak payah cakap la. Memang ramai sangat. Takde ruang dalam MIECC tu yang tiada orang. Nak bergambar pun malu. Mujur Apijol seorang yang muka tak malu jugak sikit-sikit. Cepat-cepat suruh member snap gambar sekeping.
Niat asal aku kesini memang nak beli buku English pun as aku sekarang baru sedar betapa pentingnya English tu lol. Amende lah start belajar English dari PASTI sehingga masuk university tapi tak pandai-pandai jugak English tampo kang. So ini antara satu cara yang aku boleh gunakan untuk memantapkan English aku yang umpama melukut di tepian gantang. Sempat jugak grab dua biji buku English yang tebal & tulisan pulak halus-halus. Aku takut Big Bad Wolf tahun depan pun belum tentu aku boleh habiskan. –.-
Gambar bawah ini dua biji buku yang aku beli di Big Bad Wolf, MIECC. Buku warna biru tu harga RM10.00 & buku lagi satu RM5.00. Memang murah-murah buku dekat sana. Yang harga RM3.00 pun berlambak. Hajatnya nak beli banyak lagi tapi takut berlaku pembaziran pulak nanti. Kang buku tu aku guna buat bungkus nasi lemak pulak. Untuk permulaan, beli jela 2 biji dulu. Firstime kot nie beli buku English. Kalau rajin, boleh pergi lagi nie sebelum 16 December 2014. yeah!
Jom terjah website diorang,
http://bigbadwolfbooks.com/2014/kl/
https://www.facebook.com/bbwbooks
http://www.bookxcessonline.com/
19 Komen untuk "Review Big Bad Wolf 2014,MIECC @ The Mines"
Tak berkesempatan lagi nak pergi ni , doa doalah Jumaat ni sempat selitkan diri dekat sini. T_T
Nice review
Klo dkt da lme pegi..huhuhu
Jom Join Segmen Zaman Persekolahan ok?
Wiwiwiiii ala qila lupa nak beli mortal instrument tu hm.
Kalau tak baca bg hadiah dkt qila eh hahahaahha.
Jgn balut nasi lemak oi hahahaha.
Wiwiwi. Betul. Say no to pembaziran!
qila pun cubaaaaaa tak beli baanyak ekeke.
Nasibaik buat penapisan. Hihuhuhi.
yang tahun lepas bolehla bawak satu cabin luggage pergi borong buku kat sana tapi tahun ni fulus tak cukup lak, boleh beli sikit aje. BBW terbaik!
buku bawah yg tajuk The Mortal Instrument: City of Lost Soul tu patut beli buku buku sebelum dia. yang ni rasanya the fifth installment of the series.
:)
Tak pernah pergi big bad wolf takut membuas beli buku.. Tp dlm bnyk2 bntg apesal wolf die pilih? Apesal tak big bad hypo ke monkey ke.. Ape da wolff.. Msti pengaruh twilight ni..
hmmm takder jumpa blogger lain ker?? macam separuh blogger KL turun ke sana tu
yeah! dah pergi aritu. sangat rambang mata nak pilih...
Salam. Haha BBW sgt besttt kan...aku tau psl ni pun masa study dulu, tp time tu dia buat jauh gila, nak pegi kena naik teksi bas bagai..pegi lenggang kangkung, balik cam budak sekolah bwk byk buku, semua sbb harga murah gila baby~ haha tp aku beli komik dgn design je byk..
novel inggeris pun byk aku beli, konon nak baca..last2 dpd dah 3 tahun still terperap dlm kotak...hihihi~ selamat membace lah ye :p
Dia extend sampai 21hb kak .. ha ade peluang lagi nak pergi nie .
Awak lagi best dah g dua kali. haha
Oh yeke ? Kita main bedal je tengok cover cantik sikit & bestseller terus ambek haha
Sebab kemeriahan dia boleh diibaratkan seperti seekor wolf gitu kak. LOL
X de jumpa pun bro.
Samalah kita. haha
Yang terperap dalam kotak tu, bagi dekat saya jela kan? haha
pijol,, bila nak update entri baru..
teringin nak pergi ,, katanya gempak ,,,
Saya pun suka baca buku juga tapi.buku Bahasa Melayu je la...Bahasa Inggeris kurang kecuali buku teks kolej