Perhatian : entri paling panjang abad ini.
Baru-baru ini dinner terakhir student IM telah diadakan di Bangi Golf Resort. Seramai 26 orang student IM dan 7 orang pensyarah telah menghadiri dinner tersebut. Dinner ini merupakan dinner yang paling meriah dan seronok sepanjang aku di UKM. seriously.
Macam terlebih skema pulak ayat aku pehal ini. mungkin sebab terpengaruh dengan subjek MENTION kot. Kitorang kena tulis berita dan rencana. Mungkin subjek itu sedikit sebanyak telah mengubah gaya penulisan aku. bahaha. Terasa aku sedang menulis berita pula. lol.
Dinner bermula pada pukul 8.30 pm. Hezwan dan Mek Tie selaku pengerusi majlis. Nazmie teknikal. Din baca doa. Ika wakil kitorang buat ucapan. Apa la aku tulis nie. Bosannya. agaga. *garu kepala*
Suka dengan ucapan Dr Emma dengan Dr Shah. “Korang belum bekerja lagi tapi sudah mampu belanja pensyarah” . Memang peruntukan dinner kali ini fully adalah hasil dari kerja kuat kitorang mencari advertorial/pengiklan di website mention online yang kami bangunkan. Walaupun website itu tidaklah hebat mana, namun website tersebut telah banyak mengajar kami erti kesusahan.
Kesusahan mencari pengiklan. kesusahan menjadi wartawan mention online. Kesusahan mencari berita dan rencana yang sesuai untuk diletakkan di dalam website. Namun diakhir kesusahan, adalah sinar keindahannya. Wah, ayat aku.
Antara kenangan yang paling best sepanjang aku menjadi wartawan mention online adalah pengalaman menemubual penerbit dan pengarah rancangan Da’I Pendakwah Milenia yang bersiaran di tv3 setiap Sabtu 6.00 petang. Kuakui *bukan lagu Hafiz* , aku telah mempunyai confident level yang lebih tinggi apabila menjadi wartawan mention online. Menemubual orang bukan perkara mudah. Hanya calang-calang orang sahaja yang mampu melakukan. aherher.
Kiranya Dinner malam ni merupakan dinner khas untuk menyambut kejayaan kami menyempurnakan mention online la. Sekali dengan dinner akhir semester. Lepas ini kitorang dah praktikal. insyaAllah panjang umur kitorang berjumpa lagi di majlis konvokesyen nanti. Sekejap gila dah habis 5 semester pengajian. tssk.. T_T
Macam-macam lauk yang kami makan malam itu. Siap ada spageti lagi. nasi minyak. nasi putih. ayam masak merah. ayam goreng kicap. sayur campur. Aku main sebut je ni. taktahu jugak nama spesifik dia apa. nampak tu Sow dengan Ika sedang menikmati hidangan yang lazat. Sow bakpe muko demo gitu Sow. –.- Bakpo mulut ore baju coklat tu gitu. Bakpo Ika gigit garpu? bakpo?
Yang tengah tu banyak gila aku makan. Sejak bila aku suka spageti pun tak tahu la.-.-
Hezwan dengan Mek Tie selaku pengerusi majlis. Katanya diorang tak berpakat pun nak pakai baju warna sama. Mungkin jodoh. Alahai kenapa Tie comel sangat tu buat muka innocent.
Persembahan pertama Hezwan ft Misalinda – Anak Kampung. Suara Hezwan memang selalu aku dengar memandangkan dia selalu buat show time dinner. retis jangan kau tak tahu. haha. Misalindah firstime aku dengar suara emas dia. Sedap baru kutahu dia pandai menyanyi. T_T .
Seterusnya persembahan P-joe dengan Zakwan. Asalnya p-joe yang kena buat show malam tu. P-joe siap dah bagi dekat Nazmie lagu yang dia nak nyanyi. Disebabkan jeles tengok Hezwan duet dengan Misa, P-joe pun tukar lagu. P-joe ft Zakwan – Lagu Jiwa Lagu Cinta. Memang tinggi lagu tu. Tak practice langsung sebelum nyanyi. Mujur ada Zakwan selaku Mawi. Agaga. Akhirnya tertunai juga impian Zakwan nak berduet dengan P-joe dalam majlis dinner.
P-joe dah biasa buat show. Zakwan ini kali pertama dia. *riak kau P-joe*. Serious dah lama Zakwan kabo nak duet dengan P-joe sekali time dinner. Tak sangka impian menjadi kenyataan di malam dinner terakhir mereka. sweet kan. Tak mengapa nyanyi tak sedap P-joe, asalkan P-joe dah menyempurnakan impian Zakwan itu sudah memadai. P-joe happy bila kawan-kawan P-joe happy. P-joe ??? !! eh.
Selain persembahan diorang, Ika dengan Lucas pun ada buat persembahan. Diorang menari. Seriously ini firstime aku tengok diorang menari. Terpegun kejap. Lucas dengan tarian k-pop dia. Ika dengan tarian gelek dia. eh yeke gelek. aku pun taktahu tarian apa. Siap ada kipas lagi. Yang pasti, mendapat tepukan dan sorakan gemuruh. masing-masing ada bakat tersendiri.
Lepas habis persembahan, ada permainan kotak beracun. aku tak kena tapi nyaris-nyaris nak kena. Music berhenti dekat Wani yang duduk sebelah aku. fuhh, cuak kejap. Lepas kotak beracun, ada sesi karaoke. Pensyarah mention memang sporting gila. bagi je mike terus diorang menyanyi. terbaik la.
Sesi bertukar-tukar hadiah pun ada. masing-masing seronok dapat hadiah daripada classmate 5 semester. Ada yang terbagi hadiah dekat best friend sendiri. Aku ? hadiah warna pink aku beli di The Mines tu aku kasi dekat Kak Lia.
Kitorang dah cabut undi awal-awal. Kak Lia pulak kasi hadiah dia dekat aku. Sweet bukan. Memang moment yang langsung tidak disengajakan. Thanks Kak Lia kasi jam tangan. bertambah koleksi jam tangan aku. Jam tangan yang penuh simbolik.
Aten ft. Dila – Salam Terakhir. Kenapalah diakhir sem baru aku tahu bakat korang. Aten memang aku tahu suara sedap. Dia pernah bagitau aku dia menang pertandingan nyanyi zaman sekolah. Dila memang aku tak tahu langsung dia pandai menyanyi. Macam Jac ft. Misha Omar bila dengar diorang nyanyi lagu Salam Terakhir. T_T
Makhluk cantik, kacak, berbakat, hebat dimalam itu.
Student Chinese yang awesome, brilliant dan beautiful – Lucas, Lili, Hui, Bee Lan dan Tally.
Bersama Kak Long kami
Fashionista, Kelakar dan talkative
Kreatif, Independant dan Handsome
Aku selaku pemilik hafiz hafizol blog * like page aku guys haha * dan selaku student im yang bermasalah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada korang. terima kasih untuk semua kenangan 5 semester ini. Terima kasih untuk segala-galanya.
Halalkan semua makan-minum aku dan maafkan segala keterlanjuranku, segala salah-silap, segala-galanyalah. Sesungguhnya kejayaan itu milik mereka yang berusaha dan tidak mengenal erti putus asa. Semoga kita semua menjadi orang yang sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa. Ameen.
Thanks for reading.
Tag :
lifestyle
14 Komen untuk "Dinner Terakhir Student IM Bangi Golf Resort"
wah meriahnya korang..ak time stdy dulu xde nak kelab2 golf ni..haha..sedih sgt! ko karok?waahhhh..haha
asyik dinner je. jeless tgk makanan korang.huhu
perghh makanan tuuuu . hehehe
pergh! best nye.. praktikal tym sem 6 ke ? bukan lepas sem 6..
Dlm kegembiraan yg hafiz cube smpaikan..terselit kesedihan yang x dpt diluahkan..ecececeh..mesti sedey kn..cheqkaq pnah Rase dlu..memang sedey..tambah2 last semester,last dinner tu laa baru dpt kenal betul2 rapat dengan kawan2..hehe
auwww, so sweet lah korang <3
Suka perfume silkygirl temptation tak? hihi, jom datang blog kita! :)
wah! bestnyer dinner..meriah sangat nampaknyer dengan makanan pelbagai...bunda tak pernah pun..hi tea kat hotel pernah, tupun sekali jer..
im tu apa bro/..hehe..peh sempat selagi promote fan page..
Kami sem 6 :)
information management :) of corse laa.. ha3..
Karok suka-suka je :)
sedih nangis2 lagi tp dlm hati jela hehe
Nanti ajak suami bunda dating kat hotel skali yer :)
uikk ! best giler menengoknyaaa ! :P