Assalamualaikum.
Bercakap pasal gigi yang kuat lagi sihat teringat pulak kenangan zaman sekolah rendah dulu-dulu. Ala, yang nurse datang sekolah suruh bawak berus gigi tu kan. Then ajar cara-cara memberus gigi dengan betul. Sampai sekarang aku ingat tahu kejadian aku dimarahi nurse gigi tu.
“ Teruknya berus gigi awak. Esok beli lain la ! Dah nazak sangat dah tu ”
Emo sepuluh saat tahu bila nurse cakap camtu dekat berus gigi aku. Dahla masa tu aku kecik lagi. Baru darjah satu. Aku cari berus gigi tak jumpa. So aku ambil jela berus gigi yang paling tak comel yang ada dekat bilik air tu. Kesian aku. Spoil mood aku nak belajar cara gosok gigi yang betul. Comelnya aku masa tu merajuk dengan nurse sambil buat mulut muncung sedepa.
Kenangan lain, masa aku nak cabut gigi. Pernah sekali gigi aku kena cabut masa darjah 3 kalau tak silap. Kalau salah mohon betulkan. Macam awak tahu pulak ye. Haha. Sebenarnya tak sakit sangat pun kena cabut gigi nie. Serious tak sakit. Yang menyakitkan, bila darah keluar tak henti-henti. So, kena letak kapas la dekat gigi. Malu kot nak masuk kelas dengan kapas penuh satu mulut. Sebenarnya takde la penuh sangat tapi aku tak suka. So, aku merayap la sekeliling sekolah. Lepak kat kaki lima sehinggalah darah dah tak keluar lagi.
Bila dah besar lagi kacak dan bergaya nie, dah pandai jaga gigi. Kalau boleh nak buat treatment nak putihkan gigi supaya jadi macam iklan colgate tu. Teruja sangat tengok iklan coklat semua model iklan gigi putih berseri. Eleh gigi nak putih tapi gosok gigi sekali sehari apa cite ?! Sila jawab Apih Apijol. Hahaha =p
Memperkenalkan, berus gigi yang sangat hebat dari Colgate. Colgate Slim Soft.
So, kepada mereka yang dah lebih 3 bulan tak tukar berus gigi tu silalah beli Colgate Slim Soft di kedai yang ada menjual. Watson/Guardian biasa ada. Kot.
“ menukar berus gigi sekurang-kurangnya setiap tiga bulan mampu menghalang bakteria daripada memasuki mulut ” – Persatuan Pergigian Malaysia
Cara Memberus Gigi yang Betul :-
P/s : Gigi yang sihat menjamin kesejahteraan hidup. Percayalah. =p
Maklumat lanjut di Colgate Slim Soft .
6 Komen untuk "Gigi Sihat Dan Kuat Dengan Colgate Slim Soft"
haha..aku guna berus sabut boleh ?
wow
adik sy mcm tiap2 mgu tukar huh
Seronok pulak bila ingat balik masa sekolah dulu bila kena berus gigi ramai2..hehe..=D
pudin - duit nuffnang byk p la beli satu haha
zila - bagusnya tukar tiap2 mggu. pasni suruh dia tuka tiap hari =p
Marlia - TAK SERONOK ! TAK SUKA ! ha3
gosok gigi sampai pengsan
Terus teringat berus gigi aku pun dah nazak...3 bln dah pun..sampai masa nak kena tukar..