Assalamualaikum.
Tajuk entri punyalah tak sedap starang baros. Bab reka tajuk entri memang ku akui agak fail ! Tak caya cuba tengok post-post terdahulu aku semua tajuk tak sedap dibaca. Sebab itu aku suka tukar balik tajuk-tajuk entri lama aku kasi nampak sedap sikit haha kantoi.
Sekejap betul masa berlalu. Dah tahun 3 dah diri ini. Rasa macam baru semalam aku dengan Mek Ada pergi Kajang for the first time n then terus makan sate Kajang. Padahal ini kenangan aku dengan Mek Ada pada tahun 1. Rasa baru kelmarin aku jadi fasi kepada budak sekolah di Johor dan Kajang padahal kenangan itu pada tahun 2.
Tahun 3 merupakan tahun terakhir aku di kampus. InsyaAllah. Lepas nie aku dah praktikal. Diriku sangat gembira. Tetibe Hahaha. Tak payah nak gembira sangat la kalau tesis kau pun tak nampak kepala ekor lagi. Tak siap tesis tak boleh praktikal kau tahu. Gerun pulak aku mendengarnya. *sambil cuba mengingati apa tajuk tesis lol*
Macam-macam kenangan pahit manis sepanjang 3 tahun bergelar pelajar Komunikasi & Pengurusan Maklumat. Course apa itu macam tak best je ? Gila kau tak best. Best gila kot. Macam-macam kitorang belajar sepanjang 3 tahun nie. Belajar subjek komunikasi, belajar subjek advertising, public relation, belajar cipta website, belajar main coding html css xhtml apa semua tu, belajar penulisan, dan belajar MENJADI SEORANG BERJAYA & BERKERJAYA pada masa hadapan.
Tapi yang tak best, course ini dah tak bukak dah lepasnie. Kitorang merupakan bach terakhir. Kitorang juga merupakan bach yang paling sweet, sporting, gila-gila dan disukai oleh para pensyarah berbanding bach-bach sebelumnya hahaha mulalah nak perasan. Sebenarnya aku nak cakap yang aku sayang bach ini. Serious aku sayang. Lebih-lebih lagi geng-geng yang pernah group dengan aku. *ayat bodek sebab selalu skip diskasen*
Gila kau tak sayang. 3 tahun belajar sekali. Makan sekali. P derak sekali. Sembang kencang sekali. Open table sekali. Shopping dekat Pusanika sekali. Bergaduh sekali. Tarik muka sekali. Kena gosip sekali. Buat esaimen sekali. Pergi kelas sekali. Pergi dewan exam sekali. Study sekali. Berjaga sampai lewat malam dekat fakulti sekali. Present kat depan dengan penuh ilmu di dada sekali. Semua benda buat sekali. Serious, aku akan rindu korang semua. Aku harap korang pun akan rindu jugak dekat aku haha nanti sedey aku kalau rindu aku tak berbalas lol.
Semua comel kan budak kelas aku. Jangan pelik sangat kalau takde boys dalam gambar. Kelas kitorang memang ada 7 ketul je boys yang berbeza watak dan perwatakannya tapi masih kacak jugak.
Ini baju korporat kitorang. Smart kan? Angguk laju-laju cepat haha. Baju pesen ini sangat laku sehinggakan kitorang tak berapa nak pakai sangat sebab nanti “ eh cuba tengok baju diorang tu macam baju korporat kita la”. Keadaan inilah yang selalu terjadi dekat kitorang. Sadisnya.
ALL THE BEST GUYS !!! SEE YOU IN COURT LOL.
8 Komen untuk "Tahun 3 di Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan"
rindu lak zaman study
3tahun dengan kawan2 zaman blaja ni mmg best..jd mcm adik beradik da..pegi kelas sama2...time gap antara kelas,pi makan sama2..mmg best..rindu zaman study~ :)
UKM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hahaha
untung la 3 tahun je.
aku sampai 4 tahun
eddy ape lagi p la smbung study.
ca cik duyung dah habis study ka ingatkan baru habis spm kahkah :)
aku dua tahun lagik......
nesa pun baru abis haa..x lame lagi konvo..gud luck 2 u~~
memang cantik baju korporat itu!
dh 3 taun eh.aku rasa mcm bru tahun lepas hntr ko ukm.
btw grad cepat2 xsbr nak tumpang sarung jubah konvo ko.hiksss.