Cerita Hari Raya Apih Apijo versi 2012

 

Assalamualaikum. *jawab salam wajib sila jawab laju-laju*

 

Dek kerana sangat teruja baca entri raya blogger-blogger hot seperti cik Epal dan Yuyu Zulaikha, aku yang tak berapa nak hot sangat nie pun nak buat juga entri hari raya. Khas untuk korang yang sempat beraya dengan aku pada tahun ini. Suka tak??  hahaha.

 

 

Sebelum aku melaklok dengan lebih banyak lagi, terlebih dahulu aku ingin memohon kemaafan yang tidak terhingga banyaknya sekiranya aku ada melakukan dosa samada nyata atau tidak terhadap kalian. Mohon maaf sekiranya penulisan aku yang cakar ayam cakar biawak ini ada menyinggung perasaan, menusuk kalbu atau mengguris hati kalian. Mohon dimaafkan. Kosong kosongg ooo. *bak kata adik Najwa*

 

 

Sebenarnya raya tahun ini takde la best sangat pun. Apa nie setiap tahun raya kau tak best kan Apih Apijo. Bukan apa, tak habis beraya lagi dah kena balik kolej semula. Ada exam short sem. Best ke camtu? Rumah Mok Cik sebelah rumah pun tak sempat lagi nak beraya. Haritu pelekong lembu dia dengan batu ahak ahak.

 

Sesi bermaaf-maafan di hari raya. Serious lelaki berbaju melayu oren di dalam gambar bukan tengah melakonkan drama di pagi raya. Dia sangat tawaduk memohon ampun maaf dengan emaknya. Mak sempat lagi tengok kamera tu. Tak adil betul. Hahaha.

 

Anak-anak buah yang beratur nak bersalam dengan tok dengan to’ki mereka. Comel betul Akak pakai tudung. Khidir dengan Paiz segak daripada Pok Joe dia lagi di pagi raya. Pok Joe dia pakai selekeh gila wooo kahkah. Suka sangat dapat duit raya. Aku pun dapat jugak duit raya. Tak sia-sia tau buat muka seploh sen haritu tau akhirnya dapat jugak duit raya tau.

 

Kan dah cakap Paiz dengan Khidir lagi segak kacak bergaya daripada aku di pagi raya. Setiap tahun baju raya baru je diorang pakai tapi aku sob. Malas la nak segak sangat nanti Jaja asyik nak bergambar dengan aku sokmo. Haha. Yang comel baju silver tu Jaja. Comel kan Jaja tapi jangan cuba nak mengorat dia sebab dia dah kahwin pun. Seri pengantin dekat muka tak hilang lagi tu nampak? nampak ?

 

Lepas sesi bergambar dirumah habis, sambung pulak sesi bergambar di rumah sanak saudara. Suka benar bergambar kan. Habis setiap rumah yang kami beraya kalau boleh nak ada sekeping gambar lol. Ini rumah saudara. *pesen suka kasi brightness lebih pada gambar*

Orang yang datang beraya rumah aku haritu ini la antara biskut raya yang diorang makan. Nampak tak kacang hijau tu? Aku beli tu. Aku beli dekat Pasar Batu Enam. Dalam 8 hegget sebungkus, Mahal kan? Korang nanti kalau nak beli kacang raya baik beli dekat pasaraya lagi murah. 8 hengget dapat 3 bungkus bak kata kakak aku la.  *eh apa aku duk bebel nie bai*

 

 

Ini baru raya pertama. Exsaited tak nak baca raya seterusnya? mesti exsited gila kan haha

11 Komen untuk "Cerita Hari Raya Apih Apijo versi 2012"

Meriah jer aku tengok sambutan hari raya kau, siap posing2 lagi. anyway Selamat hari raya maaf zahir dan batin tak lupa juga selamat menyabut kemerdekaan yang ke 55, merdeka! merdeka! merdeka!

terbaru dari Jal Merdeka Bukan Maksudnya Babas

jal selamat hri raya maaf zahir batin jugak. posing d pagi raya mmg aktiviti wajib pun kahkah

untung la banyak gambar raya, kite xde gambar raya pun :(

selamat hari raya apijol. raya kamu better than mine rasanya. hehe . selamat hari raya ! :D

ngeh-ngeh..plz pm bg emel nak bg gmbo byk skit.muahaha.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin hafiz.. Mai dtg umah maiiih..

waalaikumussalam..sme la kite..bru je nk syok rya dh kene balik exam..ap pun alhamdulillah selesai dh sume.slmt hri raya la lagi ek..hahaaha..

Back To Top