SIKAP-SIKAP NEGATIF SEBAHAGIAN UMAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN

 

ramadhan5nu8

 

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berpuasa semua..

 

Setiap tahun bila m'jelangnya Ramadhan, kita selalu kata kat diri sendiri nak capai Ramadhan yg t'baik tapi selalunya bila dah b'lalu Ramadhan tu atau bila dah hujung2 bulan, mulalah ada rasa menyesal sebab Ramadhan tak dimanfaatkan secara optimum, "Nanti bulan puasa sekali lagi, aku nak buat betoi2..."


Sini saya nak kongsikan antara sikap2 negatif sebahagian umat Islam di bulan Ramadhan :-

 

@ Puasa dijalankan bukan sebagai ibadah. Iman & m'cari keredhaan Allah tak dijadikan sebab &booster kepada ibadah.

 

@ Puasa hanya dalam konteks tahan lapar & dahaga, tapi p'buatan2 seperti menipu, m'umpat, b'bual hal2 lucah & p'gunaan kata2 kesat masih tak dikawal.

 

@ Khususnya pelajar2 sekolah atau universiti yg tinggal jauh dengan keluarga selalu meninggalkan kelebihan b'sahur walaupun sering kita dengar tentang kelebihan2nya. Ada yg lagi teruk, t'tinggal sekali solat Subuh pada waktunya, hmm...

 

@ Sungguh2 buat solat sunat tarawih & witir, tapi solat2 fardhu t'utamanya yg dijalankan pada waktu siang ditinggalkan.

 

@ Meningkatkan amal diri sendiri sahaja seperti tilawah al-Qur'an, tapi m'abaikan p'libatan ahli keluarga untuk sama2 b'ibadah.

 

@ B'sungguh2 m'hidupkan amalan pada waktu2 t'tentu sahaja dalam satu bulan Ramadhan. Contohnya, ada golongan yg semangat b'tarawih awal2 Ramadhan, makin dekat hujung bulan, makin b'kurang saf2 sembahyang di masjid. Ada jugak golongan yg hanya mula buat amal bila dah hujung2 Ramadhan dengan angan2 mahu dapat Laylatulqadr. Istiqamah tu yg perlu ada, banyak mana amal tu perkara kedua...

 

@ M'habiskan sebahagian besar masa pada bulan Ramadhan dengan amalan2 yg sia2 seperti banyak tidur, bual2 kosong, menonton perkara2 yg boleh menambahkan dosa & sebagainya.

 

Tidak menuding jari kepada orang lain. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan pembaca diluar sana. Kekadang diri sendiri pun tidak dapat lari dari melakukan perkara-perkara di atas.

 

Jom muhasabah! Sempat lagi ni nak p'baiki diri, insyaAllah...

 

"Wahai orang2 yg b'iman, diwajibkan ke atas kamu b'puasa sebagaimana diwajibkan atas orang2 sebelum kamu, supaya kamu b'taqwa." (2 : 183)

 

Sumber : http://hanihborhan.blogspot.com/2012/07/ku-mharapkan-ramadhan-kali-ini-penuh.html


8 Komen untuk "SIKAP-SIKAP NEGATIF SEBAHAGIAN UMAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN"

nice sharing..hari ke11 Ramadhan!selamat berpuasa..(^_^)

Moga azam puasa tahun ni selari dengan usaha kita nak booster ibadah dan elak dosa.ameen.

insya'Allah jom bersama-sama agar amalan dipertingkatkan tahap lebih tinggi drpd sblum ini :)

insya'Allah jom bersama-sama agar amalan dipertingkatkan tahap lebih tinggi drpd sblum ini :)

nauzubillah...

pape pon smoga amalan kita diterima Allah..salam ramadhan! ;)

semoga amalam kita sama-sama diterima
selamat berpuasa :)

salam ramadhan.. selamat berpuasa.. selamat hari ghaye semua... semoga beghaye di hari raye nati.. heeeee

Yg ni jgn lupa :-

Solat Tarawikh..
Malam Lailatul Qadar..

Back To Top