Assalamualaikum w.b.t.
Dah lama tak kasi kad raya dekat member-member. Rindu pulak zaman muda-muda haritu semangat tahu simpan duit belanja semata-mata nak beli kad raya nak kasi dekat kawan-kawan. Zaman sekolah menengah la paling banyak dapat kad raya. Bersusun-susun dapat kad raya.
Kad raya yang paling aku tak dapat lupakan mestilah kad raya masa aku tingkatan empat. Someone bagi kad raya yang sangat besar dekat aku. Firstime dalam hidup dapat kad raya sebesar gedabak tu. Sampai sekarang aku simpan kad raya tu. Ada dekat kampung. Hmm, semoga someone yang bagi kad raya besar itu kepada aku berbahagia dan gembira selalu. :)
Kad raya ada macam-macam. Ada yang versi kartun, gambar masjid, gambar ketupat, versi kad disertai muzik lagu raya dan seumpamanya. Kad raya feveret aku mestilah kad raya versi kartun. Tak suka yang versi gambar kubah masjid tu. Hehehe. Sebab sangat simple. Tak sesuai kalau nak kasi dekat kawan-kawan.
Banyak sangat aku kumpul kad raya pemberian kawan-kawan. Adalah dalam satu kotak kasut. Aku harap bila balik kampung nanti ada lagi la kad raya tu. Nak baca balik. Mengimbau kenangan. Serious kot bila dekat-dekat raya memang aku baca balik kad-kad raya yang kawan-kawan aku kasi. lol.
Kekadang aku gelak sorang-sorang bila baca dialog lawak dalam kad raya. Itulah istimewanya kad raya. Tak sama dengan sms, mms atau whatsoever yang korang pakai sekarang nie untuk wish SELAMAT HARI RAYA dekat kawan-kawan korang. Sekarang pakai tag dekat facebook dan twitter pun boleh kan? Patutlah kad raya dekat kedai pun dah tak berapa nak laku sangat. Sadisnya.
Ramadhan kali ini ramai blogger yang mengembalikan nostalgia bagi kad raya dekat member-member terutama para pembaca blog diorang. Contohnya macam Nisa Kay, Syafikway, Aremieroul , Nyamuk Terbang, Eyda dan ramai lagi. AKu pun dah join segmen Aremieroul dengan Nyamuk Terbang tu. Support member-member. Manatau nanti dapat kad raya free. #eh.
Aku nak bagi kad raya dekat member-member pun macam tak berkesempatan dari segi masa dan wang. Cheewah, macam la busy sangat sampai takde masa kan. kihkihkihkihkih.
Korang yang nak kad raya daripada blogger boleh la mintak dengan blogger-blogger yang aku sebutkan namanya di atas. Better korang cepat-cepat sementara tawaran masih dibuka. Pegi godek blog diorang sekarang ! :p
Pembaca setia hafiz hafizol blog kat luar sana mesti ada jugak yang dah lama nak kasi kad raya dekat aku tapi tak tahu alamat kan ?? *perasangilerr Ala, kenapa tak mintak? Malu letu. Kalau nak kasi kad raya nanti bagitau taw ! *perasankuasadua
Jum sama-sama mengembalikan nostalgia kad raya. Hikhokss.
11 Komen untuk "NOSTALGIA KAD RAYA"
kad raya lah yg best ~~ waktu wani drjh 6 dulu, pakat2 beli kad raya bnyk ngan member then jual~~ hahaha, dh msuk form5 nie, x dak sapa nak bagi dah ~~ haha, ==" kena bagi kat org dulu, bru org bgi kat kita ~~
nnt aku kasi ey
haha berkurun xnah dapat kad raya dah...
nak kad raya 1 !!! :)
hehehe kelakar2 la kad raya tu
kemsalam kt someone tu ye
hahaha
terkenang zaman dulu..kad raya yang last 2 pernah dapat from someone spesial time muda2...kembali nostalgia betullah...
nak kad raya bg alamat cepatt... lmbat2 nanti xdapat !!!!
makin besar, makin x de siapa yg nak kasi kad raya kan haha
Zaman sekolah paling best, macam2 raya dapat..yang paling kelakar juz tukar2 dalam kelas je kad raya..hahaha..rindunya..T_T
aku pun tak sempat nak pos kad raya kat kawan2. hehehe
kad raya ni lagi best sentimental value dia daripada sekadar sms ataupun emel.kan? hehe
Assalamualaikum dan salam syawal ke-8,maaf zahir batin..