Seperti hari-hari sebelumnya, harini aku akan mengulangkaji pelajaran bersama teman-teman di perpustakaan. Bertugas sebagai pengawas perpustakaan memudahkan aku untuk mengulangkaji di perpustakaan. Sambil menyelam, minum air.
Kebiasaannya kami akan mengulangkaji beramai-ramai di bilik penyelaras perpustakaan, Cikgu ARM.
Ralek mengulangkaji, sehingga tidak perasan jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Semua pelajar yang memenuhi setiap sudut perpustakaan sebentar tadi juga sudah pulang ke rumah masing-masing.
Aku dan lima orang rakanku masih setia mengulangkaji di dalam bilik Cikgu ARM. Sebentar kemudian, Cikgu ARM meminta diri sebentar dengan diikuti seorang kawan kami yang lain kerana ada tugasan luar katanya.
Maka tinggallah kami berlima di dalam bilik Cikgu ARM. Tiga lelaki dua perempuan.
Keadaan pada waktu itu sangat sunyi kerana pelajar sesi petang berada di surau.
Kami yang berada di dalam bilik Cikgu ARM mengintai di luar perpustakaan melalui cermin lutsinar. Suasana suram menyelubungi ruang perpustakaan pada waktu itu.
Masing-masing mengambil tempat dan tidak megendahkan suasana suram tersebut lantas fokus kepada buku bacaan di tangan.
Tiba-tiba,
melalui cermin lut sinar tersebut, seorang daripada kawan aku terlihat bayang-bayang hitam yang berterbangan sepintas lalu. Dia yang terkejut dengan penampakan bayang-bayang tersebut menangis secara tiba-tiba. Masing-masing mula menggelabah sehinggalah dia menceritakan penampakan bayang-bayang tersebut.
Pelik apabila hanya dia seorang yang melihat bayang-bayang terbang itu. Mendengarkan itu, kami mula tidak senang duduk. Masing-masing dalam ketakutan.
Suasana di dalam bilik Cikgu ARM sangat sunyi ditambah dengan ketakutan kami semua.
Kesunyian di bilik itu pecah dengan tiba-tiba apabila kami mendengar bunyi kuat yang menghempap syiling perpustakaan bertalu-talu. Semakin lama, bunyi tersebut semakin kuat kedengaran sehinggalah memenuhi segenap dinding bilik Cikgu ARM.
Dari syiling perpustakaan, ke dinding bilik Cikgu ARM seterusnya ke pintu bilik.
Kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana sangat takut. Ketukan kuat bertalu-talu seperti ingin memecahkan pintu bilik Cikgu ARM itu membuatkan kami semua mencari tempat perlindungan di bawah meja sambil masing-masing membaca ayat suci.
Ketukan yang sangat kuat tersebut seperti mendesak makhluk itu untuk masuk ke dalam bilik. Tombol pintu juga kelihatan berbunyi-bunyi.
Keadaan itu berlarutan selama beberapa minit sehinggalah kami mendapat panggilan daripada Cikgu ARM yang memberitahu beliau sudah berada di parkir kereta. Cikgu ARM cepat-cepat mendapatkan kami yang dalam ketakutan.
Apabila diceritakan kisah seram sebentar tadi, Cikgu ARM bersikap acuh tak acuh dengan mengatakan itu semua kerja beliau dan rakan kami yang mengikutnya sebentar tadi.
Adakah benar? Atau Cikgu ARM sengaja berkata sedemikian supaya kami tidak berasa takut berada di perpustakaan? Mustahil cikgu ARM tergamak mengetuk syiling, dinding dan pintu bilik bertalu-talu sehingga mahu pecah. Mustahil juga Cikgu ARM yang mereka-reka lembaga terbang yang dilihat oleh rakanku sebentar tadi. Hmmm.
Tak seram pun kan^^. Ok babai.
Lutfi Syafiq dan Eyda sila ceritakan kisah seram korang pulak.
10 Komen untuk "Contest : Cerita Seram"
gudluck !
kisah seram gua .... kena tag ni pun dah kire seram oke ! hahaha
alar seram2 manja jer nie...hahahaha...
baru ingat nak peluk bantal kuat2
sekali x seram pung :P
tak berape nak seram lah. hehee
contest ea nie? gud luckk ><
menakutkan !!!!!!!!! errrrrr
ralek? hahahaha ayat kedah 2... :P nice la tapi x takut pon
terima kasih sbb join kontest syaf yang tak seberapa nie....insyaallah semua nama2 yang join syaf akan update sabtu nie.... thank bebyk yea...
aku bab cite2 seram ni payahhh. penakut weh. hahahaaha
seram..
realiti @ mainan perasaan..
ketuk syiling ke siling??? 2 benda yg berbeza maksud tu..