Baju Melayu Murah Bawah RM100 Jom Cuci Mata!

Assalamualaikum


Salam Ramadan Kareem buat semua. Apa ni Apijol? Diawal Ramadan pun dah share pasal baju melayu murah haha. Of course la kena share awal awal. Senang sikit korang nak cuci mata kan.


Dah cuci mata tu, jangan lupa beli sekali. Aku memang dah beli lama baju raya. Beli sebelum masuk Ramadan lagi 😂 Aku beli di Haurabelle . RM50 je. Murah kan? hehe. Kita simple je orangnya awak. Asal ada dahlerr (padahal tak mampu nak beli Bulan Bintang 😭😂)


Bukan apa, 

1. Biasanya baju melayu dijual murah sebab seller nak clearkan stock sebelum stock baru masuk. 

2. Aku malas nak beli last minit nanti saiz & warna pun banyak yang dah habis.

3. Malas nak bersesak ke butik, mall untuk cari baju melayu raya 😓

4. Nak fokus tarawih, business kerepek & rendang pulak. 


Biasanya aku memang akan beli baju secara online sahaja. Antara online shop yang biasa aku beli ialah fashionhub.com dan of course la dekat Shopee. 


Baju Melayu Murah Bawah RM100 Sahaja


Actually, banyak je seller menjual baju melayu murah dengan harga dibawah RM100 lagi-lagi di Shopee. Kalau korang berkemampuan, silalah beli dengan brand brand yang popular dengan harga RM100 keatas seperti jenama Bulan Bintang, Elrah dan sebagainya. Rasanya korang sendiri lagi arif kot hehe. 


Jom kita cuci mata dekat kedai seller yang menjual baju melayu murah dengan bajet RM100 kebawah. 


1. Butik RafiDa


Seller ini patut diberikan pujian sebab telah mengeluarkan baju melayu yang sangat mampu milik. Biasanya barang murah mestilah laku keras kan. So korang kalau berkenan dengan baju yang dijual, boleh terus beli tau. 


baju melayu murah 2024


Ada beberapa pilihan baju melayu dengan harga yang berbeza. Baju melayu untuk kanak-kanak pun ada tau. Boleh la pakai sedondon nanti. Korang boleh tekan link dibawah untuk membeli. 


Baju Melayu Harga RM59.25 - Material como crepe, 1 poket baju, 2 poket seluar, tiada zip pada baju dan tangan, terdapat sedikit belah dikiri kanan baju, saiz XS - XL sahaja 


Baju Melayu Harga RM76.11 - Material fabric iris, 1 poket baju, 2 poket seluar, tiada zip pada baju tetapi material stretchable, terdapat sedikit belah dikiri kanan baju, saiz XS - XL sahaja


Baju Melayu Harga RM76.11 - Material pearl skin, 3 poket baju, 2 poket seluar, terdapat sedikit belah dikiri kanan baju, saiz dari XS - XXL 


Ketiga-tiga baju melayu diatas berbeza tau especially dari segi materialnya. Boleh beli mengikut material yang korang suka. 


2. Hasnuri HQ


Antara jenama murah yang sering mengiklankan produk mereka di corong corong radio. Jenama ini juga sering mengeluarkan baju melayu murah dengan harga yang sangat mampu milik. 


baju melayu murah 2024


Jom cuci mata di Hasnuri HQ


Baju Melayu Harga RM79.90 - Ada 10 pilihan warna, saiz dari XS-XXL, material high kualiti German cotton, 1 poket baju, belahan di sisi baju. 


Baju Melayu Harga RM79.90 - Ada 5 pilihan warna, saiz dari XS-XXL, regular fit, high quality plain linen cotton, 1 poket baju, belahan di sisi baju, 2 poket seluar. 


Baju Melayu Harga RM79.90 - Ada 10 pilihan warna, saiz dari XS-XXL, high quality plain SB line, baju melayu regular fit, 1 poket baju, 2 poket seluar, 


Ketiga-tiga baju diatas walaupun harganya sama tetapi berbeza materialnya tau. 
Boleh beli mengikut material kegemaran korang okay! 


Itu sahajalah antara baju melayu murah yang dapat aku kongsikan untuk memudahkan pencarian korang membeli baju melayu dengan bajet serendah RM100 sahaja. 


Make sure beli secepat mungkin tau. Untuk mengelakkan dari kehabisan stock warna dan stock saiz pilihan korang. 


Terima kasih! 
0 Komen untuk "Baju Melayu Murah Bawah RM100 Jom Cuci Mata! "

Back To Top