10 Hotel Best Sekitar KLIA SEPANG

Jom kita tengok hotel-hotel & penginapan best sekitar KLIA, Sepang pulak. Kalau korang merancang untuk menginap sekitar KLIA & KLIA2, mungkin boleh jadikan perkongsian ini sebagai rujukan korang okay. 


Hotel & Penginapan Best di KLIA Sepang


Untuk menempah, korang just tekan link biru yang aku share disetiap hotel okay. Ada link Agoda & Booking.com. Harga yang aku mention ialah harga sekitar pertengahan Jun 2023 tau. Harga mungkin berbeza depends on tarikh. 


hotel best sekitar KLIA Sepang




Berdasarkan pemerhatian aku, harga pada weekdays lebih murah berbanding weekend. Begitu juga harga musim cuti persekolahan & musim perayaan. So rancanglah percutian korang sebaiknya okay.😎


1. Movenpick Hotel & Convention Centre


Hotel bertaraf 5 bintang ini terletak bersebelahan dengan Masjid KLIA & Kompleks Tabung Haji Sepang. Terletak dalam 12km sahaja dari KLIA.

hotel best sekitar KLIA Sepang

Harga yang ditawarkan serendah RM409 sahaja bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.

hotel best sekitar KLIA Sepang

Tempah di agoda sekarang

Tempah di booking.com sekarang


2. Sama-Sama Hotel


Hotel ini terletak bersebelahan KLIA sahaja. 


hotel best sekitar KLIA Sepang


Korang yang ingin menginap bersebelahan KLIA sementara menunggu penerbangan seterusnya, bolehlah cuba menginap di Sama-Sama Hotel ya.


hotel best sekitar KLIA Sepang


Harga yang ditawarkan ialah serendah RM475 sahaja bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.  





3. Tune Hotel KLIA-KLIA2


Hotel ini berhubung terus ke KLIA2. 


hotel best sekitar KLIA Sepang


Sesuai untuk mereka yang transit ke KLIA2. Terdapat juga bilik untuk penginapan selama 6 jam sehingga 12 jam. 


hotel best sekitar KLIA Sepang


Harga yang ditawarkan serendah RM150 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh penginapan. Sarapan juga turut disediakan. 





4. Aerotel (Airport Hotel) 


hotel best sekitar KLIA Sepang 2023


Lokasi Aerotel di Gateway@KLIA2. Ada bilik untuk seorang & dua orang. Ada bilik untuk tetamu nak transit sehingga 12 jam dan juga bilik untuk bermalam. 

hotel best sekitar KLIA Sepang 2023


Harga yang ditawarkan dari RM257 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan. 




5. Tune Hotel KLIA Aeropolis


hotel best sekitar KLIA Sepang 2023


Hotel ini menyediakan bilik untuk seorang dan dua orang penghuni. Walaupun biliknya tidaklah besar mana namun masih selesa untuk transit & bermalam di sana. 


hotel best sekitar KLIA Sepang 2023


Harga yang ditawarkan dari RM132 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan & jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan.




6. 1 Orange Hotel


hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023


Hotel ini terletak di Kota Warisan, Sepang bersebelahan dengan KIPMall Kota Warisan. Jarak dari KLIA kira-kira 8km sahaja. Hotel ini sesuai buat korang yang bajet tak tebal kerana harganya tidaklah begitu tinggi.


hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023


Harga yang ditawarkan serendah RM83 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. 





7. Hotel 99 


hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023


Hotel ini juga terletak di Kota Warisan, KIPMall Sepang. Tak perlu risau tentang dekat mana nak makan sebab banyak betul restoran di sekitar hotel. 


hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023


Harga yang ditawarkan pula serendah RM88 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. 




8. The YouniQ Hotel


hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023


Hotel ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, Sepang iaitu kira-kira 20minit sahaja pemanduan ke KLIA. Hotel ini juga menyediakan bilik jenis dorm untuk lelaki & perempuan. Bilik untuk family juga boleh memuatkan kira-kira 4 penghuni.


hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023


Harga yang ditawarkan serendah RM52 sahaja bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan. Sarapan pagi juga disediakan buat mereka yang berminat.




9. Core Suite by DreamScape 


hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023


Penginapan ini juga terletak berhampiran Kota Warisan, Sepang. Juga menyediakan fitness center & swimming pool. 


hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023


Harga yang ditawarkan serendah RM87 sahaja bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan. 




10. Tadom Hill Resort


hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023


Tadom Hill Resort terletak di Kampung Labohan Dagang, Banting iaitu kira-kira 15 minit pemanduan sahaja ke KLIA. Resort ini berkonsepkan buluh dan mostly bilik-bilik & dekorasi di sana dari buluh. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuk main rakit buluh di tasik, aktiviti flying fox, atv dan sebagainya. 


hotel best murah sekitar KLIA Sepang 2023


Harga yang ditawarkan serendah RM160 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan. 



Itu sajalah antara 10 hotel & penginapan best sekitar KLIA Sepang yang dapat aku kongsikan dengan korang pada kali ini. Dalam 10 penginapan di atas, aku pernah la pergi Tadom Hill Resorts tu. Memang cantik betul. Aku suka dekorasi buluh sekitar resort & bilik-biliknya cukup unik. 😘
0 Komen untuk "10 Hotel Best Sekitar KLIA SEPANG"

Back To Top