Harini baru berkesempatan nak update pasal percutian ke Beijing pada 17 May yang lepas. Semoga ingatan aku sepanjang di Beijing 5 bulan lepas masih segar ye. Makin tua nie, cepat betul lupa hihi. But jangan risau kenangan manis dengan korang semua di Beijing takkan pernah aku lupakan inshaAllah. =D
Percutian Musim Panas di Beijing
Ini merupakan company trip department yang kedua aku join. Trip pertama tahun lepas, percutian ke Bandung. Alhamdulillah percutian ke Beijing kali ini semuanya company sponsored. Kami just bawa diri and duit nak shopping je. Thank you so much Dato’ sebab approved percutian kitorang (hehe). Aku takdelah bawa banyak duit ke Beijing. Around RM500 (or below RM500, aku dah lupa weh –.-) sebab tak plan nak shopping sakan pun. Currency masa tu CNY1.59 = MYR 1.00. Tukar dekat IOI City Mall sebelah ATM Maybank tu. Jom baca pengalaman kitorang bercuti selama 4 hari 2 malam di Beijing, China.
Terbang ke Beijing (PEK) dengan Air Asia X
Kitorang fly ke Beijing dengan Air Asia X. Departure pukul 10.10pm and dijangka tiba di Beijing around 4.25am. Firstime fly 6 jam nervous jugak takut perut meragam ke apa kan. Aku tak ambik meal pun dalam flight sebab dah makan kenyang-kenyang di KLIA2. Konon nak tido je sepanjang penerbangan but seriously tak dapat nak lelap sangat. Nak tengok langit kang nampak bintang dengan bulan je. Maka marilah kita melayan perasaan. T_T
Tiba di Beijing Airport
Tiba di Beijing Airport dengan selamat, alhamdulillah :”). Bila masing-masing dah ambil luggage and settlekan hal imegresen semua, kami pun terus cari tour guide kitorang iaitu Eric. Dari jauh dah nampak Eric pegang kertas tertulis PjH. Berkumpul kejap situ dengar briefing dari Eric then terus follow Eric pergi dekat bas. So far so good. Smooth je urusan kitorang di Airport Beijing.
Kali ini rombongan Mak Jemah dalam 40 orang diketuai oleh seorang tour leader dari Asiaone Holidays. Ada lagi 3 4 orang yang tak follow sebab ada komitmen yang lagi penting. Dah masuk bas apa semua, baru Eric brief lebih details pasal aktiviti kitorang pada hari ini. Eric nie kelakar korangnya and dia boleh speaking walaupun takdelah power sangat English dia but kita bolehlah faham. Malay ada lah jugak beberapa words yang dia tahu.
Breakfast di Restoran Halal Beijing
First destination di Beijing, mestilah breakfast di restoran halal dulu. Aku tak sure apa nama restoran halal Beijing nie. Dah google semua tetap tak jumpa. Restoran nie just nice and memang selesa. Dia punya interior pun lawa. Masa kitorang sampai, customer takdelah ramai sangat.
Makanan dalam gambar bawah nie aku tak sure apa nama dia. Rasa dia macam cakoi pun ada. Air pulak diorang hidang air suam dengan teh susu yang agak tawar dimulut aku. Selain menu ini, kami juga dihidangkan dengan nasi goreng, and ada 2 3 menu lain yang aku sendiri pun dah lupa (haha). Pagi tu aku takde selera sangat nak makan. Jamah makanan sikit je buat alas perut.
Bukan selalu makan semeja dengan big boss. Sekali sekala mintak tolong big boss tuangkan air dalam gelas apa salahnya kan haha. Tipu je weh. Actually Mr. Lee yang sukarela nak tuang air dalam gelas kami. Adoi awat la sweet sangat nie Mr. Lee oi. =D
Tian An Men Square
After breakfast, kami bergerak ke Tian An Men Square. Dekat sini seriously ramai gila manusia especially rakyat tempatan. Jangan sesekali korang berpecah dari group nanti sesat kang tour guide jugak yang susah. Si Eric banyak kali duk mention dekat kitorang jangan jauh dari group.
Forbidden City
Forbidden City nie sebelah Tian An Men Square je. Cuaca hari itu panas terik baguslah kiranya korang sediakan payung and sunglasses. Kitorang tak explore semua tempat dekat sana sebab masing-masing dah tak larat. So ambik jalan shortcut lalu ikut taman.
As for me, aku memang teruja dapat sampai ke Forbidden City sebabnya memang aku nak sangat pun melawat tempat bersejarah tu. Aku suka layan cerita Cina kungfu tu kan. Normally diorang jadikan tempat seperti di Forbidden City sebagai lokasi penggambaran. So sambil aku layan cerita, aku mengelamun la kejap macam seronok pula kalau dapat pergi sana bergambar dekat bangunan-bangunan unik itu hehe. Tak sangka akhirnya jadi kenyataan \0/
Madian Mosque
Then kami sempat singgah solat di Madian Mosque yang cantik dan unik ukirannya.
Shopping di Muslim Supermarket
Dah selesai solat, kami dibawa pula ke Muslim Supermarket. Kat sini macam-macam makanan muslim yang semestinya HALAL korang boleh jumpa. Kalau stok makanan yang korang bawa dari Malaysia tak cukup, boleh la beli dekat sini.
Depa semua nie pakat duk beli aiskrim. Cuaca panas ceng ceng kalau pekena aiskrim memang boleh sejuk sekejap badan kan? =D
Acrobatic Show @ Chaoyang Theatre
Tempat menarik di Beijing yang teruskan kitorang singgah ialah di Acrobatic Show. Sebelum ini tengok acrobatic show dari negara China dekat tv je kan. Kali nie kita tengok live punya. Mula-mula show start memang rasa agak bosan jugak and hampir tertidur haha.
But bila dah part ditengah-tengah persembahan, tiba-tiba suasana dalam acrobatic hall riuh rendah dengan sorakan pengunjung. Makin nak ke penghujung, makin mencabar acrobatic show yang dipertontonkan. Paling best tengok, show yang motosikal masuk dalam globe tu. Memang win gila yang tu.
Lunch Wangasi Muslim Restaurant
Ini yang paling ditunggu-tunggu, makannnn! After layan Acrobatic Show, kami bergerak ke Wangasi Muslim Restaurant untuk lunch di sana. Masing-masing dah lapar teruk masa ini. Makan berat pun masa breakfast tadi je then ada la makan ringan-ringan dalam bas confirm la lapar.
Ini antara menu yang kitorang makan. Semua makan dengan penuh berselera alhamdulillah. Menu di China kebanyakannya kurang pedas and ada juga sesetengah menu yang kurang rasanya. Mujur ada dalam kalangan kitorang yang bawa sambal bilis dari Malaysia. Baru makin berselera kan? =D
Check-in City Inn Hotel
Dah settle makan, terus bergerak ke City Inn Hotel untuk check-in. Dia punya penat seharian berjalan tu toksah cakap lah. Lega gila bila dapat mandi, and melepaskan hajat dengan selesa. Fyi, toilet awam di Beijing banyak yang tidak dilengkapi dengan paip air. Kami terpaksa sediakan botol kosong berisi air paip sebagai persediaan kalau nak melepaskan hajat –.-
Biliknya agak selesa dilengkapi dengan wifi jugak. But most of social media tak boleh diakses pun dekat sana. Whatsapp, Facebook boleh la bukak. Tak tahu la kenapa negara China block banyak social media yang popular.
Sight Seeing Happy Valley
Malamnya kami bersiar-siar sekitar City Inn Hotel then terjumpalah 1 tempat yang dinamakan Happy Valley. Ada ramai anak-anak muda bermain roller blade (boleh sewa kalau korang nak main, aku tak sure harga berapa), and ada jugak open karaoke dekat situ. Tempat tu macam 1 dataran yang luas lah macam dekat Dataran Putrajaya tu.
Area City Inn Hotel juga ada Tesco, Pizza, kedai serbaganeka etc. Senanglah kalau korang nak beli barang peribadi ke apa kan. Tak payah pergi jauh, bawah hotel pun ada.
Besoknya kitorang melawat Great Wall & Olympic Stadium. Tunggu next entry aku cerita ye =D
4 Komen untuk "Percutian di Beijing, China–Part 1"
Seronok laa berjalan jauh, luas pemandangan.
Hi nak tanya
Pizza di beijing halal dan boleh makan ke?
Menariknya! Biasanya berapa ya bajet untuk 6 hari?
Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
FULL SERVICES
Hotel 3 Bintang
Makanan Halal
Driver humble
Pemandu Pelancongan professional
Sila contact Tiara Tours Indonesia
Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
Email : [email protected].
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari
Note :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL