Assalamualaikum
Harini nak ajar korang semua cara membuat sambal belacan yang paling simple guna 6 bahan je. Aku kalau takde sambal belacan kalau makan nasi memang tak sah! Siapa macam aku angkat tangan? Hehe
Dulu masa secondary school (sekolah menengah sudah Apijol oii haha), aku dah start buat sambal belacan sendiri. Gigih tanam pokok cili, tanam tomato gara-gara sambal belacan. Tak tahu lah kenapa obses sangat dengan sambal belacan tak tahu lah.
Sampailah one day aku perasan something, which is bila aku makan sambal belacan, jerawat dekat muka aku makin naik. Memang tak pernah surutlah jerawat dekat muka. Then, aku stop. Aku rasa muka aku ada allergic dengan belacan lah guys T_T
Bila aku start kerja, muka dah makin elok. So amalkan balik makan sambal belacan. Cuma takdelah makan hari-hari. But aku notice that sambal belacan dekat kedai tak mengancam dan tak sesedap seperti sambal belacan aku. Mampus la statement berani mati, angkat bakul sendiri haha.
Sekarang musim PKP. Macam-macam resepi yang aku try. Blog aku pun macam dah bertukar menjadi blog masakan ni dah kenapa. Sejak PKP, memang tak pernah putus stock sambal belacan dalam peti sejuk. Aku buat banyak-banyak, simpan dalam peti. Jerawat tumbuh di muka, like i don’t care. Jerawat? Apa tu? Gitu haha.
Cara Membuat Sambal Belacan Paling Simple
Panjang pula ye mukadimah. Nak cerita pasal resepi sambal belacan je pun bhaha. Here you go, resepi sambal belacan dari Apijol. Adik korang yang umur 5 tahun, baru masuk Tadika pun boleh buat.
Bahan-Bahan
Hanya 6 jenis bahan yang digunakan iaitu,
1) Cili Besar 7-10 biji (aku suka buang bijinya. Tak suka sambal belacan biji bersepah)
2) Cili Kecil 5-7 biji (Nak lagi pedas letak jela 15 bijik terus)
3) Tomato 1 biji
4) Belacan sebesar separuh ibu jari
5) Sedikit perasa (gula 1 sudu besar, garam 1 sudu kecil, or ikut selera tekak masing-masing)
6) Limau kasturi/limau nipis 1-2 biji (kalau limau nipis besar, letak 1/2 pun dah okay)
Cara-caranya
1) Masukkan bahan (1) – (5) kedalam lesung batu/blender. Aku guna blender je sekarang. Haritu aku tumbuk guna lesung batu. Cili terpercik masuk mata aku. Pedih gile bhai. Guna blender la senang sikit, selamat mata aku. Jangan blend lama sangat tau kang hancur berkecai, ber’air sangat tak sedap jugak. Oh ye, tak payah masuk air pun takpe. Cair sambal belacan nanti. Kalau blend tak mahu jalan, goncang-goncang sikit –.-
2) After dah blend semua bahan (1) – (5), asingkan dalam bekas lain. Perah limau kasturi dan gaulkan sebati. Siap! Dapatlah satu bekas kecil sambal belacan. Kalau korang nak potong-potong halus kulit limau kasturi tu pun boleh. Cuma jangan blend sekali dengan limau. Pahit nanti weh.
3) Aku pernah try letak budu dalam sambal belacan. Okay juga rasanya. Rasa masin-masin budu. Kalau korang suka budu, bolehlah try letak budu. =D
4) Resepi aku nie resepi koboi je. Semua bahan aku campur sekali, terus blend. Maybe cara membuat sambal belacan korang berbeza dengan cara aku. Bolehlah share dekat ruangan komen. Nanti aku try buat okay.
Sekian, terima kasih.
Selamat mecuba. Alah resepi sambal belacan je pun.
Semua orang pandai buat haha. kbye.
1 Komen untuk "Resepi Sambal Belacan Simple dan Sedap"
takpe, nanti habis PKP boleh buat rawatan muka pulak untuk buang jerawat...hahahahha