Alcea Cafe, Cafe Hipster Best di Cyberjaya

Harini nak share dengan korang mengenai satu cafe hipster best di Tamarind Square, Cyberjaya. Kitorang datang lepak sana bulan lepas. Nama cafe tu Alcea Cafe. Oh ya bulan lepas punya cerita bulan ini baru kau nak update. Kira hebat lagi lah kan. Ada some entry tu setahun kemudian baru update haha. –.-


tempat makan best di cayberjaya Alcea cafe


Mengenai Alcea Cafe ini, kitorang tahu mengenai kewujudan cafe ini dari Nisa. Owner cafe ini member Nisa. So, Nisa la yang plan lepak di Alcea Cafe. Setelah plan asyik tak jadi, akhirnya bulan lepas baru berkesempatan lepak di Alcea Cafe bersama teman-teman office. Wah ayat aku sekarang kenapa pelik sangat haha.


tempat makan best di cyberjaya Alcea cafe


Actually aku bukanlah suka sangat lepak di cafe hipster nie. Pada pandangan aku, cafe hipster ni kebanyakannya memang diakui cantik tip toplah interior design dia but kualiti makanan tak jaga. Makanan tak sedap, harga agak mahal. Bukan semualah guys.


Ada je yang sedap kot. Contohnya di Alcea Cafe hehe. Kalau korang teringin nak lepak di cafe hipster di Cyberjaya, silalah ke Alcea Cafe. Ini bukan aku promote sebab kawan Nisa punya cafe tau tapi sebagai customer Alcea Cafe yang berpuas hati makan di sana =D
Jom tengok apa yang kitorang makan.



1) BBQ Chicken Sandwich


tempat makan best di cyberjaya Alcea cafe


Basically, Alcea Cafe menyajikan makanan ala western and Malay cuisine. So, ada choices la untuk korang yang kurang gemar western food boleh order Malay cuisine. Korang yang suka vege and taknak makanan berat but mengenyangkan, korang boleh try BBQ Chicken Sandwich. Harga RM 15.00. Portion besar tau. Memang kenyang la bakhang.  


2) Mutton Curry Linguine Pasta

tempat makan best di cyberjaya Alcea cafe


Yang nak makan western but at the same time nak juga rasa malay cuisine, korang boleh order Mutton Curry Linguine Pasta. Harganya RM 18.00. Boleh tahan gak harganya pun >.<. Firstime makan pasta dengan kuah kari daging wuuu. Nasib baik sedap and portion pun banyak.


3) Nasi Lemak with Roasted Chicken

tempat makan best di cyberjaya Alcea cafe


Di Alcea Cafe juga turut menyajikan menu Nasi Lemak. Nasi Lemak + ikan bilis + kacang goreng + telur rebus + sambal + roasted chicken berharga RM 15.00. Sambal dia memang terbaik. Kami semua suka. =D


4) Aglio Olio Roasted Chicken


tempat makan best di cyberjaya Alcea cafe


Menu seterusnya yang kitorang order ialah Aglio Olio Roasted Chicken yang berharga RM 19.00. Kalau taknak roasted chicken, harganya RM 14.00. Penggemar pasta confirm suka menu nie. Since aku bukanlah penggemar pasta, so aku tak excited sangat dengan menu ini. Pasta yang aku suka beef lasagna je haha. –.-


5) Basil Tomato Pasta

tempat makan best di cyberjaya Alcea cafe


Menu seterusnya ialah Basil Tomato Pasta. Harga RM 15.00. Masing-masing try setiap menu sedikit seorang and almost menu yang kitorang order alhamdulillah sedap. No wonder lah customer pun ramai ye. Walaupun Alcea Cafe kecil je, but customer tak putus. Sampai tak cukup meja la. Sebab tula kitorang beredar awal. Kalau tak, nak lepak dalam tu sampai closing je hahaha \0/ Mintak maaf tuan cafe buat riuh rendah korang punya kedai –.-


6) Frenzy Waffle


tempat makan best di cyberjaya Alcea cafe


Menu terakhir, Frenzy Waffle. Harganya RM 18.00. Bila tengok balik gambar Frenzy Waffle, terliur pulak haha. *jilat screen laptop* Penggemar ice-cream & waffle please cuba menu nie. Highly recommend.


Untuk drink pulak, mostly kami order coffee. Range harga coffee around RM 12.00 – RM 13.00. So, korang dah boleh budget la kan korang kena bawa berapa plohhinggit kalau nak try makan di Alcea Cafe. As for me, aku tak kisah bayar lebih kalau makanan yang aku order sedap. Baru berbaloi kan. =D


Details mengenai Alcea Cafe, korang boleh follow instagram diorang,

Instagram : @alceacafe
5 Komen untuk "Alcea Cafe, Cafe Hipster Best di Cyberjaya "

Nampak sedap waffle tu awkkk.

The Aglio Olio Roasted Chicken looks so tempting! Must try^^

Ala. menyesal kita bukak baca entry ni. Frenzy Waffle tu!!! mengundangnya.

tak mampu nak hipster2 sangat haha...

Back To Top