Harini nak buat review pencuci muka Loreal Men Expert White Activ  Anti-Spots + Oil Control pulakSebelum ini dah buat review Nivea Men Mud Foam 10x Whitening & entry tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembaca terutamanya pembaca lelaki (amboi haha). Ada jugak pembaca tanya apa pencuci muka yang bagus? Susah nak jawab soalan itu memandangkan aku cuma menulis berdasarkan pengalaman aku. Aku bukan seorang beauty consultant pun.

 

 

Start pakai pencuci muka Loreal Men Expert White Activ  Anti-Spots + Oil Control pada bulan September lepas kalau tak silap. Kiranya dah sebulan lebih aku menggunakan pencuci muka ini. Dah habis pun. Picit-picit jugaklah aku nie pun padahal dah habis. –.-

 

 

loreal men expert white activ

 

Harga pencuci muka Loreal Men Expert White Activ Anti-Spots + Oil Control mahal sikit jika dibandingkan dengan jenama pencuci muka lelaki lain. Around RM16.90 camtu. RM16.90 je pun takkan tak mampu kan? Aku beli pencuci muka ni pun sebab di botol dia, dia ada bagitau untuk melawan jerawat dan blackheads. Itu yang membuatkan aku excited nak beli. Muka dah okey sikit jerawat dah kurang, tinggal parut dan blackheads/whiteheads yang agak ketara. Lagi-lagi blackheads atas hidung nie dah macam tahi lalat pulak lol betul.

 

 

Awal penggunaan Loreal Men Expert White Activ, jerawat tumbuh agak banyak di muka. Lagi-lagi muka sebelah kiri. Biasalah kan kalau bertukar produk ini, mesti mula-mula akan tumbuh jerawat. Then barulah kulit muka elok. So, kalau nak selfie, selfie muka separuh sebelah kanan je. Tidak lama kemudian, Loreal Men Expert White Activ mula menunjukkan keberkesanannya. Jerawat memang segan dah nak tumbuh. Kalau tumbuh pun, dalam 1 2 biji macam tu. Bila tenyeh Loreal Men expert Activ White di muka, jerawat cepat hilang. Alhamdulillah. Memang berkesan betul Loreal Men Expert untuk mengurangkan/menghapuskan jerawat. Anda yang mempunyai masalah jerawat, kena cuba tau this product. Highly recommend !

 

 

review loreal men expert activ white

 

Masalah jerawat dah dapat diatasi, masalah blackheads ini yang susah sangat nak atasi. Loreal Men Expert White Activ dah habis 1 botol tapi masalah bintik hitam di muka macam tak menunjukkan tanda positif. Asalnya nak bertukar lagi ke produk Cosmoderm sebab aku tengok kencang sangat blogger duk promote produk Cosmoderm, tapi tak jumpa pulak product tu di Guardian. So, aku beli lagi 1 botol Loreal Men Expert Anti Spot + Oil Control. Semoga dengan penggunaan Loreal Men Expert yang berterusan, dapatlah masalah blackheads aku diatasi.

 

 

review loreal men expert activ white_1

 

 

Bila tanya pendapat member aku, macam mana keadaan muka aku sekarang? Ada yang cakap muka makin licin, flawless tak macam sebelum ini. Ada jugak yang cakap muka dah okey, Cuma ade bintik-bintik hitam & parut jerawat jela sikit. Tapi dah okey dah dia cakap. Nanti kalau flawless sangat, muka bersih sangat jadi macam k-pop pulak sambil gelak-gelak ke aku. Kalau dah kawan sendiri cakap camtu, pasrah jela dengan blackheads dekat muka nie hm.

 

 

Korang yang mengalami masalah jerawat, boleh cuba Loreal Men Expert White Activ Anti-Spots + Oil Control ini okey. Inshaallah jerawat korang akan berkurang. Pemakanan korang pun jangan lupa jaga tau. Mungkin pencuci muka ini sesuai dengan aku. Dengan korang tak tahu lagi. Cuba dulu baru tahu. =D