(TIPS LELAKI) CARA MENCEGAH BAU BADAN

Walaupun bekerja dalam aircond, jangan ingat badan anda tidak menyeluarkan sebarang bau ok. Jangan kata sama sekali. Masuk kerja pukul 8.30 pagi, naik je lunch hour badan mula mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Padahal kerja kau mengadap laptop, hantar e-mail, kira stok, call supplier je pun. Tapi, tetap mengeluarkan peluh kan? Then mulalah rasa kurang selesa.

 

Jangan risau, korang yang mengalami masalah seperti di atas, aku akan kongsikan tips mencegah bau badan yang sangat berguna untuk korang. InsyaAllah, jika diamalkan confirm akan wangi sampai balik kerja. Kalaupun tak wangi, confirm badan tak berbau dari masuk kerja sampai balik yeay!

 

Cara Mencegah Bau Badan

 

Sila amalkan tips di bawah ye teman-teman yang busuk sekalian hahahaha.

 

Pakai Deodoran/Wangian Lelaki


Sehabis mandi, cubalah untuk memakai deodoran, bedak, losyen badan atau minyak wangi terutama di area ketiak. Kandungan antiperspirant yang ada didalam deodoran contohnya dapat melawan peluh berlebihan dan dapat mencegah bau badan. Sembur minyak wangi banyak-banyak sikit takpe. Lagi wangi. =P

 

alat wangian lelaki

Mandi Setiap Hari


Aku pernah tak mandi pergi kerja (kantoi). Pukul 7.00 am dah nak kene pergi kerja. Sejuk gila dahlah musim hujan hehe. Korang pun pasti pernah buat walau sekali kan? So, lepasnie kena elakkan sebab nanti tak sampai tengahari badan dah berbau semacam urgh.

 

Jaga Pola Makan


Jika anda penggemar santapan makanan, maka anda harus berhati-hati dalam memilih makanan yang baik. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak, minyak dan beraroma tajam seperti bawang putih. Ini dapat menyebabkan bau badan kerana pelepasan aroma terjadi di pori-pori kulit dan bercampur dengan peluh. Hasilnya, muncullah aroma yang tidak dinginkan.

 

Mandi Buah Lemon

buah lemon


Buah Lemon ternyata dapat mengatasi masalah bau badan yang menyerang anda. Dengan menggosokkan lemon pada tubuh dapat membantu kulit menjadi lebih wangi dan aromanya masuk sampai ke dalam pori-pori. Menggosok lemon dan meremasnya pada bahagian lipatan tubuh, seperti ketiak, lipatan tangan dan kaki dapat juga mengurangkan penghasilan peluh yang berlebih. Aku biasa mandi dengan buah limau nipis. Memang badan rasa sangat wangi dan segar.

 

Minum Air Putih Yang Cukup

Jika Anda bukan penggemar air putih, setidaknya usahakan untuk meminum air putih enam gelas setiap hari. Aliran darah yang lancar dengan cukup air akan membuat tubuh mengeluarkan keringat yang tidak berbau. Asal Anda tetap menjaga kebersihan tubuh, keringat tidak akan bercampur bakteri terlalu banyak dan anda pun bebas dari bau badan!

 

Hindari Penggunaan Perfume Saat Berpeluh

Perfume bukanlah produk yang dapat menahan keluarnya peluh dari tubuh kerana perfume sifatnya sebagai pelengkap wewangian yang dipakai saat tubuh dalam keadaan bersih. Bila berpeluh & anda menyembur perfume, begitu banyak reaksi kimia yang bercampur. Bagi mereka yang mengalami masalah bau badan, perfume tidak akan menolong. Gunakan perfume saat tubuh sedang tidak berpeluh dan area lipatan kulit yang merupakan sarang bakteri sudah dibersikan. Kita selalu buat kan kalau berpeluh & badan berbau sikit, terus sembur perfume! Salah tu.

 

Sumber

12 Komen untuk "(TIPS LELAKI) CARA MENCEGAH BAU BADAN"

setakat ni alhmdulillah xbau lagi..wakakaka

aku tak pakai bedak. but the deodorant will just do..
tapi alhamdulillah bau pun takda, cuma basah tu biasalah..haha

yuckkk.. kantoi g keje tak mandi pagi.. eeeuwww.. haha..

satu lagi tips, bila mandi tu gosok ketiak guna belakang tangan k, jangan guna tapak tangan. inshaAllah membantu.. (:

Thanks 4 the tips. Ini 1stime saya dengar :")

Pemilihan deodorant dan perfume juga perlu tahu sebab setiap individu mempunyai tahap suhu, gaya hidup dan tahap adrenalin yang berbeza...

cer google. pernah tengok citer dollah hapak tak?

Akak x pakai diodoran sbb alergik pd semua jenis tu...pakai semburan je......org lelaki tkde yg arlergik kot sbb diorg semua gagah perkasakan pijol...??ahaha

saya alergic budu,belacan, etc haha

Betul. Boleh tgk deodorant/perfume mana yg sesuai utk gaya hidup anda

Back To Top