Cara mengatasi / Mengurangkan Migrain berdasarkan Pengalaman Aku

Hari ini aku sekali lagi didatangi migrain.. Kalau nak cerita bab maigrain ni, sampai  petang pun tak habis. Tapi yang pasti migrain semestinya membawa kesengsaraan kepada aku. Aku kene penyakit nie daa lama. Sejak azali lagi? Takla sampai camtu skali. Kejam betul hehe.


 Sejak aku Form 4 kot kalau tak salah aku. Mujur aku ada kawan-kawan yang selalu prihatin pasal aku. Kalau time sekolah dulu-dulu kawan aku macam tak hairan sanagt bila aku cakap aku sakit kepala. Migrain mula melarat - larat sehingga sekarang, aku di UKM. Malah kalau dalam seminggu takde migrain macam nasib yang amat baik bagiku. Alhamdulillah. Syukran Jaziiilan. :D 


Skip kelas sebab migrain macam dah normal bagiku.
Begitu gak duduk berkurung dalam bilik sebab mgrain. 

Migrain telah banyak menyusahkan hidupku. Serius aku cakap. Mau saja aku cabut kepala aku kalau maigrain datang. Tapi sayangnya, aku tak jumpa pisau, gunting mahupun objek tajam untuk aku berbuat demikian. (haa,tgk.. maigrain jugak telah membuatkan aku mengarut yg amat LOL). Apepun aku berharap pada 1 hari nanti maigrain akan pergi dari hidupku.


Di sini aku nak kongsi sedikit tips bagaimana nak mencegah maigrain. Ni doktor yang cakap dan berdasarkan pengalaman aku sebagai penghidap migrain sendiri. Antara tips tersebut adalah:


1. Elakkan memakan makanan yang pedas seperti tomyam, nasik goreng cili api (kalau nasik goreng cili api tapi x nak cili x per kot) dan apa-apa jela makanan yang pedas dan amat pedas. Buktinya, aku kerap akan maigrain apabila aku memakan makanan pedas terutama sekali tomyam. Tapi malangnya nasib aku sebab tomyam adalah kegemaran aku dan susah untuk dipisahkan.


2. Tidor pada lewat malam juga boleh mendatangkan maigrain yg teruk. Seperti yang kita sedia maklum tidur yang lewat boleh menyebabkan badan kita lemah. Aku jugak dah acap kali sangat kena maigrain akibat kesalahan diriku sendiri. Lebih-lebih lagi pada musim-musim exam la. Aku akan tido lewat sebb nak stdy la konon. (padahal tgk movie cite hantu dengan Mekda & the geng bhaha)


3. Nescafe amatlah merbahaya terhadap penghidap maigrain. Seriously, anda mungkin akan bertambah sakit apabila minum nescafe time maigrain datang. So beware dengan minuman bercafein nie okay. Kurangkan meminum nescafe and minuman yang berkafein adalah lebih baik.


4. Anda juga tidak digalakkan bermain dengan cuaca yang panas di luar sana. Lebih-lebih lagi apabila mata terlihat pantulan cahaya dari cermin-cermin kereta mahupun pantulan cahaya dari objek lain like bangunan ke etc. Keadaan ini mungkin akan menyebabkan maigrain anda bertambah teruk atau yang tak maigrain pun boleh jadik terus maigrain. Boleh jadi jugak kalau aku katakan flash kamera pun boleh menyebabkan maigrain.

5. Last but not least, kurangkan stress kerana doktor cakap stress tu boleh menyebabkan maigrain. Dengan ini, senaman adalah amat penting bagi mengatasi stress. Kata doktor kepada aku. Maka marilah kita bersenam bagi mencegah migrain. >.< 


Doktor jugak ada cakap penghidap maigrain nie ada alergic dia masing-masing. So, tak semua same je dengan aku. In my case, aku tak boleh makan terlalu pedas, then minuman bercafein kena elakkan & tak boleh tengok pantulan cahaya. Kalau ketiga-tiga ini bergabung, BOOM !


Pastu Dr. suruh ingat balik apa yang aku makan & apa yang aku buat sebelum terjadinya migrain dan elakkan mengulangi perbuatan tersebut. Ada faham kan? Semoga berjaya mengatasi migrain ya kawan-kawan. T_T migrain is real. -.-

Post a Comment

2 Comments