Supplemen Vitamin E Nutrilite yang Baik Untuk Kesihatan

Korang mesti dah ada supplemen vitamin E untuk kesihatan korang kan. Dekat Malaysia, banyak je produk suplemen Vitamin  E yang bagus. Samada produk tempatan atau produk luar negara contohnya Shaklee & Nutrilite. 21st Century, Blackmores, Kordel's dan banyak lagi. Produk-produk ini korang boleh dapatkan di farmasi atau membeli dengan agent sah diorang. 


Kebaikan Supplemen Vitamin E Nutrilite 



Harini aku nak share mengenai Lecithin-E since aku merupakan pengguna produk ini. Produk Lecithin E didatangkan dalam bentuk tablet boleh kunyah yang enak, membekalkan tubuh anda dengan vitamin E yang penting untuk kesihatan tubuh badan korang samada dalam ataupun luaran. 






Kandungan Dalam Lecithin Vitamin E 



Setiap tablet mengandungi 20.6mg (25 I.U.) vitamin E dan 50mg lesitin. Lesitin-E Nutrilite™ diperisakan dengan madu, molases, karob semula jadi dan walnut mapel, yang memperkuatkan diet anda dengan cara yang paling enak.



Kebaikan Vitamin E untuk Kesihatan


  1. Vitamin E adalah sebahagian dari antioksida yang melindungi sel dan tissue dari kerosakan akibat serangan radikal bebas yang terhasil 

  2. Vitamin E melindungi lemak dan kolestrol menjadi teroksida dan akhirnya jika tidak dihalang, akan membentuk artherosclerosis dan memulakan proses pembentukan kanser.

  3. Vitamin E sangat baik untuk sistem pembiakan kita (terdiri dari organ seksual, pembentukan benih sperma dan ovum dan hormone seksual)

  4. Vitamin E digunakan sebagai antioksida yang kuat untuk melambatkan proses penuaan, masalah kesihatan seperti kardiovaskular, saraf dan pernafasan|

  5. Vitamin E digunakan sebagai suplemen yang mengelakkan dari mendapat penyakit kanser.

  6. Vitamin E baik kesihatan untuk kulit, rambut & kulit kepala, bibir dan mata.

  7. Kajian juga telah mendapati, vitamin ini mempunyai peranan mengurangkan kadar keterukan memori kognitif pesakit Alzheimer. Namun, ia tidak boleh memulihkan penyakit tersebut.

  8. Kajian di Malaysia mendapati vitamin ini dapat mengurangkan kolesterol dalam darah ke atas 15% pesakit kolesterol tinggi yang diuji sepanjang kajian tersebut.

  9. Fungsi ini amat bermanfaat bagi ahli angkat berat. Terdapat kajian yang mendapati vitamin ini berfungsi merawat sel-sel otot yang rosak. 




Sumber Vitamin E 


  1. Minyak sawit banyak dan minyak kelapa

  2. Minyak sayur-sayuran yang lain juga menjadi vitamin E dalam dos yang kecil berbandingan dengan minyak sawit

  3. Banyak juga dari kekacang (nuts), bebenih (seeds)

  4. Sayur-sayuran yang berdaun hijau gelap

  5. Bijirin 

  6. Buah buahan 

  7. Brokoli, tomato, bayam, kiwi, dan mangga juga kaya akan vitamin E.

Kesan Apabila Kekurangan Vitamin E 


  1. Mengalami masalah kesihatan apabila terdedah pada kerosakan dari radikal bebas yang datang dari persekitaran (contohnya cahaya ultraviolet dari matahari, asap rokok, asap kereta), dan pendedahan pada bahan kimia pada makanan dan minuman (contohnya baja dan racun kimia yang masih melekat pada sayur-sayuran, kesan bahan kimia pada haiwan ternakan dan pencemaran dari penyediaan makanan seperti pewarna, perasa dan pengawet)

  2. Sangat berisiko bagi pesakit diabetis dan mempunyai kolestrol yang tinggi


Cadangan Pengambilan Vitamin E yang Sesuai


  1. Menurut Angka Kecukupan Gizi (AKG) Kementerian Kesihatan, cadangan had pengambilan harian vitamin E untuk orang dewasa adalah 15mcg ata 22 IU sehari

  2. Dari sudut lain, suplemen vitamin E pada umumnya menyediakan sekurang-kurangnya ≥100 IU kandungan vitamin E

  3. Menurut University of Florida, had maksimum pengambilan harian vitamin E bagi orang dewasa sihat adalah tidak boleh melebihi 1,000 miligram atau 1,500 IU

  4. Mengambil lebih daripada jumlah ini boleh menyebabkan masalah pendarahan, yang mungkin menjadi cukup parah sehingga menyebabkan pendarahan di dalam otak yang mencetus strok

Cara Pengambilan Vitamin E Nutrilite 


  1. Boleh dimakan 1 hingga 2 tablet sekali selepas makan.

  2. Tablet boleh dikunyah & ditelan keseluruhan dengan segelas air. 

Since Lecithin E Nutrilite mengandungi Vitamin E, kelebihannya juga adalah tidak kurang hebatnya dengan kelebihan Vitamin E yang dikongsikan di atas. Korang yang ingin mencuba Lecithin E Nutrilite, boleh whatsapp ke no dibawah okay. 


0 Komen untuk "Supplemen Vitamin E Nutrilite yang Baik Untuk Kesihatan "

Back To Top