6 Tempat Makan Best Sekitar Johor Korang Wajib Try!

Baru-baru nie aku menghadiri majlis kahwin member di Batu Pahat, Johor. So sepanjang nak ke Batu Pahat, sempat la singgah di beberapa kedai makan yang best di sekitar Johor nie. Firstime jalan-jalan cari makan di Johor ni tau. Rupanya banyak jugak tempat makan best sekitar Johor. Kebanyakan tempat makan yang kitorang singgah based on recommendation dari kawan kepada kawan. Ada juga dari pengalaman sendiri. Nak tahu kitorang singgah makan di mana? Lets check it out! =p


6 Tempat Makan Best di Johor



6 tempat makan best sekitar JOHOR


1. Makan Petang di Restoran Special Mee Bandung Udang Galah, Muar


First stop di Restoran Special Mee Bandung Udang Galah, Muar. Actually banyak je kedai mee bandung sekitar Muar nie. Gigih call Misha sebab nak tahu tempat makan mee bandung mana yang sedap di Muar nie. Ternyata memang terbaik makan dekat sini. Thank you Misha.

mee bandung sedap di Muar 2020


Kau tengok la gambar mee bandung udang galah dia besar-besar jugak. Harga pun berbaloi. Harga mengikut size ye. Makanan alhamdulillah kena dengan selera tekak kami. Habis licin semua mangkuk.
 

mee bandung udang galah sedap di Muar


2. Dinner di Leypak Bistro, Batu Pahat


Setelah google tempat-tempat makan best di sekitar Batu Pahat sambil baca review dari pelanggan, akhirnya kitorang sepakat untuk dinner di Leypak Bistro. Banyak feedback positif dari pelanggan. Makanan pun sedap katanya & ada pelbagai pilihan. So marilah kita try.
 

makan malam leypak bistro batu pahat 

Antara menu yang terdapat di Leypak Bistro ini ialah makanan panas, bubur nasi, char kuey teow, mee bandung, aneka asam pedas, kari kepala ikan Haji Karim, Chinese Cuisine, western food, steamboat, aneka sup dan banyak lagi. Sampai pening kitorang nak makan apa. 


Last sekali kitorang order set tomyam je. Puas hati la makan untuk 5 orang. Cuba agak kecewa dengan rasa tomyam dia. Maybe boleh dibaiki lagi. Lauk lain boleh la diterima. Bab service memang bagus.


Tempat pun memang selesa and luas sesuai untuk yang nak makan-makan sambil lepak dengan kawan-kawan & family. Thats why la nama kedai pun Leypak Bistro kot. Ada dua tingkat tau. Tingkat atas lawa gak la dikelilingi lampu. Dari jalan besar dah nampak dah Leypak Bistro nie. Kitorang duduk table bawah je so memang tak ambil gambar tingkat atas. 


makan malam leypak bistro batu pahat


3. Breakfast di Lontong Warisan Haji Salim


Korang peminat lontong? Jangan lupa breakfast di Lontong Warisan Haji Salim tau gerenti puas hati! Istimewanya di sini ialah lontong berlauk. Ada pelbagai lauk antaranya lauk ayam goreng, ayam masak kicap, paru, daging etc. Biasanya aku makan lontong bersama kuah lodeh, nasi himpit, telur rebus, sambal. But dekat Lontong warisan Haji Salim ini korang boleh pilih nak lauk apa. So special ye.


lontong sedap di batu pahat


Bila diletaknya lauk, kuah pulak kurang. So mintak diorang tambah kuah lebih. Takde extra charge pun hehe. Aku kalau makan lontong memang suka kuah banjir besar gitu. Baru sedap hirup sekali dengan kuah. Wuhu teringat pulak dekat lontong nie oii. Nanti kalau datang Johor wajib singgah breakfast dekat sini lagi. 

 
lontong warisan haji salam Johor


4. Putu Bambu Juriah, Ayer Hitam


Jangan lupa singgah take away Putu Bambu Juriah tau. Hebat lah orang johor meniaga. Dari perniagaan putu bambu sahaja, dah berjaya buka satu kedai besar dengan pekerja yang ramai. Kagum pulak dengan owner dia. Mestilah ada something special mengenai putu bambu dia kan sehingga menjadi kegilaan ramai orang. 


putu bambu juriah di Johor


Ternyata memang sedap Putu Bambu Juriah nie. Sempat la tapau beberapa peket nak bawa balik KL. Tak kedekut kelapa, gebu, tak terlalu manis, bau pun wangi. Bukan biasa-biasa ye! Kang kalau datang Johor, please support Putu Bambu Juriah punya perniagaan. (Bukan iklan berbayar LOL) =P


putu bambu juriah best di JOHOR


5. Restoran Kari Kambing 40 Hari, Yong Peng


Disebabkan sudah terlalu kenyang makan di majlis kenduri, but nak juga singgah di Restoran Kari Kambing 40 Hari, kami just order 1 plate kari kambing je kongsi ramai-ramai. Kalau perut betul-betul kosong nie maybe kitorang dah order yang 1 talam punya menu ye. Nasib baik la still kenyang.

 
gambar kari kambing 40 hari di JOHOR   


Kitorang sampai sana around 3.00pm. Agak sesak area sekitar situ siap abang RELA control kenderaan keluar masuk. Nasib baik ada parking kosong. Kedai ini sangatlah luas, customer diorang pulak mashaAllah full beb. Allahu perniagaan kari kambing apakah yang korang usahakan? Member kata kedai ini viral, thats why la ramai betul orang. Weekend pulak tu. For sure la ramai orang kan.


Aku tak gemar sangat kari kambing dia sebab macam banyak pulak rempah kari yang diorang letak. Memang terasa betul rempah kari dia. Sebab tula nama kari 40 hari kot. Umpama bau kari melekat sehingga 40 hari lamanya? Macam tu ke? Haha Entah lah. Hanya ownernya yang tahu.


gambar kari kambing 40 hari di JOHOR


6. Asam Pedas Pak Man The Best in Town, Bukit Katil


Plan asal nak makan asam pedas di Medan Selera Tanjung Emas, Muar. Dengar cerita ada satu kedai asam pedas dekat situ memang sedap. But takde rezeki, kedai tutup pulak. So, singgahlah kami di Restoran Asam Pedas Pak Man the Best in Town di Bukit Katil Melaka. Eh kenapa tiba-tiba Melaka pulak. Tajuk entry tempat makan best sekitar Johor. Haha. Jangan kecam saya ye.


asam pedas pak man sedap di Johor 

Asam Pedas Pak Man ini popular tau. Banyak feedback positif dari pelanggan diorang dekat Google. Siap ada sorang customer tu dia beli pes asam pedas sebab katanya sedap. Aku memang hantu jugak dengan asam pedas nie. Harap asam pedas di Restoran Pak Man ini menepati citarasa aku lah. Sekali try, fuh! Pedas dia tak boleh bawak bincang woi ! And rasa masam dia pun agak kurang sedikit.    
    

Kalau dia letak 2 3 biji bendi dalam setiap mangkuk tu pun nice. Maafkan saya Pak Man saya jujur orangnya haha. Aku suka asam pedas yang cukup rasa masam, pastu ada bendi, ada bau aroma bunga kantan. Yang tu aku suka boleh bagi seploh bintang haha. Well, lain orang lain seleranya kan.
Alhamdulillah, habis licin juga 5 mangkuk asam pedas yang kitorang order walaupun pedas kugagahi juga. Ingat murah ke 1 mangkuk hayun tu oii. 
 

Itu sajalah tempat makan best sekitar Johor yang sempat kami singgah. Korang yang tahu tempat makan best yang lain, bolehlah komen dibawah. Mana tahu one fine day boleh lah try kan. Seronok juga jalan-jalan Johor rupanya. =P
2 Komen untuk "6 Tempat Makan Best Sekitar Johor Korang Wajib Try!"

Rindunya johor, dah habis belajar sana hampir 12 tahun tapi masih dok ingat memori di sana 😁

Wah tak jejak kaki ke johor. Paling terliur putu bambu. Done singgah sambil klik iklan kat sini.hehe.

Back To Top