Kemain tajuk entry nak gempak je. Aku dah beberapa kali jugak buat bubur nasi ini maklumlah sejak duduk rumah bujang kenalah rajin sikit didapur. Biasanya aku buat bubur guna rice cooker sebab macam senang je kalau nak panaskan. Buat malam nie, malam esok pun tak habis lagi weh. Ada sekali sampai 2 hari aku panaskan. Mujurlah tak cirit birit bila makan haha.
Bila guna rice cooker nie senang just tekan je pastu tinggal haha tapi nak tunggu masak tu agak lama jugak ah. Kalau nak cepat masak guna pressure cooker. So depends la korang nak guna rice cooker or pressure cooker ye. Then, tekstur bubur nasi korang pun berbeza bila masak menggunakan periuk yang berbeza. So, jom kita mulakan! =D
Bahan – Bahan
1) Secawan beras
2) 3 cawan air putih
3) Lobak merah – dipotong dadu
4) Kentang – dipotong dadu
5) Ayam goreng dicarik isinya
6) 1 Kiub pati ayam
7) 1 inci Halia (ditumbuk)
8) 1 biji cili padi (ditumbuk) – Boleh je x nak letak. Aku saja gatal nak bagi bubur aku pedasss sikit kononnya baru ah kick! –.-
9) 3 biji bawang merah (ditumbuk)
10) 3 biji bawang putih (ditumbuk)
11) Ikan bilis digoreng rangup (sebab aku suka makan bubur dengan ikan bilis rangup haha)
12) White pepper
Cara Penyediaan Bubur Nasi Ala Mekdi
1) Masukkan secawan beras yang sudah dibilas ke dalam rice cooker. Masukkan 3 cawan air putih.
2) Masukkan halia, bawang merah & bawang putih, cili padi yang telah ditumbuk tadi.
3) Masukkan kentang & lobak merah yang dipotong dadu. Potong kecik-kecik je.
4) Masukkan kiub pati ayam adabi.
5) Masukkan ayam goreng yang dicarik isinya. Kalau taknak goreng ayam pun takpe. Masukkan jela isi ayam yang dipotong kecik-kecik. Depends on cara mana yang korang suka hehe.
6) Kalau bubur korang agak pekat, tambah je air lagi. Takde hal lah. Aku tak suka yang jenis bubur pekat sangat.
7) Jangan lupa kacau bubur korang tau nanti dia meletak pulak dekat periuk.
8) Lastly, masukkan garam secukup rasa ye.
9) Kalau korang nak lagi sedap, boleh masukkan minyak bijan, daun bawang & bawang goreng sekali. Macam aku guna apa yang ada dekat dapur je. Memang tak ah nak pergi kedai beli bahan yang tak complete kan wahaha.
10) Bubur nasi ala mekdi is done (suara ala Eina Azman –.-). Yang gemar ikan bilis tu, jangan lupa makan dengan ikan bilis goreng ye. Dapp ngat! Boleh letakkan juga white pepper bagi menambahkan rasa dan aroma bubur nasi korang.
11) Pandai-pandai lah korang improvise-kan resepi korang ye. Actually korang taknak letak bawang merah & bawang putih tu pun menjadi je bubur korang. So, tak perlu nak compare lah cara korang buat bubur dengan cara aku. Untuk sebarang penambahbaikan, korang bolehlah komen diruang komen dibawah.\0/
Sekian, selamat mencuba.
0 Komen untuk "Resepi Bubur Nasi Ala Mekdi Mudah & Sedap"