Cara Melabur Emas Secara Online di GAP Public Gold

Assalamualaikum

 

Musim PKP nie banyak aku baca mengenai pelaburan antaranya pelaburan emas nie lah. And kebetulan aku kenal someone yang boleh tolong daftarkan aku untuk melabur di GAP PUblic Gold. So after beliau explain mengenai kelebihan melabur di GAP, kelebihan pelaburan emas untuk jangka masa panjang, tiba-tiba aku tertarik pula untuk memiliki akaun GAP sendiri haha. Boleh eh gitu tiba-tiba tertarik –.-

 

emas public gold GAP sistem

 

GAP ni merupakan singkatan bagi Gold Accumulative Program under Public Gold. Korang yang sedang membaca entry ini mesti ada yang sudah memiliki akaun GAP sendiri kan. Kalau korang masih belum memiliki akaun GAP but teringin untuk memiliki akaun GAP sendiri, jom aku ajarkan macam mana caranya. Nanti dah ada akaun sendiri boleh la start melabur emas. Bunyi macam seronok kan macam melombong emas je bunyinya haha.

 

InshaAllah memang bagus untuk long term investment.

Untuk pengetahuan korang, pada tahun 2016, harga emas adalah dibawah RM 200/g. Masa tu pendapatan aku pun tak stabil. Kerja pun terumbang ambing. And tiada kesedaran lagi mengenai pelaburan emas. Kalau tak mesti aku dah start melabur sedikit demi sedikit.

 

Hari ini, 4 October 2021, harga emas RM 260. Kita tak boleh jangka kenaikan atau penurunan harga emas ni. Macam minggu lepas 29 September 2021 harganya RM 256/g. So make sure korang sentiasa alert dengan harga emas so that bila harga emas turun baru korang beli okay. Boleh check harga emas di website https://publicgold.com.my/.

Kelebihan Melabur Emas di GAP

 

Aku takdelah expert sangat mengenai pelaburan emas ni. But untuk melabur, atleast korang kena lah tahu basic pelaburan kan. Barulah lebih yakin dan bersemangat untuk melabur. Antara kelebihan melabur di GAP ialah,

 

1. Min pembelian emas adalah serendah RM 100 sahaja then akaun korang dah aktif.

2. Boleh membuat pembelian secara online di website https://publicgold.com.my/.

3. GAP akan menyimpan emas korang, or korang boleh collect emas korang di cawangan Public Gold terdekat untuk simpan sendiri dibawah bantal. lol. –.-

4. Sekiranya korang nak jual emas korang, urusan penjualan juga boleh dilakukan secara online. But better simpan dululah kot. Ini kan long term investment inshaAllah kalau panjang umur boleh digunakan ketika pencen.

 

Cara Membuat pembelian Emas di GAP

Untuk melakukan sebarang pembelian emas di GAP secara online, korang boleh rujuk cara-cara di bawah. Mudah je caranya. Semudah korang membeli online di Shopee haha. Make sure korang dah ada akaun GAP korang tau. Baru boleh membuat pembelian okay. =D

 

cara beli emas di GAP

1. Pergi ke web https://publicgold.com.my/ dan Klik LOGIN.

2. Masukkan PG Code sebagai username dan nombor IC 12 digit sebagai password ( password boleh diubah dengan klik Forgot your password? ). Klik butang Log in

3. Klik menu MY GAP

4. Klik Go To New Site

5. Klik Buy GAP Now sebelah gambar gold bar 1000g

6. Klik Pay Online (FPX). Klik butang NEXT.

7. Masukkan jumlah emas yang mahu dibeli mengikut jumlah RM (MYR) atau GRAM (gm).
Minimum pembelian adalah MYR100. Klik Place Order.

8. Klik Make Payment.

9. Select Bank dan kemudian klik Proceed & Pay.

10. Sistem akan terus link dengan web perbankan online untuk terus buat bayaran. Buat bayaran online. Selesai.

Boleh cek status baki gram emas dalam akaun GAP anda dalam masa 24 jam. Sila klik View detail. Pada Account Balance di dalam paparan website akaun GAP anda untuk melihat status transaksi baki gram emas anda.

Kelebihan Emas Yang Korang Perlu Tahu

 

Point-point ini aku ambil dari akak yang tolong buka akaun GAP aku. Nanti aku bagi no akak tu diakhir entry kalau-kalau korang ada nak bukak akaun GAP boleh whatsapp akak sendiri tu okay. Bagus akak tu. Selalu update dekat aku kalau harga emas turun and info mengenai emas. Thank you Alang omey! =P

 

1. Wang untuk seluruh dunia.


Ini kelebihan emas yang paling hebat. Ia bukan saja laku di Malaysia malah di seluruh dunia. Nilai wang kertas ada sempadan. Emas tiada sempadan. Setiap negara ada pembeli emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.

 

Anda boleh jual emas di mana-mana negara di seluruh dunia. Kemudian harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, lari ajer dengan emas. Anda dah boleh mulakan kehidupan di negara lain. –.-

2. Pelindung dari inflasi dalam jangka masa panjang.


Emas berupaya melindung kekayaan anda dari inflasi. Inflasi adalah penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang. Contohnya, dengan menyimpan RM1 juta di dalam almari selama 10 tahun, apa yang akan berlaku kepada nilai RM1 juta tersebut? Jawapannya: Ia masih RM1 juta.


Apa yang berbeza adalah kuasa beli RM1 juta tersebut. Kuasa belinya lebih rendah berbanding RM1 juta 10 tahun yang lalu. Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Sebab inflasi makan nilai duit anda.

Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku  Prof. Roy W. Jastram "The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007"

Emas terlindung nilainya sebab kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.

3. Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain.

Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.


Apakah Kelemahan Emas?

 

Kalau ada kelebihan, emas pun mesti ada keburukannya juga. Antaranya,

1. Emas tidak memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus

Emas juga tidak boleh berikan pulangan berbentuk compound interest (seperti ASB). Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan pulangan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik.

2. Terdapat banyak pilihan produk

Anda mungkin tersalah pilih. Emas nie ada fizikal, ada akaun simpanan, ada ETF, ada stock, barang kemas, spot gold, futures dan banyak lagi. Anda mungkin tersalah pilih produk. Jadi ada risiko kerugian jika memilih produk yang salah.

3. Emas fizikal ada kos penyimpanan

Jika emas fizikal anda banyak, anda mungkin akan risau emas boleh hilang/dicuri. Jadi anda perlu menyimpan emas tersebut dengan selamat. Anda mungkin terpaksa menanggung kos penyimpanan seperti menyewa safe deposit box.

Kesimpulan. Tidak ada satu pelaburan yang bagus serba-serbinya. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat tidak bagus dimata individu lain.

 

Sebarang persoalan mengenai pelaburan emas di GAP atau korang nak membuat akaun, korang boleh contact Cik Yati - http://wasap.my/60146677582 untuk mendapatkan pencerahan lanjut, In shaa ALLAH.

1 Komen untuk "Cara Melabur Emas Secara Online di GAP Public Gold "

banyak kelebihan rupanya bila melabur melalui public gold ni

Back To Top