Contoh Surat Rasmi Kebenaran Rentas Negeri Semasa PKP

Baru-baru ini abang aku mintak tolong aku buat surat rasmi kebenaran rentas negeri pulang ke kampung untuk urusan perkahwinan dia. Alhamdulillah abang aku sudah selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya pada 3 Jun 2021 yang lalu di Pejabat Agama. Semua urusan merentas negeri & urusan perkahwinan berjalan dengan lancar. Tahniah buat abang aku. Bertambah lagi sorang kak ipar. Tunggu tahun depan la kot baru boleh jumpa kak ipar baru haha. >.<

 

Dibawah ada contoh surat rasmi merentas negeri  yang aku buat untuk abang aku sebagai rujukan korang. Surat simple je wak haha. Yang penting niat tu sampai. Selain surat rasmi, make sure korang isi juga tau borang kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Ada beberapa versi. Abang aku submit borang yang no 3 dekat bawah nie. Aku dah letakkan link untuk korang download.

1) BORANG PERMIT PERGERAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

2) BORANG PERMIT PERGERAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

3) BORANG KEBENARAN RENTAS NEGERI

 

Basically, abang aku sediakan 3 borang iaitu,

1) Borang dari pihak berkuasa
2) Surat Rasmi
3) Surat sokongan (cth. surat permohonan kebenaran kahwin, surat doktor, surat kematian etc)


Aku tak sure kalau korang takde salah satu borang tu nanti jadi masalah ke tak. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, abang aku sediakan semua. Risau kadang-kadang. Kang tak kahwin dia nanti weh. T_T

 

contoh surat rasmi kebenaran rentas negeri

 

 

Contoh Surat Rasmi Merentas Negeri

 


(Nama Pemohon)
(Alamat)                             (tarikh) –> bahagian kanan
__________________________________________________________________________________

Ketua Polis
Balai Polis Presint 11
62300 W.P Putrajaya
Tuan/Puan

PERMOHONAN PERGERAKAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) UNTUK …. (nyatakan tujuan korang)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas,

2.      Memohon pertimbangan dan jasa baik daripada pihak Tuan/Puan untuk membenarkan saya melakukan perjalanan rentas negeri ke alamat (tuliskan alamat rumah anda di kampung) bagi tujuan berkahwin dengan pasangan saya yang dijadualkan pada 5.6.2021. Berikut disertakan lampiran Borang Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk rujukan pihak Tuan/Puan.

3.      Saya berharap agar permohonan saya ini mendapat pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan untuk membenarkan perjalanan saya. Kerjasama dan jasa baik daripada pihak Tuan/Puan saya ucapkan jutaan terima kasih.

Yang Benar,


……………………………………………….
(Nama Pemohon)
(No. K/P. Pemohon)

 

Make sure korang nyatakan tujuan korang merentas secara terperinci. Kalau ada surat sokongan, lebih baik lampirkan sekali untuh mengukuhkan lagi tujuan korang. InshaAllah pihak polis luluskan. Please guys jujur bila nak merentas. Kalau tiada alasan yang kukuh, jangan la merentas. Bukan korang je tau tak dapat balik kampung. Kami semua pun. Sifat pentingkan diri korang kami pun dapat akibatnya T_T.

4 Komen untuk "Contoh Surat Rasmi Kebenaran Rentas Negeri Semasa PKP"

wahhh. bagus share. memudahkan orang yang tak tahu nak taip macamne ayat.

Yes . Surat sokongan sangat penting dan juga surat kebenaran nikah

dapat kakak ipar orang kelantan pulak ke?

Back To Top