Assaalamualaikum w.b.t

 

Sekarang zaman teknologi di hujung jari. Nak daftar haji secara atas talian pun boleh. Dah tak perlu berurusan di kaunter. Memang sangat memudahkan urusan korang semua begitu juga aku yang tak berapa nak rajin berurusan di kaunter. Kalau boleh semua urusan lah nak buat online.

 

cara daftar haji melalui online_1

 

Mengenai pendaftaran Haji secara atas talian ini, yang nie aku baru tahu –.-. Terus register online hari tu jugak. Caranya sangat mudah.

 

1. Korang boleh install apps THijari di Play Store atau boleh juga register di website Thijari (https://www.thijari.com.my/) terpulang yang mana korang rasa memudahkan korang. Untuk kali ini, aku nak ajar cara menggunakan apps. Kalau website pun lebih kurang je.

 

apps tabung haji

 

2. Dah install, sila register dulu akaun korang. Cara register pun sangat mudah korang boleh tengok tutorial di sini https://siraplimau.com/cara-daftar-akaun-tabung-haji-online/ .Dah register, bolehlah sign in. Keluar laman utama seperti dibawah menandakan pendaftaran korang sudah berjaya. Kemudian, tekan simbol yang aku bulatkan merah dibawah.

 

cara daftar haji secara online

 

3. Akan keluar pilihan seperti dibawah. Korang pilih Perkhidmatan Haji. Actually banyak betul kelebihan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak TH untuk korang didalam THijari. But harini aku nak share mengenai cara mendaftar pergi haji menggunakan THijari sahaja. Kelebihan lain seperti pindahan wang, Kelab Taha, Penamaan/Hibah Amanah etc korang boleh study sendiri ya. =D

 

cara mudah daftar haji secara online

 

4. Dah tekan Perkhidmatan Haji, ada beberapa pilihan yang keluar. Korang pilih Pendaftaran Haji dulu buat masa sekarang ya. Semak Tawaran Haji, Surat Jadual Penerbangan Haji, Kursus Haji ataupun Rayuan Haji masih belum tiba masanya lagi.

 

cara mudah daftar pergi haji secara atas talian

 

5. Make sure korang memenuhi kriteria syarat-syarat umum pendaftaran haji dulu ya sebelum korang tekan setuju. Syarat no. 2 iaitu baki minima di dalam akaun TH sebanyak RM 1,300 itulah yang agak susah sikit untuk dipenuhi kan? Haha. So, kalau korang rasa jumlah simpanan TH korang sudah mencecah RM 1,300 silalah daftar haji dengan segera. Jangan jadi seperti saya umur dah masuk 30an baru terhegeh-hegeh nak mendaftar. Kesian ya =P

 

cara nak daftar haji secara atas talian

 

6. Bila dah baca dengan teliti & faham syarat-syarat umum/khusus pendaftaran haji, tekan Setuju. Kemudian korang tekan Tambah Pemohon. Untuk permohonan kali pertama, korang dikehendaki untuk menyemak akaun no. TH & no. kad pengenalan. Sila pastikan no akaun TH & no kad pengenalan korang betul sebelum menekan butang Tambah Pemohon seterusnya tekan Hantar & Siap.

 

Untuk sahkan pendaftaran, korang perlu memasukkan no. TAC yang dihantar ke no telefon korang yang telah didaftarBila dah masukkan TAC no barulah urusan pendaftaran selesai.

 

Macam aku, bila tekan Tambah Pemohon, akan keluar pop-up ‘akaun sudah didaftar haji’ .

 

bagaimana daftar haji secara atas talian

 

7. Dah selesai urusan pendaftaran haji, korang bolehlah menyemak status pendaftaran haji korang. Mana tahu tahun korang dapat menunaikan Haji jatuh pada tahun 2022 iaitu pada tahun hadapan? tibe. Jangan berharap lah ye sebab tahun peruntukan aku pun pada 2151. Entah masih bernyawa ke tidak aku masa tu tak tahu lah haha.

 

bagaimana daftar haji secara atas talian mudah

 

But Allah sebaik-baik perancangan. Yang penting kita sudah mendaftar haji. Nampak lah juga usaha yang kita buat untuk menjalani ibadah haji kan. Ada rezeki, ada niat, ada umur yang panjang, inshaAllah suatu hari kita semua pasti dapat ke sana menunaikan rukun islam ke lima. Ameeen. =D

 

Marilah sama-sama kita doakan semoga ibu-bapa kita, ahli keluarga kita, rakan-rakan kita dan kita semua dapat menjejakkan kaki menunaikan Haji di Tanah Suci. InshaAllah.