Burger King Melancarkan Set “Mix & Match 2 Terpilih” Hanya Dengan RM15

Burger King , kat Malaysia ni siapa yang tak kenal dengan Burger King memang tak sah. Sebabnya restoran Burger King ni sudah lama ada di Malaysia dan memang dari dulu ada pelbagai jenis pilihan burger yang sedap dan best!

 

Seperkara lagi, Burger King juga sering menawarkan pelbagai promosi tawaran harga yang menarik dari masa ke semasa. Malah di ketika ini juga, Burger King sedang hangat menghebohkan kempen promosi terbaru mereka dengan harga yang sangat rendah dan berbaloi.

 

Bayangkan, set burger yang sedap dengan roti gebu dan burger tebal berjus, di tambah pula dengan makanan tambahan dan minuman. Untuk 2 set hanyalah RM15 sahaja!

 

 

Dengan harga begini, mana boleh tahan. Tak payah nanti beli untuk makan berdua, beli untuk makan seorang pun tak apa. Waktu tengahari makan satu set dan waktu malam pula makan satu set. Sesekali lepas hajat makan Burger King sehari suntuk apa salahnya.

 

Sekiranya kalian memang peminat Burger King, maka eloklah beli sempena ada promosi hangat yang begini. Berpesta burger di rumah sendiri juga boleh, cara terbaik order guna servis Foodpanda. Jangan tak tahu yang Foodpanda ini boleh membantu sesiapa saja yang sedang mencari western food near me yang diinginkan dan salah satunya sudah tentulah Burger King.

 

 

Menu di Burger King boleh dikatakan sedap-sedap belaka. Jika ke sana memang boleh jadi rambang mata tak tahu nak makan menu yang mana. Tapi sudah tentulah masing-masing ada citarasa tersendiri.

 

Yang pasti menu pilihan burger di Burger King memang agak menguntungkan kerana portionnya sangat berbaloi dengan harga. Soal kebersihan makanan dan kesegaran bahan mentah yang digunakan juga sudah semestinya tidak perlu dirisaukan.

 

Untuk tawaran istimewa ini, terdapat empat rasa pilihan untuk dipilih iaitu :

  • BK Chick’n Crisp + Fries (M) + Coke (M)

  • Cheeseburger + Fries (M) + Coke (M)

  • Whopper Jr. + Fries (M) + Coke (M)

  • Burger Ayam Bakar + Fries (M) + Coke (M)

Masih rasa bagai tak boleh nak percaya? Nah tengok sendiri pada gambar di bawah ini. Betapa meriahnya menu pilihan yang ditawarkan dan memang benar, setiap set ini hanya bernilai RM15 untuk 2 set! Mix & Match atau konsep pilih dan padan ini ternyata benar-benar boleh membuatkan para pelanggan tersenyum suka tanda gembira terhadapa layanan istimewa yang diberikan oleh pihak Burger King.

 

 

Untuk siri terbaru yang amat sensasi ini juga, sekiranya anda tidak pasti memilih mana-mana dua pilihan maka beli saja semuanya sekali. Nak lebih seronok, ajak kawan-kawan atau ahli famili makan bersama.

 

Pilihlah mana-mana 2 set di atas hanya RM15 sahaja! Jadi bila di kira secara betul, harga untuk setiap satu set ini lebih kurang RM8 sahaja. Untung tu, murah sangat-sangat! Maka untuk 4 set baru saja bernilai RM30.

 

Lokasi promosi di buka untuk semua cawangan Burger King Malaysia kecuali untuk Sunway Lagoon, Medini Mall, Johor Premium Outlets, Genting Highlands Premium Outlets, Mitsui Outlet Park, Langkawi dan cawangan lapangan terbang.

 

 

Bagi yang nak menjimatkan masa, tak payah nak susah payah. Guna saja servis penghantaran makanan dari Foodpanda dan biarkan rider menjadi pemandu pengambil dan penghantar makanan untuk kalian. Dah macam boss pula rasanya tapi itulah salah satu kelebihan yang ada pada Foodpanda ini.

2 Komen untuk "Burger King Melancarkan Set “Mix & Match 2 Terpilih” Hanya Dengan RM15"

cukup murah tu.. 2 set rm15 .. Jarang2 ada nih..kena rebut jugak la..

uish betul ke..jimat sangat dah..biasanya harga cmtu satu set je ha

Back To Top