Resepi Sambal Tempe Rangup yang Sedap

Sejujurnya, aku bukanlah peminat tegar tempe sambal. Pernah cuba makan tempe sambal, tapi tak sedap. Tinggal membazir macam tu je dalam pinggan. Lepas tu memang jarang ambil lauk tempe sambal kalau makan dekat luar. Sebab dalam kepala dah set, tempe sambal tak sedap nanti ambil mesti tak habis.

But, semua itu berubah bila aku makan sambal tempe yang dibuat sendiri. Terus jatuh cinta dengan sambal tempe. Kalau ada sambal tempe dengan nasi panas dah onz dah. Kalau sambal tempe letak bilis, kentang lagi onz! Wuhu dapnye! \0/

Resepi Sambal Tempe Yang Rangup


resepi masak tempe rangup

Kalau makan dekat kedai, tempe sambal mesti tak rangup and colour dia pun tak menarik. Rasa pun hambar kelaut dalam. Tapi tak semua lah. Ada je yang sedap kot cuba aku belum jumpa tempe sambal sedap yang betul-betul kena dengan tekak aku.

Baru-baru ini aku cuba buat sendiri sambal tempe setelah Google beberapa resepi. Thanks to Google and blog-blog masakan yang banyak bantu aku menghasilkan masakan yang tip top. =P
Jom try resepi tempe sambal rangup dari chef tak siap, Chef Apijol. –.-

Bahan-Bahan


Pandai-pandai lah ye korang bajet bahan. Kalau suka ikan bilis, letak jela lebih takde sape nak marah.
Resepi ini dapatlah dalam 7-10 orang makan. Sorang sikit. –.-

1) 6-7 ikat Tempe (dihiris halus dan digoreng garing)
2) Cili kisar (5-6 sudu) Nak lagi pedas boleh masukkan lebih
3) Segenggam Ikan Bilis (digoreng garing)
4) 4-5 Biji Kentang (dipotong dadu dan digoreng garing)
5) 5 biji bawang merah (dikisar)
6) 5 biji bawang putih (dikisar)
7) 1 biji bawang besar (dihiris halus dan digoreng garing)
8) Sedikit air
9) Minyak secawan kecil
10) Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara Memasak


1) Tumiskan bahan yang dikisar iaitu bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan peperangan.
2) Masukkan cili kisar,  goreng sehingga cili benar-benar masak dan pecah minyak.
3) Masukkan sedikit air.
4) Masukkan pula garam dan gula secukup rasa. Aku letak gula putih dan gula perang nak bagi nampak tempe sampal lebih menarik warnanya.
5) Bila sambal dan masak dan rasanya dah okay, matikan api.
6) Sejukkan sambal 15-30 minit.
7) Bila sambal dah benar-benar sejuk, masukkan bahan yang diorang tadi (tempe, kentang, ikan bilis, bawang) ke dalam sambal. gaulkan sebati.
8) Simpan di dalam bekas kedap udara. gerenti krup krap krup krap sambal tempe korang.

Itulah jela resepi tempe sambal rangup yang aku buat. Just kena make sure sure sambal dan bahan digoreng disejukkan dahulu sebelum digaul sebati. Selamat mencuba guys. Dah nak puasa nie eloklah buat stok tempe sambal banyak-banyak. Boleh makan time sahur. Dap em.

Selamat mencuba!
3 Komen untuk "Resepi Sambal Tempe Rangup yang Sedap"

sedap ni..blh cuba..:)

sedap..nanti boleh buat video masak plak yer.hehe.

aaaaaaaa berbunyi perut tengok pukul 2.13 petang..hurmmmm

jangan tak tau, ni febret kakak tau! ada ni untuk sahur dan berbuka pun dah cukup, makan dengan nasi putih aje...haaaaaa nak buat lah!

Back To Top