Filem Hindi Best 2018, Pad Man

Harini nak review mengenai satu filem Hindustan yang best pada tahun 2018. Filem ini bertajuk Pad Man. Aku ambil filem ini dari hardisk Mokteh. Thank you Mokteh. =P
Korang kalau ada akaun Netflix, korang boleh tengok di Netflix je okay. 

 

Sinopsis Filem Pad Man

 

filem hindi best 2018

 

Filem Pad Man berkisar mengenai seorang husband (Akshay Kumar) yang berjaya merekacipta tuala wanita (pad) menggunakan kepintaran dia sendiri. Berkali-kali dia try and error akhirnya berjaya juga. Tapi nak berjaya tu bukan senang tau sebab dia tinggal di pedalaman. Masyarakat kat situ punya pemikiran tak berkembang langsung jauh dari teknologi.

 

Isteri dan Keluarga Tak Support

 

Isteri dan keluarga pun tak restu dan tak support langsung apa yang dia buat sampai dia kena halau dari kampung sebab gigih nak mencipta tuala wanita je lols. Padahal dia buat semua tu untuk orang yang dia sayang terutama sekali bini dia tu. Meme sedey...

 

Actually bini dia pernah je jadi bahan cubaan beberapa pad yang dia buat, tapi bini dia kecewa sebab tak berkesan disebabkan salah guna bahan didalam pembuatan pad. Dia pula jenis ketegaq. Selagi tak jadi, selagi tu dia cuba. Sampai lama-lama bini dia fade up bhaha.

 

Ada one day dekat kampung dia sorang budak perempuan baru firstime datang bulan. So menjadi tradisi masyarakat diorang akan buat majlis macam majlis kesyukuran lah. Dek kerana nak suruh budak perempuan tu cuba pad dia, dia pergi rumah budak perempuan tu. Habis riuh lah sekampung kata dia pervert. Disebabkan kejadian nie lah, orang kampung sepakat nak halau dia dari kampung. Bini dengan family pun taknak terima dia.

 

Belajar Cara Buat Pad Dari Internet

 

Bila dah keluar dari kampung, banyak lah peluang lain datang. Dia belajar cara pembuatan tuala wanita dari internet. Mesin nak buat pad mahal. So dia buat mesin sendiri ye. Pastu dia masuk pertandingan inovasi dan dia menang besar.

 

Dia bawak balik mesin pad dekat kampung. Buka kedai sendiri. Masa ni orang kampung dah kecoh dah pasal dia masuk tv, masuk paper semua tapi depa tak tahu mesin apa yg dia cipta. Maka, Orang kampung pakat pergi la kedai dia ramai-ramai sebab nak tengok sendiri mesin apa yang dia buat. Masing-masing bangga lah orang kampung masuk tv kot.

 

Bila tahu dia cipta mesin pad, sekali lagi orang kampung mengamuk kata dia nie degil tak habis-habis dengan pad. Sekali lagi dia dipulaukan. Ala bodoe punya orang kampung. Tak open minded langsung.  

Dapat Idea Cara Menjual Pad

 

But dengan pertolongan dari sorang awek cun ini iaitu Pari Walia, dia akhirnya berjaya memasarkan pad buatannya seluruh kampungnya. Sebenarnya Pari Walia merupakan orang pertama yang mencuba pad buatannya. Bila Pari Walia dapat tahu dia buat sendiri, Pari bawa dia ke Pertandingan Inovasi.

 

Kiranya Pari Walia inilah antara rahsia kejayaan dia. Pari Walia juga yang memberikan idea cara menjual pad dan mengembangkan business pad sehinggakan seluruh wanita di kampung dapat menerima dan membeli pad yang dia buat. Sampaikan diorang sendiri yang volunteer nak jual pad.

 

Mula-mula Pari Walia sendiri yang jual pad. Then bila ramai dah mula repeat order, dia pergi ajak geng-geng akak, adik, makcik semualah jual pad. Nama pad pun dinamakan sempena nama Pari Walia. Sweet sangat. =D

 

Untuk mengembangkan business dia, dia telah mencipta lebih banyak mesin membuat pad dan membuka cawangan di setiap daerah. Mesinnya terjual sehingga keluar negara. Kemuncak kejayaannya, dia mendapat jemputan memberi talk mengenai kejayaannya di UNICEF, New York.

 

Aku Sedikit Tak Puas Hati

Selaku penonton, aku sedikit kecewa dengan ending Pad man. Sepatutnya dia cerai je bini dia tu tak support langsung husband sendiri. Pastu kawin lah dgn Pari Walia yang banyak tolong dia tu. Pari sebenarnya dah terjatuh cinta dengan dia. Tapi terpaksa pendam, tak diluahkan sebab nak bagi dia balik kampung dan menjadi diri sendiri, ada kehidupan sendiri, bahagia dengan family.

 

Geram pulak dengan bini dia. Bila dah popular, baru terhegeh-hegeh call nak get back balik. Sebelum ni masa dia susah, bukan nak backup husband sendiri. Eh emosi pulak. Ok lah bye.

 

Selamat menonton guys.

1 Komen untuk "Filem Hindi Best 2018, Pad Man"

ooo...mungkin director nak tunjuk, tak semua lelaki, bila berjaya akan lupa isteri yang merendahkan dia..haaa gituuuu!

jadi satu filem yang menarik bila ketengahkan peranan lelaki dalam isu menstrual wanita..

Back To Top