Mini Family Gathering @ Quinara Resort, Kuala Terengganu

Assalamualaikum guys.

Dah sebulan lebih blog tak berupdate. Nak mulakan ayat pun dah tak ingat lagu mana =P. Jom kita throwback bulan Februari lepas punya cerita. Aku berkesempatan balik kampung cuti CNY. Balik je kerja hari Isnin before CNY tu, terus ke airport. Firstime balik kampung naik flight nie weh. Seriously haha biasa balik kampung naik bas. Esoknya family plan nak buat mini family gathering di Quinara Resort. Itu yang balik naik flight tu hehe. Agak cuak jugak 1stime nak naik flight sorang diri nie. Biasa kalau pergi travel by group/geng travel. –.-


Boleh terserempak pulak dengan Cikgu Zura dekat KLIA. Cg Zura nie cikgu kelas aku masa Form 6. Excited la masing-masing maklumlah lama gila tak jumpa kot sampai aku pun dah lupa bila ek last kita jumpa cikgu? Seronok tengok Cikgu kesayangan kitorang nie asyik berjalan sakan je. Ini pun dia baru balik dari Yogyakarta. Aku cerita la ini 1stime aku balik kampung naik flight. Berdekah dia suka haha T_T

Airport KUALA TERENGGANU


Alhamdulillah selamat perjalanan dari KLIA-KT. Mintak tolong akak aku ambek dekat airport. Airport dari rumah dekat je around 4km macamtu =D
Malam ini kita rest je sebab esok nak mandi kolam di Quinara Resort. Keesokannya, after breakfast terus bertolak ke Quinara yang kira-kira 5km je dari rumah.


swimming pool quinara resort terengganu


Adik beradik aku ada 12 orang tau. Yang dah kahwin baru 5 orang. Anak buah ada 23 orang. But tak semua yang join. Sebab tu tajuk entry mini family gathering je haha. Memang tak pernah complete pun semua adik beradik termasuklah time hari raya pun. Kalau lagi ramai yang kahwin, rasanya lagilah susah nak complete haha apani tiba-tiba cerita pasal salasilah keluarga pulak –.-


swimming pool quinara resort terengganu



So yang join mini family gathering harini family Abang Mat & bininya (8 orang anak alhamdulillah murah rezeki abang aku nie), Kak Da (5 orang anak, yang join 2 orang je), Kak Mek (3 orang anak), Jaja (seorang anak), aku, abang aku yang no 7, adik bongsu and mak aku. Itu jelah pun yang join. Swimming pool tu meriah dengan anak-anak buah aku je.


swimming pool quinara resort terengganu

Si Daniel takut nak mandi kolam terpaksa mami dia dukung haha.

swimming pool quinara resort terengganu


Dari kiri : Pijo (no.10), Abang Mat (no. 2), Kozu (no. 7), Adah (no. 12), Jaja (no. 8) and Kak Mek (no. 6). Kak Da tak mandi. Lagi 5 orang adik-beradik ada hal masing-masing. Harap next gathering dapat lah berkumpul semua 12 orang adik beradik. =D


swimming pool quinara resort terengganu


Ini antara mereka yang memeriahkan swimming pool di Quinara Resot pada pagi itu. Lama jugak ah kitorang mandi-manda sampai nak tegak matahari atas kepala lah. After dah puas mandi, kitorang berkelah dekat Pantai Airport. Selekeh je muka masing-masing nasib baik lah rambut aku cover dengan cap. Kalau tak dah serupa apa rambut.


berkelah di pantai airport terengganu


Malamnya, buat bbq. Makan ramai-ramai dekat beranda rumah bertemankan pelita minyak tanah. Mengimbau kenangan sangat okay. Kenangan zaman takde lampu kalimantang. Besoknya, Abang Mat and family bertolak balik ke Selangor.


dinner lampu minyak tanah

Tinggallah beberapa ketul ni je dekat kampung hehe. Sempatlah belanja diorang makan bihun sup telur dekat pantai UMT. Student UMT mesti familiar dengan kedai ini kan? Famous kot!


warung bihun sup telur pantai UMT

Cuti CNY lepas banyak habiskan masa dengan family je. Memang takde langsung keluar dengan member. Diorang ajak hiking pun aku tak ikut. Sorry guys inshaAllah kalau aku balik lama sikit nanti kita keluar lepaking ye. Rindu sangat member2 kat kampung. Kawan yang sekolah sama-sama, yang cipta kenangan remaja sama-sama, kawan yang tahu rahsia kau, yang boleh terima kelemahan & kekurangan kau pun dialah. Apanie terlebih emosi haha.

Hari Jumaat aku dah bertolak balik ke Putrajaya tumpang kereta akak aku. Nasib baik tak makan jem weh. \0/
3 Komen untuk "Mini Family Gathering @ Quinara Resort, Kuala Terengganu"

Hafiz, kau pakai Wix ke buat website ni?

Back To Top