Percutian Ke Bandung,Indonesia-Day 1

Percutian ke Bandung ini merupakan company trip atau diorang panggil away day. Khabarnya setiap tahun akan ada away day. Tahun lepas naik cruise, 2 tahun lepas pergi Perth. Tahun ini ke Bandung kita. Baru join company ini almost 7 bulan, dah dapat ke Bandung. Semua ditanggung. Just bawa diri je. Lagi best, siap dapat duit poket lagi. Ya Allah kenapa baik sangat company nie. Haha. Ok dah. Tak boleh puji lebih-lebih. \0/
 

Flight ke Bandung pukul 8.00 am waktu Malaysia. Firstime fly dengan Malindo and firstime jugak fly keluar negara. Sedihnya haha. Korang pergi merata tempat dah diluar negara kan. Punyalah excited but nervous jugak konon risau tak lepas Imigresen sebab ada tunggakan PTPTN. Fuh nasib berjaya melepasi Imigresen dengan jayanya. Alhamdulillah.
 

Sekali masa 1stime nie jugak la flight nak delay. Delay almost 2 jam jugak kot. Lama sangat delay tak tahu nak buat apa dalam flight, so kami pun selfie la sepam dua.
 

percutian ke bandung


So here we go, Bandung!

gambar sayap malindo air


Almost 2 jam jugak baru sampai di Bandara Husein Sastranegara Bandung. Ewah cantik pulak nama airport dia nie. Kecil je airportnya but padat dengan manusia. Sampai je sana kami disambut dengan hujan yang agak lebat jugak. Jarak tempat parking bas dari airport pulak dalam 300 meter. Terpaksa angkut kitorang semua dengan kereta. Ramai tau rombongan cik kiah ke Bandung nie. 44 orang semuanya. Itupun ada lagi 2 3 orang yang tak dapat join.


Bila masing-masing dah dapat seat dalam bas, kami dikenalkan dengan tour guide kami sepanjang 4 hari 3 malam di sana. Nama dia Tian. So sepanjang perjalanan kami, Tian inilah yang duk explain nama setiap tempat yang kitorang lalu. Dia punya explanation pulak details betul siap duk cerita pasal sejarah lagi. Ada jugak sesetengah ayat dia aku kurang faham maklumlah dia speaking Indonesia sih. Bagus si Tian nie tau. Soft spoken, senyum je and peramah orangnya.


Tidak dilupa our tour leader, Encik Asri iaitu wakil dari Asiaone Holidays Sdn Bhd yang turut mengikuti trip ke Bandung ini.


airport di bandung


Actually plan asal kami bila dah sampai Bandung, tempat pertama yang nak pergi ialah di Cibaduyut. Disebabkan tadi flight delay, terpaksa cancel. Sedih kan? Kalau tak mesti masing-masing dah seronok shopping barang kulit kat sana tak gitu? Korang yang plan bercuti ke Bandung, boleh juga nak rujuk itinerary kitorang okey.


Mari nak cerita apa yang kitorang buat selama 4 hari 3 malam di Bandung.

Lunch di Restoran Simpang Raya


After semua dah naik bas, tempat pertama yang kitorang tuju ialah di Restoran Simpang Raya yang terkenal dengan masakan Minang (Padang). Jom kita makan dulu kasi ada tenaga balik. Masing-masing dah kelaparan & muka kepenatan nie. Bila nampak je makanan terus masing-masing ceria kembali. Sorry guys lupa pulak nak ambil gambar makanan. Tak dang nak mikir sebab perut dah menyanyi keroncong. T_T


Makanan dekat sini oklah not bad. Ada macam-macam lauk kitorang makan. Nama setiap lauk mestilah aku tak tahu. Tahu makan je. Dekat sini ada sediakan surau. So, solat sesiap baru gerak ke destinasi seterusnya. –.-


restoran best bandung simpang raya


Saung Angklung Udjo Show


After lunch & solat di Restoran Simpang Raya, kitorang ke Saung Angklung Udjo Show untuk melihat persembahan tradisional yang berasal dari Indonesia. Ada banyak persembahan antaranya Wayang Golek, Helaran, Tradisional Dance, Mini Angklung, Angklung Interactive, Angklung Orchestra and diakhiri dengan Dancing Together. 


Persembahan bermula 3.30pm and berakhir pada pukul 5.00pm. Pengacara persembahan pulak memang sangat berbakat and pandai berinteraksi dengan penonton. Ala-ala macam Si Dina Nadzir pun ada sikit.


persembahan angklung bandung


Memang enjoy sangat show diorang. Yang Wayang Golek tu jela bosan sikit. Bila masuk je anak-anak comel menari pelbagai tarian tradisional diorang, terus mata jadi cerah balik. Bila tiba show Mini Angklung, masing-masing terkesima tengok kehebatan diorang main angklung wei. Sekali diorang agihkan angklung dekat kitorang then belajar bermain angklung dengan kitorang (Angklung Interactive). Seronok rupanya main angklung nie.


persembahan angklung bandung_1


Then kitorang dipersembahkan pulak dengan Angklung Orchestra. Ini aku kagum betul. Macam-macam lagu yang diorang main. Kita penonton nie tolong nyanyi sama huhu.


angklung bandung


Acara penutup ialah Dancing Together yakni anak-anak diminta untuk menarik tangan penonton pilihan diorang kemudian menari sama dengan diorang mengikut rentak lagu kanak-kanak macam enjit-enjit semut etc. Sekali adik lelaki manis ini duk tarik tangan aku pulak. Adoi terus rasa handsome pulak haritu. Itu yang dia tarik tangan aku tu LOL.


Cuba cari aku dalam gambar bawah nie kalau korang teror sangat haha. \0/


angklung bandung show


Details mengenai Saung Angklung Udjo, korang boleh follow diorang di instagram @angklungudjo atau ke website www.angklung-udjo.co.id.

Check-in Aston Braga Hotel


Dah seronok bermain angklung and menari sakan di Saung Angklung Udjo Show, kami bergerak ke Aston Braga Hotel untuk check in. Around pukul 6.30pm jugak kot sampai hotel. Jalan jammed teruk betul. Dengan hujan lagi. Dekat sana pukul 6.00 petang macam pukul 8.00 malam dekat sini tau. Tak nampak dah matahari semua. Malam dah.


lobi hotel aston braga bandung


Cantik jugak Aston Braga Hotel ini. Bersebelahan je dengan mall.


lobby hotel aston braga
Lobi Hotel Aston Braga


Bilik yang kami dapat pun alhamdulillah selesa.
Asyik banget sih. =D


bilik di aston braga



aston braga hotel bandung

After check in, solat and siapkan diri, kitorang bergerak ke Restoran Sindeng Reret pulak untuk dinner.

Dinner di Restoran Sindeng Reret


Istimewanya di Restoran Sindeng Reret ini ialah masakan Sunda. As for me, biasa-biasa saja makanan di sini. But Restoran Sindeng Reret ini memang agak popular di Bandung. Itu sebabnya Restoran ini juga menjadi salah satu tempat makan kitorang.


tempat makan best bandung sindeng reret


Kitorang disajikan dengan pelbagai lauk-pauk masakan Sunda yang pastinya menggugat selera. So, apa lagi, teringin merasa masakan Sunda, jemputlah berkunjung ke Restoran Sindeng Reret ya. Lain orang, lain seleranya kan. Cuba dulu baru tahu.


Dah settle makan malam, balik semula ke hotel. Sebelum naik bilik, sempat la beli simkad Indosat Ooredoo harga around RM15 sahaja yang dijual dikaki jalan bersebelahan hotel. Aku tak sure kuota sebenar simkad ini berapa GB. Yang pasti dah nak balik Malaysia pun still boleh layan lagi internet. Berbaloi jugak la beli untuk buat live update di instagram @hafiz_hafizol (jangan lupa follow ya ekeke).


jalan di aston braga hotel


Dekat bawah hotel ada orang buat show di Braga Citywalk. Bolehlah layan dulu sebelum masuk tidur.


pentas di aston braga walk


Kita bersambung di entry Day 2 ye. Semoga tak update entry seterusnya bulan depan haha. Okbye.
9 Komen untuk "Percutian Ke Bandung,Indonesia-Day 1"

Untunglah dapat pi free...

Bagusnya company kamu. Some company, overtime pun liat nak bayar...huhu... Harap one day saya dapat ke Bandung juga ;)

Perghh... syoknya dapat pergi Bandung, sponsor pula tu. ;)

Rindu dengan bandung nie.. syurga shopping nie

Bestnya company awak..beruntung sangat.. :)

wah bestnya ke bandung...menarik...

kalau nak kesana lagi boleh datang baca kat sini...

Back To Top