Percutian ke Tempat Menarik di Tasik Kenyir, Terengganu

Aku nie nama je anak jati Terengganu tapi ini kali pertama aku pergi bercuti ke Tasik Kenyir. Biasa pergi sampai Pengkalan Gawi je. Takde pulak rasa nak stay 2 hari 1 malam di Tasik Kenyir tu haha. Siap duk monolog dalam hati, best ke Tasik Kenyir tu? Macam takde apa yang menarik je kahkah. Maafkan hamba ya. Rupanya banyak betul tempat menarik di Tasik Kenyir sana. Seriously datang sana 2 hari 1 malam pun tak cukup nak explore semua.


Bertolak ke Tasik Kenyir dari Kuala Terengganu around 1 jam lebih jugak. Disebabkan aku memang tak arif langsung bab jalan nie, so redah jela ke Tasik Kenyir berpandukan signboard. Alhamdulillah selamat sampai walaupun terlajak masuk kampung mana ntah hihi.


Aktiviti Best di Tasik Kenyir 



Sesampainya di Tasik Kenyir, parking kereta dekat Pengkalan Gawi. Nanti dari Pengkalan Gawi, naik speedboat ke rumah penginapan kitorang. Rumah penginapan kitorang terletak di sebuah pulau kecil aku pun dah lupa apa nama pulau tu. Around 20 minit jugak perjalanan ke rumah penginapan. Excited? Memang excited jugak la sebab firstime nie nak bercuti di Tasik Kenyir. \0/

tasik kenyir terengganu
Muka excited hihi

bot ke tasik lenyir
Speedboat ke rumah penginapan dari Pengkalan Gawi

Gambar dibawah, rumah penginapan kitorang sepanjang 2 hari 1 malam di Tasik Kenyir. Sorry guys lupa pulak nak snap gambar dalam rumah. Time tu kita pemalu sikit nak snap gambar banyak-banyak sebab kita menumpang trip orang je nie hihi. Lagi pulak masing-masing dah letih angkut segala mak nenek barang dari jeti tadi. Nak kena mendaki jugak sikit baru sampai sini tau. Fuh! Penat bakhang.
 

rumah penginapan tasik kenyir


Kemudahan yang disediakan di dalam rumah penginapan,

 
- 2 bilik ( 1 bilik kecik, 1 master bedroom)
- 2 bilik air (di ruang tamu & didalam bilik master)
- Dapur (peti sejuk, kabinet, meja makan, perkakas memasak)
- Sofa dekat ruang tamu
- TV ada siaran Astro njoi

pemandangan rumah penginapan tasik kenyir
View dari beranda rumah penginapan


Memang highly recommend rumah penginapan ini untuk korang yang berkeluarga. Yang paling syok sekali, dekat sini takde line tau. Jangan harap la korang nak update status Facebook dekat sini. Inilah masanya korang nak bersosial dengan rakan taulan & keluarga. Korang yang anti sosial, yang 24 jam facebooking memang stress lah stay dekat sini haha. Padan muka. (diri sendiri terasa T_T)

Petang 1st day dekat sana, kitorang berkayak dekat jeti area rumah penginapan.

pemandangan cantik di tasik kenyir
View dari rumah penginapan. Cantik kan? \0/

RM10 satu kayak. Boleh main sampai puas katanya. Berkayaklah kitorang sampai nak Maghrib haha.

berkayak di tasik kenyir


Actually, bukan setakat berkayak tau, kitorang siap mandi-manda kot dekat sini. Mujur ada life jacket, kalau tak memang takdenya nak mandi. Air punyalah dalam and hijau pekat. Aku pun tak tahulah cemana boleh ada keberanian nak mandi dekat sini. Maybe sebab dah lama kot tak seronok-seronok macam nie. Sambil mandi, sempat lagi aku duk imagine dalam air nie ada binatang besar duk perhatikan aku haha.


berkayak di tasik kenyir terengganu


Dah puas mandi manda, simpan kayak dekat tempat dia kemudian balik rumah. Sekali angin bertiup agak kuat then tak lama lepas tu ujan. Boleh tahan lebatnya. So, aktiviti bbq pada malam itu tergendala. Special thanks untuk akak-akak yang telah menyediakan dinner kitorang terutamanya ketua chef, Kak Liza. Lupa pulak nak snap gambar makanan biar korang terliur. Best tau diorang masak.

Malamnya after dinner, duk layan tv jela. Kebetulan malam Sabtu, ada Telefilem channel TV3. Tengok TV sampai tertidur atas sofa hehe. Penat sangat letu berkayak & mandi manda petang tadi.

Hari Kedua di Tasik Kenyir 


Again, thanks to Kak Liza & pembantunya yang telah menyediakan breakfast kitorang pada hari kedua di Tasik Kenyir. After breakfast, kitorang bersiap untuk ke Santuari Kelah. Korang yang bercuti ke Tasik Kenyir, wajib tau datang ke Santuari Kelah bermain dengan ikan kelah. Syok gila ! 

Santuari Kelah di Tasik Kenyir


naik bot di tasik kenyir
Menaiki speedboat ke Santuari Kelah

naik bot ke santuari kelah tasik kenyir
Singgah beli makanan ikan kelah kejap

santuari kelah tasik kenyir
Mendaki tangga ke Santuari Kelah

Perjalanan dari tangga Santuari Kelah ke lubuk ikan kelah boleh tahan jauh. Almost 2km jugak turun naik bukit melalui laluan pejalan kaki yang disediakan. Nanti dipertengahan jalan korang akan melalui 1 jambatan gantung. Nice jugak view atas jambatan gantung nie. Singgah bergambar dulu ekeke.

jambatan gantung di santuari kelah kenyir
Jambatan gantung ke lubuk ikan kelah

Tour guide kitorang nama Maksu. Maksu nie lah yang bawak speedboat kitorang ke Santuari Kelah. Kagum sekejap dekat Maksu yang mungkin berumur dalam lingkungan pertengahan 50-an tapi still sihat & kuat ye. Dia berkaki ayam je kot follow kitorang. Tadi rasanya ada dalam boat lagi. Sekali dah depan kitorang pulak. ha power kan Maksu nie. \0/
 

Ok dah sampai di lubuk ikan kelah. Jom kita bermain dengan ikan kelah. Sekali kau tabur makanan dalam air, cepat je ikan-ikan kelah datang dekat korang. Bukan sikit tau. Banyak gilaa. Besar-besar pulak tu. Dia siap sedut-sedut lagi jari-jari korang. Tapi jangan risau dia tak gigit pun.
 

ikan kelah santuari kelah tasik kenyir


Habis berkocak air dengan kehadiran ikan kelah. Happy ye dapat makan? haha. Nie confirm seminggu sekali je orang bagi makan. Yela tunggu weekend baru ada orang datang bercuti dekat sini kan.
 

ikan kelah di tasik kenyir


Gigih Apijol berusaha untuk menangkap ikan kelah. Yang kegelian dengan ikan kelah pun ada ni haaa.
 

gambar ikan kelah di tasik kenyir


Akhirnya dapat tangkap ikan kelah menggunakan baju kahkah. Tak buat balik pun wei. Tangkap-tangkap kemudian lepas balik.


gambar ikan kelah tasik kenyir


Boleh tahan ramai jugak orang bermain dengan ikan kelah pada hari berkenaan. Bukan geng kitorang je. Dah macam pesta tangkap ikan kelah pulak. Masing-masing excited dengan ikan kelah. Lama jugak kitorang lepak sini almost sejam kot. Dah habis makanan ikan baru kitorang blah. Bagi can dekat orang lain la pulak bermain dengan ikan kelah.


After ke Santuari Kelah, Maksu bawak kitorang ke Air Terjun Lasih pulak. Sepanjang perjalanan ke air terjun Lasih, banyak sangat view yang cantik-cantik. Sedap je mata memandang. 
 

pemandangan cantik tasik kenyir


gambar pemandangan di tasik kenyir


Air Terjun Lasih Tasik Kenyir


Haritu tak ramai sangat pengunjung dekat air terjun Lasih. Ada dalam 3 family je termasuk kitorang. Dapatlah pilih port yang best tanpa berebut dengan orang lain. =P
 

air tejun lasih tasik kenyir


Amacam korang? Mengancam tak air terjun Lasih nie? Bila tengok balik gambar air terjun terus rasa esok jugak nak pergi sana haha.
 

gambar air terjun lasih tasik kenyir cantik


Sebelum mandi-manda, haruslah meninjau dahulu kawasan sekitar sambil bergambar latar belakang Air Terjun Lasih hiks. Entah bila pulak boleh sampai sini kan. \0/


air terjun lasih tasik kenyir
Jambatan gantung di Air Terjun Lasih


Dah bergambar latar belakang air terjun, tunggu apa lagi mehlah kita mandi-manda sampai kecur badan.
 

air terjun lasih kenyir


Port mandi atas nie paling best. Tapi nak ke port tu punyalah mencabar sebab batu dia tersangatlah licin. Nyaman gila badan bila dipukul air terjun yang laju itu. Nak lagi please haha.


Dah puas mandi dekat air terjun yang laju tu, kitorang pun sambung pulak mandi dekat bawah sikit. Air dekat situ tenang and lapang sikit tempatnya. Siap boleh berenang & bermain dengan anak ikan tau. Apa ntah nama anak ikan yang gigit-gigit kaki kita tu. Anak ikan tu banyak betul dekat sini. Best pulak bila dia gigit-gigit kaki kau. Layan je.
 

mandi di air terjun lasih tasik kenyir


Almost 2 jam jugak mandi-manda and layan ikan kecik gigit-gigit kaki. Dahsyat betul masing-masing. Maklumlah bukan senang nak jumpa air terjun semulajadi dekat Putrajaya sana. So bila dah dapat peluang macam nie, memang akan digunakan sebaik mungkinlah kan. Mujur tak berendam dalam air sampai Maghrib terus wakaka.
 

Puas mandi-manda, kitorang berpatah balik ke rumah penginapan. Ambil segala beg and barang kitorang yang ditinggalkan sementara di jeti then terus bergerak pulang ke Pengkalan Gawi.


pemandangan tasik kenyir


Budget kasar percutian 2 hari 1 malam di Tasik Kenyir around RM100++ (parking kereta, tambang boat, penginapan, sewa kayak, bayaran ke Santuari Kelah). Itu tak termasuk makan minum dekat sana sebab ada orang spons. Alhamdulillah. Terima kasih yang spons makan minum kitorang sepanjang 2 hari 1 malam di Tasik Kenyir. Semoga murah rezeki kalian. Kalau nak jimat, datanglah beramai-ramai ye. Angkut semua rakan taulan and family korang bercuti di sini.
 

Selamat tinggal Tasik Kenyir, panjang umur kitorang bercuti lagi ke sana okey. Tunggu kedatangan kanda ya. Ewah! –.-
13 Komen untuk "Percutian ke Tempat Menarik di Tasik Kenyir, Terengganu"

wahh syokk. tak pernah sampai sini. lela pon org ganu. biasa tidur dalam boat tu jaa. boat yang besar ada blik skli tu. tidur dekat air terjun langsir kot. syok jugak yg tu. boleh mancing

Salam. Bole tak bg contact no ejen yg menguruskan percutian tu?

sewa bot untuk g ke santuari kelah ngn air terjun lasih tu berapa ye

Salam
Seronok pulak bace pengalaman awak disana. Masih ade lagi tak contact no speed boat disana? Berhajat akan ke sana pada March 2018 akan dtg. Terima Kasih.

Sy pun dah lupa berapa. Bot nanti boleh tanya dekat pengkalan gawi. Dlm rm50/person kot utk 2 hari kat sana

Wassalam. Nanti di Pengkalan Gawi boleh tanya tuan bot kat sana terus okay.

Wassalam. Nanti di Pengkalan Gawi boleh tanya tuan bot kat sana terus okay.

Salam,masih ada lagi ke contact tour guide tu ye?sbb dlam perancangan nk ke sana sgn keluarga hjung minggu ni😊

Kitorang x guna pakej pun. just booking rumah penginapan persekutuan tu. nanti kat sana sewa boat je bgtau diorang nak pegi mana kang diorang bawak. :)

Rumah penginapan ni terbuka untuk semua atau untuk staff kerajaan sahaja?

Untuk staff kerajaan sahaja :)

Back To Top