8 Kelebihan Smartphone Huawei Honor 8

Harini nak kongsikan dengan korang semua mengenai kelebihan Smartphone Huawei Honor 8, smartphone terbaru dari Huawei. Actually banyak sangat kelebihan Huawei Honor 8 nie tau. Baru senaraikan 8 kelebihan pun dah excited sangat dah untuk memiliki sebijik. Mohon sesiapa belanja aku haha. So here you go. =D

 

honor 8 gambar

 

1) Kualiti Kamera


As for me yang sosial media addicted nie (hihi), aku memang sangat menitikberatkan kualiti kamera bila nak angkut smartphone baru. Yela nanti nak share gambar dalam sosial media kan. Of course-lah gambar WAJIB yang lawa-lawa sahaja.


gambar honor 8_2

- Dual Kamera Belakang 12 MP
- Kamera depan 8 MP
- Dual LED Flash
- Hybrid Autofokus
- Kamera depan sehingga aperture F0.95 - F16
- Video – Resolusi Full HD 1080p @ 30fps
- Video – Dilengkapi filter Slow Motion

 

Dengan kehebatan kamera yang disenaraikan diatas, semestinya gambar yang korang snap tak sah kalau tak cantik. Tak perlu lagi risau pasal lighting tak cukup, gambar pecah, etc.

gambar selfie honor 8Contoh gambar Selfie dari Huawei Honor 8

 

2) RAM Sehingga 4GB and 64GB memory

Huawei Honor 8 mampu mencecah sehingga 4GB RAM/64GB internal memori. Korang yang gemar download apps memang sangat memerlukan RAM yang besar and yang suka layan movie, music, fotografi, WAJIB memiliki internal memori yang besar untuk menampung file korang yang banyak itu. Bila RAM besar, applikasi dalam phone pun of course mampu bekerja dengan lancar, lebih ringan and tak lag.

 

3) Fast Charging

Teknologi 9V/2A fast charging yang terdapat pada Huawei Honor 8 memberikan korang 47% power boost dalam hanya 30 minit. Dah tak perlu lagi nak menunggu berjam-jam sehingga battery full charging. Kan mudah & menjimatkan masa tue.

 

4) Ketahanan Bateri

Battery Huawei Honor 8 berkapasiti 3000mAH supported by smart power 4.0. Dengan kata mudah, battery tahan lama lah. Korang yang online 24 jam memang sangat memerlukan ketahanan bateri. Macam aku sendiri kalau boleh nak batery phone tahan sepanjang hari kot. Lecehnya nak bawa charger phone dekat office. Dengan bateri berkapasiti 3000mAH sure boleh tahan sampai malam bila on mobile data.

- Stand-by time : 1.77 hari (normal usage), 1.22 hari (heavy usage)

 

5) Dual SIM (SIM 2 boleh dijadikan Slot MicroSD)

Ini pun penting jugak buat korang yang mempunyai 2 SIM. Macam aku sendiri memang ada 2 SIM and kalau boleh malas nak pakai 2 phone 2 SIM. So langkah mudah dengan cari phone yang support 2 SIM terus. Korang boleh juga gantikan slot SIM 2 dengan MicroSD if korang nak. Best kan?  

 

6) Fingerprint Sensor

 

gambar honor 8_1

Untuk faktor keselamatan, korang tak perlu dah setting PIN no or pattern untuk mengunci phone korang. Just aktifkan fingerprint sensor, semua masalah dah selesai. Hanya korang je boleh buka phone dengan sekali touch menggunakan cap jari sahaja. Tak payah ambil masa nak unlock. Hanya selama 0.4 saat sahaja.

 

7) Smart Control 4.0


Kelebihan ini memang sangat jarang ada pada smartphone and antara phone yang memilik Smart Control 4.0 ini adalah Huawei Honor 8. Dengan Smart Control 4.0, smartphone korang boleh menukar channel tv and even adjust suhu aircond dirumah korang sekalipun. Macam remote serba boleh la senang cakap haha. Power betul kan?

* This features supports devices manufactures by over 5000 international brands and more than 230,000 international models.

 

8) Transition apps yang Lancar

Dengan kehadiran 2.3 GHz octa-core CPU dan i5 Co-Processor pada Huawei Honor 8, korang dah tak perlu risau lagi dengan performance smartphone ini. Nak buka banyak apps, main games or online semuanya smooth. Sekaligus meningkatkan processing speeds, response time & battery life.

 

Nak dapatkan Huawei Honor 8, boleh ke website Lazada Malaysia. Berita baik untuk kaki shopping, Lazada sedang melangsungkan jualan murah sempena MyCyberSale. Maklumat lanjut, korang boleh ke website Lazada okey! Selamat bershopping guys. =D

 

mycybersale2016 banner

3 Komen untuk "8 Kelebihan Smartphone Huawei Honor 8"

Ramai yang katahp ni antara yang terbaik dan smooth walaupun dah lama guna.

Wah seems good for a bussiness lady like me..haha tak pyh beli spi 2 3 phone utk urusan peribadi dan perniagaan. 2 sim in on phone

Back To Top