Rancang Perjalanan Anda Menggunakan CatchThatBus

Boleh dikatakan semua lapisan masyarakat pernah menggunakan perkhidmatan bas. Dekat universiti haritu, aku dan rakan-rakan terpaksa pergi ke terminal bas untuk mendapatkan tiket balik kampung. Malah adakalanya kami meminta pertolongan rakan sekelas yang memandu kereta/motor untuk menumpangkan kami atau memesan kepada rakan yang kebetulan pergi ke kaunter tiket bas untuk membelikan tiket kami. Almaklumlah, zaman belajar mana ada banyak duit kan?

 
Namun kini walaupun sudah bekerja dan mempunyai gaji sendiri, aku masih memilih untuk menggunakan bas sekiranya ingin pulang ke kampung. Bukan sahaja ia tidak memenatkan, malah dapat menjimatkan lebih kurang separuh daripada kos keseluruhan perjalanan iaitu perbelanjaan tol dan petrol bila memandu kenderaan sendiri. Tak gitu?

 
Kebiasaannya aku akan ke terminal bas selepas waktu kerja untuk membeli tiket bas awal. Jika terlampau sibuk atau kepenatan, aku hanya mencuba nasib ke terminal bas and beli tiket last minute dan mendapatkan mana-mana tiket bas yang sesuai. Adakalanya nasib tidak menyebelahi aku dan terpaksa pilih tarikh/masa yang masih available.  
 

Pembelian Tiket Bas Online: Kemajuan Teknologi


Zaman sekarang, kemajuan teknologi telah mengubah cara kehidupan kita. Saat-saat sukar untuk mendapatkan tiket bas telah pun berlalu. Aku sangat suka perkhidmatan pembelian tiket bas online kerana pelbagai sebab. Pertama, tak perlu beratur panjang di kaunter tiket bas atau terminal bas. Kedua, tak perlu berjalan jauh untuk membandingkan harga-harga di kaunter yang berbeza. 



Hanya perlu melihat senarai yang tersedia di dalam laman web atau aplikasi yang berkenaan. Ketiga, tak perlu menempuh kesesakan lalu lintas semata-mata hanya untuk membeli tiket bas. Dan yang terakhir, tak perlu bersusah-payah mencari parkir atau risau tentang saman ketika berkejar ke kaunter untuk beberapa minit.
 

Pembelian Tiket Bas Online: Mengapa guna CatchThatBus?

 
Antara banyak-banyak laman web yang menawarkan tiket bas online, aku paling suka dengan CatchThatBus. Mengapa? Muat turun saja aplikasi tiket bas tersebut dalam telefon bimbit anda dan anda akan terus menerima diskaun untuk pembelian tiket bas pertama anda. Adakalanya CatchThatBus mempunyai promosi dan diskaun untuk tiket bas anda tanpa mengira waktu. Best kan?

 
Selain itu, layanan perkhidmatan pelanggan mereka sangat tip top! Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, hubungi sahaja mereka menggunakan butang chat atau talian hotline dan perkhidmatan pelanggan CatchThatBus sedia membantu. Harga tiket bas online di CatchThatBus juga sama atau adakalanya lebih rendah daripada harga yang ditawarkan di kaunter tiket bas. Ini lagi best !

 
Pendek kata, CatchThatBus memang terbaik! Anda juga boleh dapatkan tiket bas online anda di laman web mereka – www.catchthatbus.com – atau dengan memuat turun aplikasi di telefon bimbit anda. Perkhidmatan CatchThatBus tersedia untuk iOS, Android dan juga Windows Phone.
 

Pembelian Tiket Bas Online : Bagaimana menggunakan CatchThatBus?

 
Nak beli tiket bas online ni sangat mudah, cuba tengok cara-cara nak beli di laman web CatchThatBus ni:


Langkah 1: Mestilah kena pergi ke laman web www.catchthatbus.com dahulu.
Langkah 2: Laman web CatchThatBus ni sangat user friendly. Taip saja maklumat yang diperlukan untuk perjalanan anda seperti jenis perjalanan, tempat berlepas dan ketibaan, bilangan penumpang, dan tarikh perjalanan.


 
Beli Tiket Bas Dengan CatchThatBus

 
Langkah 3: Anda akan nampak pelbagai pilihan perjalanan daripada senarai operator bas yang ada pada hari tersebut. Pilih saja yang bersesuaian dengan anda. Laman web ini juga memudahkan proses carian anda dengan fungsi filter untuk harga, tempat berlepas, dan tempat ketibaan di bahagian kanan seperti dalam gambar di bawah.

 
Beli Tiket Bas Dengan CatchThatBus

 
Langkah 4: Bila dah buat pilihan bas, anda boleh pilih tempat duduk, tempat berlepas, dan tempat ketibaan (bergantung pada operator bas dan jika ada).

 
Beli Tiket Bas Dengan CatchThatBus

 

Langkah 5: Masukkan maklumat mengenai penumpang yang diperlukan, dan anda boleh terus membuat pembayaran. Di CatchThatBus, anda tidak perlu risau kerana pembayaran dibuat dengan cara yang selamat melalui kad debit, kad kredit, online banking, dan Paypal.

 
Beli Tiket Bas Dengan CatchThatBus

 
Langkah 6: Periksa emel dimana anda akan menerima e-tiket. Jangan lupa cetak dan bawa e-tiket itu sewaktu menaiki bas.

 
Beli Tiket Bas Dengan CatchThatBus

 

Proses pembelian tiket bas online menerusi telefon bimbit anda juga senang. Anda hanya perlu klik beberapa kali untuk mendapatkan tiket bas online anda.


Klik 1: Cari perjalanan anda.
Klik 2: Pilih tempat berlepas dan tempat ketibaan.
Klik 3: Pilih tempat duduk.
Klik 4: Pilih jenis harga.
Klik 5: Buat pembayaran melalui cara yang selamat, tersedia di CatchThatBus: kad debit, kad kredit, online banking, atau Paypal.

 
Sama seperti di laman web, anda juga akan terima e-tiket melalui emel. Jangan lupa untuk mencetaknya dan bawa sekali sewaktu nak menaiki bas. Ataupun, tiket boleh didapatkan di kaunter menggunakan ID pengesahan tempahan.

 
Jangan tunggu lagi, rancang perjalanan anda dengan bijak. Layari laman web www.catchthatbus.com atau muat turun app CatchThatBus melalui Android, iOS, atau Windows Phone untuk mendapatkan tiket bas online anda. Ianya sungguh mudah dan selamat. =D

 
CatchThatBus promo Code



Jangan lupa tau guna promo code : HAFIZHAFIZOL. Dah apa tunggu lagi, korang pergi book NOW! 



 
0 Komen untuk "Rancang Perjalanan Anda Menggunakan CatchThatBus"

Back To Top