Cara Stop Langgan (Terminate) Broadband Yes 4G

Aku dah stop langgan Broadband Yes 4G aku almost sebulan. Boleh dikatakan aku pengguna setia Broadband Yes 4G la. 5 tahun jugak pakai Broadband Yes 4G kot. Tak setia lagi ke macam tu? hehe. Alasan stop langgan Broadband Yes 4G? Sebab nak bertukar ke pelan dari telco lain pulak. Cepat suggest pelan dari telco mana yang terbaik. Tengah survey lagi nih. As for now, kongsi wifi dengan handphone jela kalau nak online dekat rumah kahkah. Nangis depan laptop.


Processed with VSCO with 5 preset


Pengalaman Menggunakan Broadband Yes 4G


Almost 5 tahun menggunakan Broadband Yes 4G rasanya dah cukup untuk aku berkongsi pengalaman aku menggunakan Broadband Yes 4G dengan korang semua. So far so good. Aku tiada banyak masalah pun dengan Broadband Yes 4G ini. Aku langgan pelan RM48 (2G) iaitu pelan yang paling murah. Sekarang dah jadi RM50++ sebab termasuk GST kan. Walaupun telah menggunakan 100% kuota, but still boleh online lagi cuma slow macam siput sedut. Sakit hati? Memang sakit sangat lah tapi boleh boost kuota korang tu.


Quota pulak memang laju gila habis. Aku expect maybe sebab 4G kan. That’s why laju gila kuota habis. Paling best mengenai Yes 4G Broadband ini, internet memang laju gila. Seronok layan youtube bila ada kuota. Tapi sekali kau layan youtube memang cepat je kuota kau habis. Macam aku sendiri, aku bukanlah layan sangat youtube. More to Facebook, twitter, baca artikel, blogwalking macam tu jela. Tapi kekadang layan jugak youtube and download lagu-lagu terbaru. lagi laju download pulak daripada kau tunggu video di youtube habis buffering. Power kan? haha.


Bawah ini aku sertakan sekali tarikh aku bayar payment and tarikh broadband mencecah 100% penggunaan kuota. Jangan mencarut dulu okey, cool je haha.

  • 24 Oktober bayar payment – 2 November reached 100% quota.
  • 24 September bayar payment – 29 September reached 100% quota.
  • 25 August bayar payment – 30 August reached 100% quota.
  • 14 August bayar payment – 19 August reached 100& quota.

quota broadband yes 4G


Sakit hati kot bila sampai email you have reached 100% of your quota. Rasa nak baling Broadband Yes 4G tu di dinding pun ada jugak kekadang haha. Amendelah 5 hari dah habis quota. \0/


Cara Stop Langgan Broadband Yes 4G


Sekarang teknologi dihujung jari. So, nak stop langgan Broadband Yes 4G pun boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Mudah betul kan. Mari tengok apa step yang korang perlu lakukan.


1) Hantar email terminate Broadband Yes 4G korang ke [email protected]. Better after dah buat payment, terus apply nak terminate. Nanti takdelah problem bill tertunggak ke apa kan.

cara terminate broadband yes4G
2) Setelah mendapat balasan email dari pihak yescare, Baca syarat terminate dengan teliti. Make sure korang sudah membayar bill yang tertunggak.


cara terminate broadband yes4G_1

3) Isikan termination form yang di attached di email korang.

borang terminate broadband yes4G


4) Dah sign form, boleh scan and hantar ke email yescare beserta salinan i/c korang.

cara terminate broadband yes4G_2


Ok siap! Nanti pihak yescare akan reply email korang and bagitahu bila tarikh akaun Yes 4G korang akan ditutup. After tarikh tersebut, korang dah tak boleh sign in akaun Yes 4G korang dan pihak Yes juga akan menghantar email bill terkini korang iaitu RM0.00.


bil yes4g broadband


Thank you so much Mekna yang izinkan aku gunakan nama dia untuk register akaun Yes 4G nie atas sebab-sebab tertentu haha. After this tak perlu risau lagi samada aku dah bayar atau tidak akaun Yes 4G ini okey sebab iols dah terminate pun ye Mekna. kahkah. =P


Selalu jugak terbaca isu pasal servis Broadband Yes 4G ini teruk. Ramai customers yang merana dan tak puas hati dengan Yes 4G. So far aku takde pengalaman yang mengerikan dengan Yes 4G. Terima kasih Yes 4G sebab banyak juga memudahkan kerja online aku. Pernah juga dapat kuota percuma dari Yes 4G ini terutama pada musim perayaan. =D


Maybe lepasnie nak try guna Unifi Broadband pulak kot. Mana tahu ngam hehe.

Post a Comment

45 Comments

  1. guna TM Streamyx je kat umah. RM88 4mbs unlimited download. Tonton youtube 1080hd tak jadi masalah. Cuma boleh on9 kat rumah jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dipertimbangkan . thank you. tp kat rumah malam jela ada org mcm rugi la pulak haha

      Delete
    2. Macam mana nak isi form tu eh? Susah laa

      Delete
  2. ramai jgk eh yg pakai Yes ni. Wah wah. Goodluck in finding new telco :D

    ReplyDelete
  3. aku pon tengah cari nih..aku nye sekarang nih pon kalau guna ..tak sampai seminggu dah habes quota..bila abes kuota..terpaksa menangis kat bucu katil sebab tak leh online da..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei bilik aku x de katil. Boleh nanges bucu almari je kahkah

      Delete
  4. Assalamualaikum. Saya nak tanya contoh lah date bil saya 16 February and on 16 Feb tu juga saya bayar bil supaya tiada bayaran tertunggak. So boleh ke saya nak terminate on 17 February? Boleh je kan?

    ReplyDelete
  5. Bill saya tertunggak dah mencecah 753.00 sampai sekrang sya belom langsaikan dah 2 tahun..ape yg perlu di buat...balik kg je terus hadap notis kerap sampai...tq☺

    ReplyDelete
  6. Bill saya tertunggak dah mencecah 753.00 sampai sekrang sya belom langsaikan dah 2 tahun..ape yg perlu di buat...balik kg je terus hadap notis kerap sampai...tq☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak terminate, kena settlekan dulu bill tertunggak

      Delete
  7. Anonymous14 July, 2016

    nk tnye..sy baru je gune yes4g ..dlm setahun lebih..boleh terminate ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je terminate kalau dah tak nak guna

      Delete
    2. Bukan kna hbis kontrak dlu kew bru bleh terminate?.

      Delete
  8. Hi.. Sakit ati betul la lately ni line yes4g mmg sgt menghampakan. Aku guna yg data 20gb. Tp sejak 2 bulan ni yes baik hati tambah lagi 10gb.. So total 30gb. Itu mmg best.. Syok je layan movie.. Tp best tu sementara saje sbb line problem gile kot.. Padahal umah aku dekat tepi sekolah.. Sekolah tu siap ada pencawang yes lagi tu. Bila buat speed test tu upload speed kadang2 0.01mbs je. Hence, aku pun gugel la cara nak terminate yes.. Jumpa blog ni.. Haha tq tuan rumah

    ReplyDelete
  9. dapat kuota 6gb..kalau abis 6gb tu still boleh online lagi ke?

    ReplyDelete
  10. Jom guna onexox borong stok data. Lagi byk borong lg murah... laju nya tak yah citer leee... jgn mroyan bila data cepat habis.. tp apa nk kisah beli data season pass .. jimat baq hang.
    Sapa nk taulbih lanjut pm or wasap 0184692011

    ReplyDelete
  11. Kena pulangkan tak , Yes 4G punya wifi kecik putih tu? Kalau kena fullset ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna broadband tak payah pulangkan pun. kalau wifi kecik putih x sure

      Delete
  12. oke ke terminate gna email jek?

    ReplyDelete
  13. Berapa lama ek yes ni ambik masa untk terminate? Dalam smggu ke lbeh dri tu?

    ReplyDelete
  14. Thank You for advise on Termination procedure ... senang dari pi ke Kaunter kan.

    ReplyDelete
  15. Tq ye untuk info. Saya pun nk terminate juga walaupun line die memang superb. Layan youtube memang best. Cuma macam tak berbaloi sikit sebab no free call or sms even other telco give 100min/100sms which is more valuable. Saya guna RM88+GST/24GB(16GB broadband & 8GB simcard).

    ReplyDelete
  16. Lama x masa yg d ambil?

    ReplyDelete
  17. Klau msh dlm kontrak hp altitude yes 4g.blh terminate x dlm tempoh kontrak msh jalan??

    ReplyDelete
  18. Pernah call yes dia kata kalu masih dalam kontrak tak boleh nak terminate.

    ReplyDelete
  19. Anonymous04 July, 2017

    Terima kasih atas tunjuk ajar,hr ni antar borang termination online,hr ni jgk dpt reply dr Yes...senang dr g ke kaunter,tk banyak songeh nk ngadap muka dn soalan bertubi2 dr pekerja Yes yg muka langsung tk friendly bila kita bgtau nk terminate acc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa lama ya tempoh untuk akaun terminate, atau pada hari tersebut jgk terminate?

      Delete
  20. kalau guna nama org lain n org tu da tak taun kat mane macam mane ya? mmg nk ic copy penama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak ic orang yang register akaun yes tu la.

      Delete
  21. Sy xtau sgt psal it ni. Sy da dpt form trminate tu jdik sy kena print da isi kan? Lpastu sy kena scan tu cm mna cranya ye? Tlg tnjuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde scanner maybe awak boleh ambil gambar form yang dah diisi and email kat diorang. or boleh printscreen jugak
      . :)

      Delete
  22. Ada pihak yes tlfn dn mmberitahu tntg bayaran trtunggak,langkah seterusnya apakah patut sya buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah bayar dahulu amount yang tertunggak. then baru boleh terminate. :)

      Delete
  23. Berapa lama eh yes akan email bill statement rm0.00 lepas terminate tu? Saya terminate hujung bulan, sehari sebelum masuk bill baru. So agak2 kena byr bill ke?

    ReplyDelete
  24. apa jadi bila sudah tamat tarikh kontrak...Yes 4g

    ReplyDelete
  25. adakah anda ada lagi termination form?

    ReplyDelete
  26. then how about the deposit? do we entitle to claim our deposit after we terminate the service?

    ReplyDelete
  27. Hai nak tanya klu sye nk terminat kn yes ni under nama kwan sye. Sye perlu bawa ic dia ke? Klu sye buat kat counter yes?

    ReplyDelete
  28. Kite pun pengguna setia yes slama 3 tahun, rsa nk tukar pulak eh..haha! Nk terminate jugak..huhu..

    ReplyDelete
  29. Kenapa apabila saya nak terminate 2 hari lalu di centre yes dia minta no akaun bank ? Lpas tu baru mintak ic n ttgn borang tu....

    ReplyDelete
  30. saja layan dah tak de pilihan yang baik buat masa ni

    ReplyDelete
  31. Sy pengguna YES paling setia. Dah 10 thn guna. Baru-baru ni line YES sangat sangat perlahan dah mcm siput...frust betul. Rasa mcm nak terminate jer...

    ReplyDelete