Skytrex Langkawi & Sedikit Tips

Baru-baru ini berpeluang mencuba Skytrex di Langkawi. Apa itu Skytrex? Skytrex ialah satu aktiviti extreme di atas pokok. Anda kena melalui halangan yang agak mencabar (boleh pilih nak yang biasa-paling mencabar). Antara halangan tersebut termasuklah flying fox, panjat tangga, meniti kayu, meniti tali dan banyak lagi. 


Aku harap korang faham la explanation aku mengenai Skytrex. Kalau tak faham lagi baca entry nie sampai habis okey nanti aku upload gambar banyak-banyak. Firstime cuba aktiviti lasak seperti ini. Naik flying fox pun aku tak pernah tau. Noob teruk. T_T

 

harga skytrex

 

Terdapat 3 pakej yang disediakan di Skytrex seperti dalam jadual diatas. So, korang bolehlah pilih pakej mana yang korang mengikut kemampuan korang. Aku ambil pakej Island Extreme & beli online so dapat la harga murah sikit. Memang sangat mencabar bagi firstimer macam aku weyh. 


Dekat flying fox pertama pun aku dah cuak gila vavi. Siap salah step flying fox lagi. Sakit jari aku heh. Rupanya cara betul flying fox ialah kena duduk sambil tali tergantung tu tegang. So, tali tu yang menampung berat kau. Boleh pulak aku flying fox iku step suka hati aku. hihi.

 

 

Jpeg

 

 

Sebelum ke tapak Skytrex, korang akan dipakaikan peralatan seperti diatas & sebotol air mineral. Dia ada bagitau nama setiap alatan tu. Tapi kita lupa dah apa nama. Takpelah lupa nama pun asalkan kau tak lupa apa function & cara penggunaannya sebab sangat penting untuk memastikan keselamatan kau. Nanti masa aktiviti skytrex, kau harus bergantung kepada diri sendiri. Instructor hanya memerhati dari bawah je tau. Kalau kau tak boleh buat, kau jerit jela nanti diorang tolong. Ok jom ke tapak Skytrex!

 

 

Jpeg

 

Tak cuak ke Apijol? Cuak la jugak tapi bila instructor dah bagi sedikit penerangan & dah tahu bagaimana peralatan yang dibekalkan berfungi, hilang sedikit nervous. Hilang la sangat padahal masa first flying fox yang paling rendah tu pun lama gila aku tarik nafas haha kelakar pulak bila aku ingat balik luls. Then bila instructor tunjuk cara flying dengan betul step by step (haha), terus nak flying fox jeee. Sorry la kita lampi sikit (lambat pikap –.-)

 

Jpeg

Flying Fox pertama (lama gila tarik nafas nak flying –.-)

 

Antara cabaran yang paling aku benci & agak memenatkan di Skytrex Langkawi ini ialah panjat tangga tinggi. Semput kita beberapa kali berhenti juga baru sampai atas. Mujur la pada hari kejadian hanya ada beberapa orang pengunjung. Takdelah diorang tertunggu aku kan.

 

Jpeg

Muka excited dah nak sampai atas

 

Yang berbaju kuning dekat bawah tu instructor di Skytrex. Dia dok sound aku okey dik sikit lagi kalau letih berhenti la biar lambat asal selamat. Bukan main lagi dia. Aku kira tangga yang aku panjat dalam gambar diatas merupakan tangga yang paling tinggi dan paling lambat aku sampai. bak kata instructor, biar lambat asal selamat. \0/

 

 

Jpeg

Jambatan X – Tinggi jugak & bergerak-gerak lagi fuh 

 

Jpeg

Jambatan Bertali – Kacang je nie

 

Jpeg

Sempat lagi posing

 

Jpeg

Halangan terakhir

 

Halangan terakhir agak mencabar sebab korang kena flying fox dan landing dekat tempat span dalam gambar diatas. Korang rasa korang boleh buat dengan sempurna? Overall, berpuas hati jugak menghabiskan almost 2-3 jam di Skytrex Langkawi walaupun agak penat. Sebenarnya banyak lagi gambar di SKytrex Langkawi korang boleh tengok di instagram aku (hafiz_hafizol) dah tengok tu follow & like la sekali gambar-gambar aku okey? \0/

 

Tips ke Skytrex Langkawi

- Berpakaian sukan & berkasut

- Pergi hari cuaca cerah (disebabkan kita tak boleh nak jangka cuaca di Langkawi, hari yang aku pergi tu cuaca mendung, hujan renyai-renyai. So, terpaksa postpone dari pukul 9.00am ke 10.30 macamtu)

- Beli tiket online dapat potongan harga RM5. RM5 duit jugak kot!

- Bawa air mineral sebab diorang hanya sediakan sebotol air mineral untuk korang. Manatahu korang jenis cepat dahaga kan. Macam aku tak habis pun sebotol air. Tak sempat nak minum air pun lol

- Bawa tuala kecil lap peluh sebab confirm berpeluh gila nanti. Merecik-recik peluh kau –.-

- Book la pakej paling extreme, iaitu Island Extreme. Confirm korang berpuas hati walaupun paling mahal. hihi

- Siapkan mental & fizikal. nanti semput nak panjat tangga tinggi & takut nak flying fox.

 

P/s : Korang yang berhampiran Shah Alam, boleh ke Skytrex Shah Alam. Ada cawangan dia jugak dekat sana.

 

Details,

http://www.skytrex-adventure.com/ 

17 Komen untuk "Skytrex Langkawi & Sedikit Tips"

Bestnyaaa wehh. Harga pun tak lah mahal sangat :D

Pijol...jln lgkawi ye...sronok nmpk..skytrek tunggu nnt aku dtg...haha

awakkk,jom p shah alam,awak tolong jadi instructor saya :P


heiiiiiiiiiiii,teringin gila

Yg kat s.alam x sampai pon lagi.. huwaaaaa

amboii first timer tp trus amek Island Extreme.. keh3.. Syabas bete

Memang best cabaran yang diberikan...dulu pernah try sekali ja naik flying fox..memang best

Bestnyeee..dah la suka aktiviti lasak ..last pergi langkawi masa tgh pregnant,tak dapatla nak try skytrek tu.hehe

macam best je... dah lebih 10 thn x ber-flying fox...teringat kenangan ..hehe

Wah seronoknya aktiviti mencabar :-)

Syoknya... nak try pergi yang dekat Shah Alam la kalau gitu.

Idokler kakak liyana nak menerai main bende ni.. Elok tengah meluncur keras kat tengah2 tu nnti.. Hahaha.. Oit blog canggih!!! Apesal blog anda canggih sgt ni? Dahlah kakak liyana ini buta IT!

saya suka gila aktiviti ni. hari tu mas gi langkawi, tak sempat nak naik ni. nanti nak cuba dekat shah alam

seronoknya tapi mcm gayat pn ade gak

wow best giler wei. jambatan x tu macam best je. kat kota kinabalu sabah ni, tak tahulah dekat mana boleh dapat bebenda adventure macam ni :D (tau aku kot tak pernah nak explore. hehe)
thanks tinggalkan link dekat fb PG :D

Wah best..bln 12 ni nk g..klu book online payment gune kad kredit ke??..mb2 or cimbclick boleh x?

Back To Top