REVIEW STEAMBOAT DI PICC,PUTRAJAYA

Baru-baru ini aku, Ain dengan Zakwan ke PICC Putrajaya. Nak makan steamboat dekat sana. Tahu mengenai kewujudan steamboat di PICC pun dari review blogger jugak. Tengoklah betapa hebatnya penangan seorang blogger. Alang-alang menetap di Putrajaya, why not kita cuba steamboat dekat PICC ini. Lagi-lagi sekarang diorang tengah buat promosi ialah RM28/head sahaja berbanding harga normal iaitu RM38. Promosi sehingga akhir bulan Disember 2014 tau. So, masih berbaki beberapa hari lagi untuk korang merasai kesedapan steamboat di PICC Putrajaya sehingga promosi tersebut habis.


steamboat picc-2


Kebetulan Wani kerja di PICC, so mintak tolong Wani booking seat untuk steamboat tersebut. Kitorang sampai sana almost pukul 9.30 pm tau. Sampai sana terus pergi kaunter. Diorang ingatkan kami dah tak datang sebab dah lewat siap kabo ingatkan nak call nak confirm jadi ke tadi. Amboi mana taknya diorang close pukul 10.30 pm, pukul 9.30 baru kau terkedek-kedek nak mai kan. So ada lagi 1 jam untuk kitorang bersteamboat dalam tu. T__T


Dah dapat seat semua, cepat-cepat pergi ambek sayur, ayam, yong tau fu, seafood, bihun, etc nak campak dalam tomyam. Sedih betul sebab seafood dah tak banyak. Mungkin sebab kitorang datang lambat kot. Udang tak de sekor dah. Tinggal bekas kosong je lolol.


steamboat-4


Sambil menjamu selera makan steamboat, kami dihiburkan dengan liveband. Vokalis perempuan cantik tinggi sangat kulit flawless macam model. Ok lah dia nyanyi. Layan jugak lah & pandai entertain pengunjung. Siap ajak pengunjung naik atas pentas menyanyi sama. Siap jemput pengunjung karoke sekali atas pentas lagi. Mujur dia tak ajak aku naik pentas je kalau tak, boleh berduat lagu ombak rindu dengan dia mesti semua orang terpegun *pitam


steamboat picc_4


Aku suka ais kacang/abc dia. Just nice lah. Sebab boleh campak bahan sendiri. Kau nak letak kacang 2 sudu, kau nak letak sweet corn 3, buah kabung 4 sudu takde siapa nak marah wahaha. Biasa kalau beli ais kacang dekat kedai ciput je diletaknya bahan-bahan tu. Details mengenai steamboat di PICC Putrajaya, korang boleh baca di blog blogger yang datang ke perasmian steamboat PICC yang aku kasi link dekat bawah nie okey. Diorang siap letak gambar setiap station yang terdapat di steamboat lagi. Aku punya review cikai je. =p

myputeri21
hasyanaurah
marqiscareno

Agak kecewa sikit sebab di steamboat PICC tiada bakar-bakar, bbq. Aku kalau makan steamboat memang bbq menjadi favourite. Tak makan tomyam pun takpe asal boleh makan seafood/ayam/daging bbq. Mungkin ada sebab tersendiri diorang tidak menyediakan set bbq. Tapi Wani cakap mungkin lepas ini akan ada bbq. Lepasnie boleh la cuba lagi steamboat dia. \0/


steamboat picc_1


Untuk membuat tempahan untuk Steamboat Dinner Café @ PICC Putrajaya , sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau email [email protected].


18 Komen untuk "REVIEW STEAMBOAT DI PICC,PUTRAJAYA"

aish..kenapa tak datang awal.. kalu tak mesti lagi meriah atas meja tu haha

tengah bulan tak dek duit nak pergi. sobss. belanja pliss. Hahahahha :P

Sedak .Tapi meme pon kalu takdop Bbq dok best sgt..haha

Pegi pun xajak pun..huhuhuhu

Tak pernah try lgi kat sini...

Nok gi jugop hehehehhe.
Ala syg nya takde bakor bakor ekeke.
Hm tapi sedap nomnom.
Lain kali tlg dtg awal pls hihuhi.

Tak pernah pergi lagi tempat makan ni, haritu pergi juga putrajaya sampai sesat terus balik. hahaa :)

syok nyaa..ada yg grill tak??

Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

Hari tuu makan steamboat pun kat the curve. Sebab ade event encik mimpi. Rasanye ade blogger2 yg dijemput. Huhu

haha tu la. masing2 busy katakan. -.-

takpe tunggu awal bulan depan pegi ye. aha.

takpe tunggu awal bulan depan pegi ye. aha.

cemano eh nak ajak. kamu jauh di sana, hihi

takde la. adoi. penat tulis pnjg2 -.-

Biasa.makan.steamboat.kat.Johny.jebkat Aeon AU2. Ok la juga...

Back To Top