Mendaki & Bergambar di Bukit Broga(Broga Hill) Semenyih

Plan asal nak bertolak ke Broga Hill, Semenyih pada pukul 5.00 pagi konon nak tengok matahari terbit. Sekali kejut tidur pukul 7.00 pagi. Bersiap ala kadar (jangan kata aku tak mandi pagi pulak) terus bertolak ke Bukit Broga. Perjalanan ke Bukit Broga 100% berpandukan waze.

 

 

kalau ada yang tanya, Apijol cemana ntah nak ke Bukit Broga yang cantik sangat itu nak tengok jugak sunrise, kemudian Apijol jawab apa guna kau install waze dalam smartphone kau tu hihi. Perjalanan ke Bukit Broga dari Bangi mengambil masa kira-kira 40 minit jugak. So, sila rancang perjalanan anda okey!

 

 

kaki bukit broga

 

 

Sampai sana dalam 8.15 pagi, bersusun dah kereta dalam kebun kelapa sawit, iaitu kaki bukit Broga Hill. Nasib baik parking senang dapat. Bayar parking RM2. Orang dah turun dari Bukit Broga kitorang terkedek-kedek baru nak start mendaki. Siap nak singgah makan nasi lemak lagi tu. Ha kan dekat bawah tu ada gerai nasi lemak kan.

 

 

Ini merupakan kali ke-3 aku ke Broga Hill. Sebelum ini pernah berprogram di sana masa zaman university. Korang yang jenis mother nature, cintakan keindahan, suka tengok pemandangan cantik, suka aktiviti lasak memang rugi sungguh kalau tak mendaki Bukit Broga. Aku yang pergi 3 kali pun masih lagi excited bila sampai ke puncak Bukit Broga. Korang yang firstime tu mestilah berganda-ganda excitednya. Kan?

 

 

mendaki broga hill

 

 

Kira-kira pukul 8.53 am (aku refer jam kat gambar dalam phone), kitorang berhenti kejap area gambar diatas. Bergambar sakan dulu kat situ, pendakian diteruskan tapi dari 6 orang, tinggal lagi 4 orang yang masih kental hatinya untuk mendaki. Lagi dua orang (tak boleh bagitau siapa,rahciew haha) tu dah semput dah naik bukit. Ok main teka-teki sikit, cuba teka siapakah 2 orang peserta yang dah pancit? Clue boleh dilihat di gambar dibawah. =p

 

 

mendaki bukit broga

 

Kira-kira pukul 9.10 am, kami sampai area gambar bawah nie. Nie dah tinggi sangat dah tau. Ada lagi yang lagi tinggi, malas dah mendaki. Stop bergambar dekat sini. Dalam dekat 100 keping gambar jugak aku rasa, baru kitorang beransur pulang. Aku kalau boleh nak mendaki lagi sampai ke puncak Bukit Broga betul-betul punya puncak (macam dalam gambar dibawah). Tapi masing-masing dah tak semangat meneruskan pendakian selepas bergambar sakan.

 

 

puncak bukit broga

 

 

puncak bukit broga_1

 

 

gambar bukit broga_1

 

 

pemandangan broga hill semenyih

 

 

Kira-kira pukul 9.40 am camtu kitorang pun bergerak turun dari Broga Hill yang sedap sangat mata memandang tu. Pengunjung yang datang situ pun kebanyakannya sedap mata memandang juga. Sambil cuci mata tengok pemandangan, kita cuci mata tengok orang juga. Masa turun macam cepat pulak maybe sebab masing-masing excited nak balik cepat badan dah penat, peluh melekit semua nie.

 

 

Tak singgah pun makan nasi lemak/beli air kelapa dekat kaki bukit Broga tu. Menariknya, bila kitorang turun tu, ada lagi orang baru sampai, baru nak start mendaki. Mujur jugak masa kitorang pergi sana, cuaca takde la memancar sangat. Cuaca redup. Nyaman udara Bukit Broga tak tahu la cemana nak cakap. Fresh air yang memang tak dapat pun di Putrajaya/Kuala Lumpur nie. Seriously!

 

 

Korang mesti tak puas lagi tengok gambar kitorang di Broga Hill kan? haha perasan Apijol. Nak tengok lagi gambar-gambar kitorang di Broga Hill, korang boleh tengok di instagram aku http://instagram.com/hafiz_hafizol.

 

 

Inshaallah, panjang umur kita pergi lagi Broga Hill okey?

10 Komen untuk "Mendaki & Bergambar di Bukit Broga(Broga Hill) Semenyih"

salu tgk orng mndaki broga ni,, nak gi jugk one day,, tapi tak de rezeki lagi kot,, huhuu

kaya pak cik gaya parking.. boleh pergi haji balik hari

cantiknya permandangan atas tu.hijau je.sejuk mata memandang.

Salam singgah hujung minggu dik...bestnya pergi mendaki.tengok pemandangan pun cantik jer kan......akak tak pernah lagi mendaki2 ni...hehe..

Salam singgah hujung minggu dik...bestnya pergi mendaki.tengok pemandangan pun cantik jer kan......akak tak pernah lagi mendaki2 ni...hehe..

Inshaallah nati g la dgn tunang hihi

lama dah nak pergi, haritu kolej ada buat nak pergi, tapi clash dgn program lain.

Back To Top