Festival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014 di Bukit Jalil

Pada 31 Oktober hingga 2 November yang lalu, Festival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014 telah diadakan di Pekarangan Stadium Bukit Jalil. Aku juga turut berkesempatan ke Festival Lan Berambeh pada 2 November lalu. Ha, kau tengok la. Ceritanya 2 November tapi baru hari ini nak update. =p

karnival lan berambeh anak sarawak_poster

Sedikit info mengenai penganjuran Festival Lan Berambeh :-

‘Lan berambeh’ adalah perkataan dalam bahasa Melayu Sarawak yang bermaksud ‘jom berhimpun’ bertujuan mengeratkan hubungan sesama anak Sarawak. Semasa penganjuran pertama acara ini pada 2008, ia dikenali sebagai Rumah Terbuka Aidilfitri, namun kemudian ditukar kepada Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak setelah peranannya diperluaskan untuk dijadikan medan pertemuan tahunan anak-anak Sarawak.
Orang ramai yang berkunjung ke karnival ini juga berpeluang menikmati pelbagai juadah masakan tempatan Sarawak yang terdapat di 120 gerai merangkumi 60 gerai usahawan, 40 gerai jabatan kerajaan dan 20 gerai berkonsepkan ‘Dapur Sarawak’. Pengunjung juga boleh membeli hasil produk kraftangan, makanan dan menyaksikan persembahan kebudayaan pelbagai suku kaum dari Bumi Kenyalang.-sumber


Kalau tak silap, tahun ini Festival Lan Berambeh terbuka kepada semua. Sebelum ini anak Sarawak je boleh pergi tau. Kami pergi ke sana menanti pengangkutan awam, LRT di Bandar Tasik Selatan. Tak tahu pulak ada LRT ke Stadium Bukit Jalil. Nampak sangat bukan kaki bola nie wahaha. Kira ini kali pertama la menjejakkan kaki ke Stadium Bukit Jalil tu. Jakun betul. –.-


lan berambeh 2014_2

Nak masuk ke Festival Lan Berambeh kena daftar dulu. Isi maklumat peribadi dalam laptop diorang kemudian dapat la goodie bag satu. Ada baju tshirt saiz L dalam tu. Come on la aku pakai saiz S kot. Ruang kaunter pendaftaran memang sangat sesak. Nak kena beratur lagi. Dalam setengah jugak beratur di kaunter pendaftaran untuk mendaftar masuk sahaja. Fuh. Mohon Festival seterusnya pihak berkenaan membuat sesuatu bagi mengatasi masalah kesesakan di kaunter pendaftaran. Kesian kot dekat golongan yang sudah berusia dan anak-anak kecil.


lan berambeh 2014_3

Bukan setakat di kaunter pendaftaran, di dalam ruang legar festival pun memang sesak dengan orang ramai. Meriah betul. Kebanyakan booth yang terdapat di sana ialah booth menjual kek lapis Sarawak, produk makanan dari Sarawak & beberapa booth lain. Aku pun tak berapa nak singgah sangat dekat setiap booth sebab nampak macam tak menarik hihi. Pusing-pusing dalam tu, bergambar sakan sekejap kemudian keluar. Ha, yang aku perasan, booth SPA dengan JobsMalaysia pun ada dalam tu. Ke aku yang salah tengok. –.-


lan berambeh 2014_1

Sempat mencuba mee kolok dengan pisang goreng cheese dekat medan selera yang disediakan di sana. Selain mee kolok, ada juga makanan popular Sarawak yang lain yang dijual di situ. Nak beli makanan pun sesak tau. Mujur ada meja kosong lagi.


mee kolok sarawak

Rupanya mee kolok nie nak sama dengan bihun sup je pun cuma nama jela lain. Mee yang digunakan pun agak kasar. Aku lebih prefer bihun sup kot. Makan mee kolok pun sebab nak rasa makanan popular di Sarawak je. Mee kolok yang aku makan ini takde la kaww mana. Biasa-biasa je. Kuah pun letak sikit. Kering je. Harga 1 mee kolok around RM6.00 meh.


pisang goreng cheese

Firstime makan pisang goreng cheese sedap jugak. Harga pisang goreng cheese around RM6.00 tapi rasanya kalau jual murah sikit lagi cun kot. Tak menang tangan peniaga pisang goreng cheese melayan pelanggan.


lan berambeh 2014_4


Sebenarnya aku expect sesuatu yang lagi meriah di Lan Berambeh 2014 ini tau. Maklumlah aku kan orang Semenanjung. Nak jugak mengetahui apa yang menarik di Sarawak, suku kaum di sana. Senang cerita, aku expect bila pergi sana, boleh la merasai macam berada di Sarawak sebab aku memang tak pernah pun pergi Sarawak. Takpe la dapat makan mee kolok Sarawak pun dah boleh berangan berada di sarawak lol.


lan berambeh 2014_5


Tahniah buat team Festival Lan Berambeh 2014 sebab dengar khabar Festival tersebut berjaya mengumpul kira-kira 80,000 orang pengunjung. Wow jumlah yang agak ramai tu. Semoga Festival akan datang akan lebih meriah dengan pelbagai pengisian aktiviti yang best dengan booth-booth yang lagi menarik dan lebih banyak keunikan Sarawak dipaparkan.


7 Komen untuk "Festival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014 di Bukit Jalil"

Wowww... 80K orang datang sana?? pehhhh... ramai giler tu...

salam kenal

Ingatkan lan the typewriter tu..rupanya festival jom berhimpun..hahhaa xD

Laa ingatkan awak orang Sarawak. Dah nak speaking Sarawak dah tadi. Hihihi yup Sarawak memang best!! Akak dlu belajar kt uitm Sarawak 3 tahun =) . Nice place serta orang2 dia skali

Haha sy org pntai timor kak

Paling best sebab ada encik mimpi. Wakakaka >< ramai kot fans club beliau turun bkt Jalil. Hiksss!

Back To Top