Pemandangan Waktu Malam di Floria Putrajaya 2014

Bila sudah menghabiskan sepetang di Floria Putrajaya 2014 dengan jayanya, kita pergi pula ke Floria Putrajaya pada waktu malam dan malam itu jugak kan Apijol kau nak pergi. Sebab dah berjanji kan rasa berdosa pulak nanti tidak menepati janji. Tahun-tahun lepas ramai yang cakap best pergi waktu malam ada bot berhias la bunga api la. Tapi malam aku pergi tu sebiji bot pun tak ada. Mungkin salah timing kot. Bunga api ada lah 3 4 das dilepaskan ke udara.

 

 

Bukan kau tak tahu waktu malam di sana ada Magic Of The Night. Nak tengok apa Magic of The Night tu kenalah datang ke Floria Putrajaya 2014 pada waktu malam. Ini bukan Perbadanan Putrajaya yang suruh aku promote ke korang ye haha.

 

gambar payung floria Putrajaya

 

Kalau kau nak tahu, bawah payung ini ramai sangat orang bergambar. Pemandangan payung ini merupakan antara pemandangan yang sangat cantik di Floria tu. Susah nak cari kat mana-mana. Tu yang ramai sibuk nak bergambar di sini.

 

gambar di floria 2014

 

Gambar atas ni mintak tolong akak mana ntah ambil. Beratur tahu nak bergambar atas bangku nie. Tak tahu la apa yang istimewa sangat. Mungkin sebab background belakang kitorang tu lawa sangat kot. lawa ke? Sampai kitorang pun sakan duk beratur. Tak faham aku.

 

gambar di floria 2014

 

 

gambar floria putrajaya 2014

 

 

IMG-20140616-WA0061

 

Ralik duk bergambar di Floria Putrajaya dekat pukul 12.00 tengah malam baru keluar. Masing-masing dah kehausan jadi keluar dari tapak Floria terus pergi beli air. Mujur ada lagi kedai yang bukak tapi kebanyakan kedai makan dah tutup. Sempat beli uncle bob je satu haha. Jom kita berjalan dari Presint 4 ke Presint 9. Penat gila. Nak menangis rasa.

 

 

Nampak gayanya kena datang lagi la ke Floria Putrajaya 2014 nie memandangkan ia berlangsung sehingga 22 Jun 2014 kan. Nak tengok bos berhias dan bunga api di Magic of The Night. =D

 

 

Facebook : https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya
Website : http://floriaputrajaya.com.my/
Twitter: @Official_Floria
Instagram: @floria_putrajaya

6 Komen untuk "Pemandangan Waktu Malam di Floria Putrajaya 2014"

cantiknya yg payung tu :)

cantik dan menarik gambaq

Part payung tu lawa sangat. Geram la pulak tengok. Hahaha.

cantikla pemandangan waktu malam

Cantiknya payung gantung2 tu..

paling suka gambar yang payung tu ,, nampak unik ,,

Back To Top