SENARAI LAGU BEST FYNN JAMAL

Mula mengenali Fynn Jamal masa dia nyanyi lagu 150 Juta yang telah dinyanyikan semula oleh Ainan Tasneem. Memang suka sangat lagu itu sebab lirik dia sangat dekat dijiwa remaja aku haha remaja la sangat ye. Kemudian setelah sekian lama Fynn Jamal menyepi, muncul pula lagu Arjuna Beta yang ditujukan khas untuk anaknya Bakti Arjuna Fitri.


Lagu-Lagu Best Fynn Jamal 



Bila hari-hari dengar lagu Arjuna Beta sebab lagu ini sedap sangat halwa telinga kita dengar memang tak puas, member suruh dengar lagu Biar pulak. Lagu yang ditujukan untuk kaum ayah diluar sana. Bila menghayati lirik lagu Biar, memang sangat mendalam isinya dan memang ada persamaan juga sikit-sikit dengan kehidupan aku alahai.

1. Arjuna Beta



Takkanku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur
Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa
Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

2. Biar




Mata tua yang memandang aku itu
Bundar. Pudar
Dia tak mau bilang apa yang
Mencengkam jiwa usangnya
“Biar”. Katanya “biar”
Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar apa menyerabut
Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mau tau


Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
Harum. Senyum
Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan
“Biar”. Katanya “biar”


Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali;
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu
Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi


Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja, sahabat lebih berharga
Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan?

Apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti

Ayahanda beta
Kekasih beta
sumber

3. 150 Juta




Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”


Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”


Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua.
sumber


Actually banyak lagi lagu Fynn Jamal nyanyi. Boleh tengok di youtube Fynn Jamal. Sekarang aku macam dah addicted gila dengan lagu Arjuna Beta & Biar hiks. Kalau nak tengok gambar comel Bakti Arjuna Fitri, boleh follow instagram Fynn Jamal. =D


gambar arjuna beta fynn jamal


9 Komen untuk "SENARAI LAGU BEST FYNN JAMAL"

aku 1st time dengar fynn jamal ni..

cheery pun suka lagu dia yang arjuna beta tu..haha..sbb scary

Suka juga dengan Lagu fyn jamal memang sesuai untuk mereka yang nak tido. haha

Ni ayut bru nk g dload lagu2x fynn jamal...hihi

Comey do'oh kan arjuna? heeee <3
sedak lagu dio. Kito pun suko jugok heee~

Dah dengar lagu tahu by fynn jamal? Tu pun sedap tauuu. Besttt!!!!

Ok dah.. Dengar lagu juga Terbang Tunduk . =D

Ada sesuatu dalam semua lirik lagu fynn jamal,teruskan sis...seni bukan sekadar lagu yang dialunkan,seni keramat hanya mereka yang tertentu saja boleh ????????.

saya suka lagu² sis sbb bila sya dgr sya tenang... lagu sis tak prlu jrit² slow² je... tenang...

Back To Top