FESYEN RAMBUT LELAKI TERKINI

Kalau kaum wanita suka menggayakan tudung dengan pelbagai fesyen, kaum lelaki pula suka menggayakan fesyen rambut supaya kelihatan smart kacak bergaya apabila keluar bekerja atau jalan-jalan atau keluar dating. =D

 

Aku sebenarnya sering menghadapi masalah apabila nak gunting rambut. Bila tukang gunting tanya nak style macam mana, kemain memeras otak nie fikir fesyen rambut apa yang aku nak buat sambil mata melilau tengok contoh style rambut yang biasa diorang tampal dekat kedai.

 

Kalau tersalah pilih style, rambut kau juga yang hodoh kan? Last-last suruh dia nipis tepi + atas dengan belakang gunting pendek + layer + jangan cukur sideburn (cliché!). Kalau aku cakap nak style rambut Zizan atau Awal Ashaari kan takut dia pulak yang tak tahu.

 

Btway, aku selalu gunting rambut dekat traffik light Kampung Tok jiring menghala ke Padang Air. Kalau dari Kampung Batu Enam, kedai tu sebelah kanan, sebelah kedai frame gambar. Kalau nak tengok lawa ke tidak dia gunting, boleh try gunting rambut dekat sana. RM7 harga dewasa. Nak murah pergi sana pakai baju sekolah haha. Malas nak gunting rambut jauh-jauh. Gunting rambut je pun. Gunting depan rumah sudah =.=

 

Fesyen Rambut Lelaki Terkini

 

Rupanya banyak gila fesyen rambut lelaki terkini yang sangat smart sekarang. Kebanyakan fesyen ini sering digayakan artis-artis tempatan.

 

Gaya Spiky

gaya rambut spiky

Gaya ini paling senang untuk digayakan. Letak gel sikit di rambut, buat pacak-pacak guna jari je. Siap! Aku selalu buat gaya ini zaman belajar. Sampai ke anak-anak buah aku terikut dengan gaya spiky(lah sangat) aku tu. Nak buat gaya ini, kena gunting layer baru lawa. Paling tak best bila buat gaya spyki, kalau pakai helmet. Habis rosak gaya spyki kau. Membazir masa pulak nak kena pergi toilet buat balik blergh!

 

Gaya Korea (K-pop)

gaya rambut korea

Bila rambut aku terlalu panjang, aku lebih suka menggayakan ala-ala artis korea(k-pop). Letak hair cream, tarik rambut ke depan biar menutupi bahagian dahi. Guna jari pun boleh. Siap! Suka style nie sebab kalau pakai helmet rambut pun tak terjejas. Lelaki jambu macam aku nie sebenarnya tak sesuai sangat buat gaya rambut korea. Ramai member yang kabo aku macam tomboy lol.

 

Gaya Mohawk

gaya rambut mohawk

Tak pernah lagi buat gaya mohawk dan tak rasa nak buat pun. Nak buat style mohawk mesti kena pakai gel yang banyak(kan?). Aku dah tak pakai gel rambut sekarang. Aku pakai cream hair Follow me je. Paling murah tapi wangi haha.

 

Gaya Zayn Malik

gaya rambut zayn malik

Nak sangat gunting rambut style gini tapi aku tak tahu nak cakap camne dekat tukang gunting tu. Nak cakap buat macam rambut Zayn Malik tapi aku takut dia tak kenal siapa Zayn Malik. Gaya rambut Zayn Malik sering digayakan oleh artis-artis Malaysia. Kemas!

 

Gaya Zizan Razak

gaya rambut zizan

Sekilas pandang, gaya rambut Zizan Razak memang diambil dari gaya Zayn Malik. Malah Zizan kelihatan lagi segak dan bergaya dengan gaya rambut ini. Kembanglah Zizan kalau baca blog aku nie(konon) haha.

 

Gaya Awal Ashaari

gaya rambut awal ashaari

Awal Ashaari merupakan ikon fesyen yang sering mengikuti perkembangan fesyen semasa tidak kiralah gaya rambut dan cara berpakaian. Adik-adik yang masih bersekolah tu jangan buat gaya gini ye nanti tak pasal-pasal kena gunting di guru disiplin. Rugi bayar mahak-mahal haha.

 

Gaya Rambut Apih Apijo

DSC02193

Gaya rambut yang bakal popular suatu hari nanti mestilah gaya rambut Apih Apijo. Letak hair cream sikit. Senang digaya pakai jari pun boleh. Kalau nak buat style gini, kabo ke tukang gunting nak gunting tepi + belakang dengan atas gunting pendek kemudian layer + sideburn tak payah kerat. Ok? wkwk.

 

Semoga dengan sedikit sebanyak info dari entri fesyen rambut lelaki terkini akan dapat memberi inspirasi untuk korang semua dalam menggayakan rambut dan apabila hendak menggunting rambut. Rambutku mahkotaku lol.


jenis potongan rambut lelaki
gaya rambut lelaki terkini

Catat Ulasan

32 Ulasan

  1. ce terjah sini,,mcm ade blog hafiz je :D
    http://syiralokman.blogspot.com/2014/01/blog-syira-lokman-dalam-majalah-remaja.html

    BalasPadam
  2. wow...... laki pn nk bfesyen gk kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mestilah kak. Baru ade orang nak eh eh

      Padam
    2. Kate org biar tak hensem tapi bergaya hehe :)

      Padam
  3. saya suka lelaki bergaya rambut spiky. entah, nama kemas. gaya mohawk tu nampak mcam nakal je. =3

    i <3 kim bum. rambut mcm tu okay jugak ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau saya buat rambut Kim Bum tu, nampak jambu sangat nati hi hi

      Padam
  4. Rambut ala2 kpop tu yang smart!! hehehe..

    p/s: Bloglist dah okay! sebelumnya blogspot sekarang .my

    BalasPadam
  5. rambut awal mcm rambut stacy.. haha

    BalasPadam
  6. Kahkahkah yg gaya Apih Apijol tu yg taktahan , berdekah aku . ingat retis mana tdi .

    BalasPadam
  7. Hahaha..ok2x..gaya apih apijo kompem best :p

    BalasPadam
  8. Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

    BalasPadam
  9. gambar sendiri pun nak juga..haha

    BalasPadam
  10. hehe..hensem bro wat gaya rambt camtu.
    nak tggu rambut lebat dulu la.
    tiru gak gaya camne..huhu

    BalasPadam
  11. rambut apih apijo tu mmg smart..
    urghhh..

    BalasPadam
  12. hahaha yang spiky tu ! hana mmg minat lelaki rambut spike ! errr apijo tu boleh la. haha :P

    BalasPadam
  13. hahaha..dah macam peminat kpop aku tgk..

    BalasPadam
  14. aku senstitip pada hair cream sebab berminyak, menyumbatkan kulit muka lantas berjerawat dengan banyak...hak3

    BalasPadam
  15. Kalau nak buat rambut gaya david beckham,nak cakap aku kat penggunting rambut tu? Pendapat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. slicked back undercut or disconnected undercut .. slalu buat rambut camtuh hihi

      Padam
  16. Kalau nak buat rambut gaya david beckham,, nak cakap ape kat penggunting rambut tu? Pendapat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tunjuk jela gambar rambut David Beckham tu ke dia. haha

      Padam
  17. Tanpa Nama14 April, 2014

    hehhe .. bwh pon ade

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama18 Jun, 2014

    Aku pun klau nak gunting rambut mesti taktau nak suruh dia potong cam ne..last2 nipis tepi kiri kanan,belakang,atas layer buat cam spiky...sideburn kata bagi kemas tu je huhuhu -_-

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama28 Julai, 2014

    butikoi hap loi cam luiu ikoa

    BalasPadam
  20. Alum pkah kn jambu muha mu tu wang ..prasn hntp

    BalasPadam
  21. saya suka gunting rambut anak lelaki saya ala-ala Mohawk hehe

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama06 Ogos, 2015

    Kalau nk rambut gaya zayn malik,,nk ckp camner r bro kt penggunting?haaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayo kasi tunjuk gambar Zayn Malik ke dia laaa

      Padam
  23. Apih Apijo tu sapa? hahahaha

    BalasPadam
  24. Baru mau masuk kursusu gunting rambut...tunggu fesyen baru wa...mau kasi gempak

    BalasPadam