DRAMA MENJINAK OMBAK LAKONAN NUR RISTEENA


Bermula 6 Disember 2013 (Jumaat), Slot Zehra TV3 telah mempersembahkan Drama Menjinak Ombak yang menggantikan Drama Kampung Girl. Drama Menjinak Ombak diarahkan oleh Along Kamaruddin dan dilakonkan oleh para pelakon yang sedang meningkat naik seperti Nur Risteena (Playboy Itu Suami Aku), Syukri Yahya (Asmara Luna) Talha Harith (Setia Hujung Nyawa) dan ramai lagi.

drama menjinak Ombak Zehra TV3

Sinopsis Drama Menjinak Ombak Zehra TV3


Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Firhad dan Asyraf. Tengku Fatah merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Asyraf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Asyraf sebagai abangnya sendiri.

Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.

Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.

Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.

Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segera menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!

Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.

Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.

Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat laporan polis. Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Fatah selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Fatah lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.

Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Asyraf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.

Para Pelakon Drama Menjinak Ombak


Nur Risteena – Syakinah
Fezrul Khan – Ustaz Fatah / Tengku Fatah
Talha Harith – Asyraf
Syukri Yahya – Firhad
Ainina Ahmad B – Halimah
Dian P. Ramlee – Mama Tengku Fatah
Nur Risteena Heroin menjinak Ombak

 

Ustaz Fatah & Asyraf

Senarai Lagu Ost Menjinak Ombak


Antara lagu-lagu best yang menjadi Ost Drama Menjinak Ombak adalah

Pencuri – Mark Adam
Doaku Untuk Sayang – Wali Band
Jangan lupa menonton Drama Menjinak Ombak di Slot Zehra TV3 setiap hari Jumaat, 9.00 malam – 10.00 malam sebanyak 13 episod.

sumber
sumber
16 Komen untuk "DRAMA MENJINAK OMBAK LAKONAN NUR RISTEENA"

Ermm,saya tgk citer ni..mmg tunang sakinah tu mcm mengongkong sangat kan..rimas je..hehee

tak sempat nak tengoklah.. tengok lakonannya dekat cerita playboy itu suami aku je.. :)

semalam ada jugak hana tengok cerita nie. mengongkong sangatlah tunang dia. hana suka lelaki yang mengongkong nie tp kalau terlampau siapa pown tak suka. hik2.

tunang dia kuat cemburu hahaha

Dalam playboy dia seksi, yg nie dia manis bertudung hihi

takpe. nanti putus tunang jugak haha

Kalau terlepas episod, boleh tengok dekat tonton

sangat2 cemburu. before kawen dah buat mcm tu. after kawen? lahai. haha

menjinak ombak adaptasi novel ke???

bukan adaptasi novel rasanya :D

Harap2 org rmai akn dpt buka mata dgn apa yg dismpaikn dr cerita ni...bkn semua yg belajar di mesir atau negara arab lain tu dpt jd org yg lebih baik...di sana sgt bnyk fahaman yg mengarut,yg sudah t'keluar dr ajaran Islam...

Citer ulangan TV3..puihhh!!! Tak dak citer lain ka?

Citer ulangan TV3 je..Puihhh!! Org dah tgk dah..

Back To Top