Drama Adaptasi Novel Projek Memikat Suami Astro Ria

Peminat drama adaptasi novel jangan lupa untuk menonton Drama terbaru iaitu Projek Memikat Suami yang diadaptasi dari karya Hanina Abdullah. Novel Projek Memikat Suami merupakan novel best seller yang sangat digemari oleh peminat novel diluar sana. Drama Projek Memikat Suami telah ditayangkan di Astro Ria bermula 23 Disember 2013, 9.00 malam – 10.00 malam.

novel projek memikat suami

Sinopsis Drama Projek Memikat Suami


Nawwal Husna, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” – Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Para Pelakon Projek Memikat Suami


Antara pelakon hebat yang membarisi Drama Projek Memikat Suami ialah :-

Aiman Hakim Redza – Zahrain Alimin
Emma Maembong – Nawwal Husna
Dynas Mokhtar – Najla Huda
Watie Sadali- Nawrah Hanna
Kuniey Muzani - Zahra
Fadilah Mansor – Puan Sri Mainon
Aznah Hamid – Hajjah Rahmah
Ikhwan Khairudin – Atai
pelakon drama projek memikat suami_4Hero & Heroin Projek Memikat Suami
pelakon drama projek memikat suami_1

pelakon drama projek memikat suami_2Nawwal Husna dan dua orang kakaknya

pelakon projek memikat suami_3

pelakon drama projek memikat suami

Anda yang tidak mempunyai siaran Astro, boleh tonton online Drama Projek Memikat Suami di sini. Selamat menonton ye. Semoga Drama Projek Memikat Suami sehebat novelnya.


4 Komen untuk "Drama Adaptasi Novel Projek Memikat Suami Astro Ria"

Wuuuu baru tengok 2 hari lepas heheheheheh best lah jugak :D
boleh tahan huhuhu

macam best!
hero heroin die pun comel lote
suka tgk si aiman ni

pelakon best2 mesti cerita nya pown best. :D

Back To Top